Pages

Thursday, June 25, 2009

KESIAN DIA....

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, aku sering teringat pada seorang kawan yang sama2 bekerja kat Johor dulu. Dan 2 malam yang lepas, tak semena2 aku menangis terkenangkan dia. Apakah nasib dia sekarang. Apakah dia masih lagi menjadi mangsa penampar suaminya? Adakah dia bahagia dengan hidupnya, dengan suami pilihannya, dengan anak2nya yang masih kecil itu. Dan yang menjadi persoalan aku sekarang ni, adakah dia masih lagi memegang status seorang isteri ataupun sebaliknya. Andaikata dia telah ditinggalkan, aku tumpang bahagia. Aku dapat merasakan bahawa kawan2 yang lain turut gembira jika dia berpisah.

Apalah ertinya sebuah kehidupan alam rumahtangga jika dia sering menjadi mangsa penampar sang suami, sedangkan dia seorang wanita yang sangat tulus dan jujur. Namun sayang, akibat dari kejujuran serta ketulusannya itulah, dia sering menjadi mangsa suami yang cemburu buta serta panas baran.

Dia...gadis dari Pantai Timur, datang mencari rezeki di negeri orang. Aku akui dia memang cantik, dengan kulitnya yang putih kemerahan tanpa sebarang parutpun yang kelihatan. Dia seorang anak yang baik, tidak pernah lupa untuk menghantar wang saku untuk keluarga di kampung. Bayangkan, ayahnya hanyalah penoreh getah, dengan bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang. Mana mungkin ayahnya mampu untuk menyediakan semua keperluan tanpa sedikit sumbangan dari anak2 yang sudah bekerja.

Ramai yang minat dan jatuh hati dengan kawan aku ni. Tapi entahlah, mungkin sudah jodoh dia, ditakdirkan berkenalan dengan sang pembengis. Dari awal lagi kami sebagai kawan sering menasihati. Pilihlah lelaki yang lain kerana dia punya kuasa untuk memilih. Namun dia tetap dengan pilihannya itu... Dan apalah daya kami untuk menghalang...

Masa berkawan lagi dia sudah kena tumbuk di mata. Aku sedih sangat tengok dia masa tu. Dia cuba sembunyikan tanda lebam tu dengan memakai cermin mata, padahal dia bukannya rabun! Punca kena tumbuk sikit je, dia hanya terlambat 5 minit untuk turun ke bawah berjumpa boyfriend dia tu. Hanya 5 minit...!!!

Aku ingatkan selepas bertunang keadaan akan menjadi lebih baik namun semua itu hanyalah sementara. Dia ditumbuk lagi, tempat yang sama, di mata. Kali ni lebamnya agak ketara sampai supervisor tanya aku kenapa dengan mata dia. Aku nak jawab apa?? Akupun orang lain yang bagitau sebab dia malu nak pandang muka aku. Masa ni kami dah tinggal berasingan kerana syarikat nak jimatkan kos asrama, jadi kami terpaksa berpecah untuk mengisi mana2 asrama yang kosong. Aku memang tak tau cerita pasal ni sehinggalah aku tengok dari jauh muka dia, tengok keadaan diri dia yang semakin kurus. Dan aku curi2 pandang muka dia yang semakin layu dan cengkung, kerana dia memakai tudung yang sengaja di tarik ke depan untuk menutupi kesan lebam kat mata dia tu...

Kini, kami benar2 terpisah jauh. Aku sudahpun berhenti. Dan dia masih lagi bekerja waktu itu.Aku cuma mampu untuk meminta maaf sebelum pergi. Tak sanggup lagi aku nak cakap banyak2 dengan dia.Apatah lagi waktu tu dia dalam keadaan sarat mengandung.

Masa bercinta, si lelaki sanggup tunggu betul2
kat depan pintu pagar, tapi bila dah sarat macam tu, takde lak dia tunggu kat situ. Sebaliknya si suami tunggu kat seberang jalan. Terpaksalah kawan aku naik jejantas, berjalan dengan laju untuk cepat sampai kat suami. Dia sememangnya sudah sedia maklum, lambat bermakna penampar...!!

Aku terpaksa berhenti di sini dulu kerana airmata aku sudah mula mengalir kembali. Sebagai kawan, aku doakan agar dia bahagia walau di manapun dia berada. Dan yang pasti, aku amat merindukan dia yang dahulu...ceria sepanjang waktu...

Tapi kini.......

p/s: Bagaimana aku nak tolong dia sedangkan kami benar2 sudah terputus hubungan...Selamatkanlah dia ya ALLAH...
.

Monday, June 22, 2009

YANG AKU RINDU.........

Assalamualaikum.....

Sambungan dari kisah semalam....
Inilah WAJAH yang aku RINDU sangat2 tu.....
HARUM dan WANGI je bau dia...

Itulah dia BUAH KUININ.....



Wakakakakaka.......
Korang jangan la marah aku ehh....
Larikkkkkkkkkkkkk....huahuahua....


p/s: Gambar ni bukan dari koleksi aku, tapi aku ambil dari blog sapa tahh... Maaf ehh hehehe...

Saturday, June 20, 2009

HANTU...........

Assalamualaikum......

Kali ni nak kongsi citer pasal hantu lak...hihihihihi...takut tak? Zaman kecik2 dulu aku sering dimomokkan dengan citer2 hantu ni. Asal degil sikit je... mak akan cakap "Haa, degil la... kang ambik dek antu baru tau..." So, aku percaya je la.. kalau mak kata jangan buat, memang aku tak akan buat punya la.. takut hantu punya pasal...

Ada 2 kejadian yang berlaku masa aku kecik2 dulu, yang aku ingat sampai sekarang. Kejadian yang pertama tu, aku tak pasti samada ianya mimpi ataupun realiti, tapi aku memang takut bila ingat2 balik. Manakala kejadian yang kedua tu memang benar2 berlaku di depan mata aku.....

Peristiwa pertama...(mimpi atau realiti...???)

Aku dengan kawan2 selalu pergi bermain2 dekat satu tempat lapang dalam kebun getah mak aku. Sebelum sampai ke kebun getah tu, kitorang kena lalu tanah perkuburan sebab tu je lorong yang ada. Main punya main, tak sedar hari dah mula gelap. Lepas tu mula la masing2 kelam kabut lari balik ke rumah. Mana yang jalan kaki tu kena la pecut lelaju sebab nanti kena tinggal dengan kawan2 yang naik basikal.

Aku naik basikal dengan kawan aku. Bila je melepasi tanah perkuburan tu, tetiba je ada satu benda jatuh bergolek betul2 depan tayar basikal yang kawan aku bawak. Nasib baik dia sempat ngelak. Kawan aku tu memecut punya la laju. Dalam pada tu aku sempat lagi menoleh ke belakang dan nampak benda yang bergolek tu bercahaya macam ada api kat dalamnya.. dan nampak asap putih naik ke atas.. huwaaaaaaaa....

Sampai je kat rumah badan aku terus menggigil2, sampai tak boleh bercakap. Mak aku dah dapat agak dah.. terus mak aku mandikan aku. Pastu aku tak ingat apa2 dah. Tidooo. Esoknya mak aku cakap benda yang aku jumpa tu mungkin hantu bungkus... Tidakkkkkk.....

Peristiwa kedua (realiti...)

Kitorang ramai2 dengan family, dengan kawan2 pergi tengok wayang terbuka kat padang sekolah. Dalam seronok2 tengok wayang tu (lupa citer apa), tetiba je ada satu benda bergerak laju melintasi padang tersebut. Kitorang ramai2 tengok je benda tu lalu. Dalam pada tu, ada yang berbisik bagitau..."Tu polong tu..." Meremang sehhh bulu roma aku. Benda tu bercahaya. nampak macam ada api yang terjuntai2 kat hujung dia. Ada gak yang cakap tu hantu penanggal.

Entah la, yang mana satu betul aku tak pasti. Yang aku pasti aku dengan kawan2 semua dah mula berpeluk2 ketakutan. Masa benda tu lalu, semua orang termasuk suara cerita kat skrin tu terdiam sekejap. Ajaibkannnnnnn... Dan padang pada masa tu terang seketika.... hahahaha....

Lepas tu benda tu pun hilang... dan ada bau yang kurang enak yang dia tinggalkan. Akibat kejadian tu, aku dengan kawan2 jadi serik nak tengok wayang kat padang sekolah lagi...

p/s: Amacam dengan korang ?? Pernah jumpa hantu tak ?? Ataupun korang memang dah jadi HANTU... hihihihi.....

Friday, June 19, 2009

NO KOMEN.....

Assalamualaikum...

Petang tadi aku pergi kedai nak beli butang untuk blouse aku. Sampai kat situ, suami akak kedai tu tanya la kat isteri dia..."Sape dia ni..??" Then akak tu pun cakap la.. "Adik cikgu....(tuuuuuttt)" Pastu akupun cakap la..."Laa, aritu kan dah datang sini.." Then abang tu jawab.."oo ya, aritu nampak lain.." Aku tanya dia balik.."Apa yang lain nya, sama je. Aritu pakai tudung ni gak..hehe" Aku gelak2 je. 


Pastu abang tu cakap.."Hari ni nampak cantik, aritu nampak lain sikit.." Aku gelak2 lagi tapi dalam hati aku berkata2 gak.... rabun ke haper abang ni... muahahaha... Akak tu pulak dok senyum2 simpul je tengok laki dia giat aku.... ngeeeee....


Sebelum aku balik, sempat lagi abang tu tanya kat aku... "Dah kawen ke belum ni...?" Aku sengih je. Pastu dia cakap lagi.."Kalau belum nak tolong carikan. Nak ke tak kawen ni..?" Aku selamba je jawab.."Taknak.." Abang tu tanya lagi..."Apsal lak taknak kawen..?" Aku jawab lagi.. "Kalau soh kawen saya lari... hehe". Abang tu tanya lagi.. "Apsal lak nak lari..?" Aku balas balik..."Saya lebih rela lari dari kena kawen...hehe"


Pastu akupun naik motor aku, nak balik dah ni tapi abang tu cakap lagi.."Bodooohh.. soh kawenpun taknak". Aku gelak2 je jawab..."Tak kisah la nak kata bodohhpun hehe..." Aku tau abang tu bergurau je dengan aku dan aku takde nak terasa hatipun. Pastu akupun blah la balik sambil senyum2 kambing...


Persoalan sekarang ni, bodoh ke seseorang tu jika dia tak nak kawen..???

p/s: Jawapan aku no komen. Aku cuma merasakan akulah orang yang paling bodoh sekali seandainya aku gagal menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga aku. Perkahwinan umpama satu perjudian...dan sememangnya aku tidak pandai berjudi.. :P

Wednesday, June 17, 2009

CERITA KUNING....

Assalamualaikum....

CERITA KUNING....


Kali ni nak citer kisah Kuning, seekor anak kucing yang dibuang orang kat depan rumah aku. Kesian kat anak kucing ni, baru je nak kenal dunia dah kena buang. Kenapalah kejam sangat manusia ni, buat benda yang tidak sepatutnya dilaku kan. Aku rasa mungkin umur Kuning 2 bulan masa dia kena buang tu sebab badan dia kecik dan kurus sangat...




.....ni bukan Kuning tapi sebagai hiasan je...huhu...


Aku bela Kuning sama macam kucing-kucing aku yang lain. Lama kelamaan, badan dia semakin bulat dan dia lak makin ligat berlari-lari. Aku tumpang seronok tengok keletah Kuning. Sejak hari tu, Kuninglah yang setia menghantar aku kat pintu pagar waktu aku nak pegi kerja dan dia jugak yang menunggu aku balik. Masa tu, aku kerja kat kedai makan dari pukul 5 petang sampailah 12 tengah malam. Terpaksa la kerja demi nak bayar ansuran mesin jahit tepi Singer yang aku beli. Gaji aku? Cukuplah nak bayar ansuran tu. Yang penting aku tak mintak duit mak aku... Heh.


Pada satu hari, aku jadi heran sebab aku tak dengar suara Kuning. Masa aku balik kerjapun dia takde. Mulalah aku tercari-cari, panggil-panggil nama dia, tanya kat jiran-jiran yang berhampiran. Mak aku cakap mungkin ada orang yang dah ambil Kuning tapi aku rasa tak mungkin...


Dalam tempoh hampir 2 bulan aku masih lagi tertanya-tanya dan tercari-cari mana Kuning pergi. Rupa-rupanya Kuning dah mati. Sobbss. Dia mati kena langgar dengan kakak ipar aku sewaktu nak undurkan kereta. Mak akupun ada waktu Kuning kena langgar tu. Dorang cepat-cepat siram darah dan bersihkan kesan tempat Kuning kena langgar.


Sampai hati dorang tak bagitau aku. Mak aku cakap dia takut aku menangis sebab aku memang sayang Kuning tu. Sebab tu la dorang rahsiakan. Sebenarnya aku memang selalu menangis kalau kucing aku mati. Mak aku cakap lepas ni tak payah la bela kucing lagi sebab dia kata aku tak serasi dalam membela kucing.. Betul ke...


p/s: Bila aku sedih je, aku selalu teringat kat Kuning sebab dia selalu cakar-cakar rambut aku macam dia urut kepala aku la dan dia jugak pernah jilat airmata aku masa aku menangis dulu....Uhukkk...
.

Friday, June 12, 2009

KENA DENDA LAGI... SALAH SIAPA....???

Assalamualaikum....

KENA DENDA LAGI... SALAH SIAPA....???



Ni nak citer pasal zaman sekolah dulu lagi ni. Apa lagi, pasal kena denda laa....ngeee... Tak habis-habis kena denda aku ni. Seingat aku la kan, aku paling banyak sekali kena denda oleh cikgu Bahasa Inggeris. Apa la nak jadi dengan aku ni... huhuhu.... sreeeetttt....



Masa ni aku kat Tingkatan 4... Kena denda oleh cikgu tetttt..!! Bukan aku sorang yang kena, tapi hampir satu kelas yang terpana.... hahaha... Pecah rekod bebbb...!!!



Aku sampai sekarang tak tau punca kitorang kena denda tu. Memula tu cikgu tu tanya makna perkataan tertentu, then kitorang jawab la.... Entah macam mana tiba je kat satu perkataan ni, semua jawab betul sebab dah tengok dalam kamus makna perkataan tu, tapi cikgu ni tetap cakap jawapan kitorang semuanya salah. Kitorang saling pandang memandang sesama sendiri je.... KONPIUS...



Abeh tu camne lagi kitorang nak buat, sebab makna tu dah tertulis dalam kamus, tapi cikgu tu kata salah jugak.... adehhh.. Mula-mula siapa yang jawab salah (padahal betul) kena denda berdiri je. Pastu bila seken round dia tanya lagi, tapi kami bagi jawapan yang sama atau diam je tanpa jawapan, kena denda berdiri atas kerusi pulak. Dan lepas tu jika masih sama keadaannya, kena pulak berdiri atas meja..



Akhirnya, jika masih lagi takde jawapan yang betul-betul yang cikgu tu nak, kitorang disuruh menggigit buku teks yang paling tebal sekali. Kalau ada yang cuba-cuba guna buku yang nipis, cikgu tu sendiri akan pegi bukak beg sekolah dan cari buku yang paling tebal... Ayoyoo...



Cuba bayangkan keadaan kitorang masa tu. "Berdiri atas meja sambil gigit buku teks.." Dalam pada tu, guru kelas aku lalu depan kelas dan dia terpaku sekejap bila tengok hampir semua murid kelas dia berdiri atas meja sambil menggigit buku..!! Aku tengok cikgu kelas aku tu berjalan tunduk sambil geleng-geleng kepala. Sian dia. Siap la kitorang pasni...(ni je yang aku terfikir masa tu...)



Abeh je sesi BI tu, guru kelas aku dengan dua lagi cikgu lain masuk kelas kitorang dan tanya apa yang berlaku sebenarnya. Dan kami jawab je la apa yang patut, dengan memek muka yang macam nak nangispun ada. Ye la, mau tak nangis kalau mulut naik lenguh gigit buku sampai meleleh-leleh air liur keluar, pastu kena lak kat buku tu... eeiii...



Cerita punya cerita, betul laa jawapan yang kitorang bagi kat cikgu BI tu. Tapi kenapa dia masih menafikan jawapan kami?



Hmm, rupa2nya dia ada masalah peribadi, dan kami yang "pandai sikit-sikit" ni yang jadi mangsanya.... Adil ke camni....???


p/s: Terima Kasih Cikgu.....Jasamu tetap aku kenang....huhu...


Thursday, June 11, 2009

MAK AKU CAKAP vs AKU CAKAP...

Assalamualaikum....

Mak Aku Cakap...
~> Biar orang buat kita asalkan kita jangan buat orang...

Aku Cakap...
~> mana boleh macam tu...makin banyak lemak la orang tu nanti...

Mak Aku Cakap...
~> Kalau gaji tu rm500, guna la rm300 je.. yang lagi rm200 tu simpan untuk masa depan atau kecemasan... (contoh je gaji banyak tu..)

Aku Cakap...
~> aku diam je bila dia cakap camni...tapi aku sokong dan kadang2 ikut apa yang dia
cakap tu... (kadang2 je dapat saving ni...)

Mak Aku Cakap...
~> Talipon la si polan tu.....si polan ni.. (sedara mara dia)...

Aku Cakap...
~> tak payah la...asek kita je talipon dorang, dorang bukan nak talipon kitapun.. sayang sangat duit tu nak bayar bil...

Mak Aku Cakap...
~> Engkau mana ada sedara.....

Aku Cakap...
~> ada sedara masa senang je nak buat apa, baik tak payah ada sedara... (betul tak....???)

Mak Aku Cakap...
~> Kalau dia dah takde, buat rumah ni macam dia ada....

Aku Cakap...
~> aku tak cakap apa2..(aku paling tak suka taim dia cakap camni, sebab aku sedih sangat).

p/s: mungkin aku bukan anak yang baik untuk mak aku.... tapi aku sedang berusaha untuk ke arah itu..

KISAH SEMALAM....

Assalamualaikum...


Kisah semalam. Satu pagi bersama Putra...

Putra : Indok, antara abah Putra dengan Acik, sape lagi pandai...
Aku : naper lak...
Putra : ye laa.....abah Putra belajar kat London, Acik belajar kat Amerika, sape lagi pandai...
Aku : Dua2 tak pandai... (kunun2 ayat aku ni nampak macam siyes laa...)
Putra : naper lak....(sambil pandang kat muka aku)
Aku : sebab dua2 takde duit....(hehehehe)
Putra : betol...betol (angguk2kan kepala dia sambil tersengih....)


p/s: sesungguhnya Putra seorang anak yang amat memahami kegawatan ekonomi yang melanda abahnya Moga kami semua terus sabar dan tabah dalam mengharungi segala dugaan yang melanda.. Amin...

BENARKAH DUIT ITU SATU KEPENTINGAN....???

Tuesday, June 9, 2009

"PANDEY" vs PANDIR.....

Assalamualaikum...

"PANDEY" vs PANDIR.....

KISAH PAK PANDIR DENGAN KEPANDAIANNYA...

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak balik ke rumahnya. Entah macam mana di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang dia jumpa tadi tu benar2 taik...

Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat, Pak Pandirpun mengambil keputusan untuk mengkaji sampel najis tersebut. Pak Pandir mulalah melihat dengan lebih dekat taik tersebut lalu berkata.."Bentuk macam taik je ni..." Lepas tu Pak Pandir pegang pulak taik tu dan berkata..."Lembikpun macam taik.." Kemudian Pak Pandir mengambil sedikit taik tu lalu dihidunya. "Baupun macam taik je ni..."

Namun Pak Pandir masih lagi tidak puas hati dengan kajiannya tu. Oleh kerana masih lagi ragu2 Pak Pandir pun menjilat taik tersebut.......

Dengan tiba2 je Pak Pandir mula menjerit...

"MEMANG TAIK LA....NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK...!!!!"


p/s: wakakakakaka....memang "pandey" la Pak Pandir ni....adesss.....


(HARAP MAAF IJKA CERITA INI MEMATAHKAN SELERA ANDA)

Saturday, June 6, 2009

KALAU TERER SANGAT....CUBA LA.....

Assalamualaikum....

KALAU TERER SANGAT....CUBA LA.....

RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH + NENAS


BAHAN2:
1 kg udang galah
2 biji kelapa
1 biji nenas mengkal/muda (sederhana besar)
20 biji cili api (kalau tak pedas boleh tambah lagi)
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
secubit serbuk perisa (jika suka) @ 1 sudu makan gula pasir

CARA2:
1) Kupas nenas, bersihkan dan belah 4 bahagian. Kemudian potong kecil2 tiap bahagian nenas tu.
2) Rebus/celur seketika nenas untuk menghilangkan rasa masam.
3) Kemudian toskan nenas tersebut. Ketepikan dahulu.
4) Potong misai dan ekor udang galah. Bersihkan dan toskan.
5) Parut kelapa dan ambil pati santan sahaja.
6) Tumbuk/kisar halus cili api dan kunyit hidup.
7) Masukkan udang dan bahan kisar dalam periuk.
8) Masukkan pati santan. Masak di atas api yang sederhana. Sentiasa kacau perlahan2 gulai untuk mengelakkan santan pecah minyak.
9) Masukkan garam dan serbuk perisa secukup rasa. Biarkan gulai mendidih seketika.
10) Selepas gulai mendidih, masukkan pula nenas yang telah direbus dan ditoskan tadi. Kacau gulai perlahan2.
11) Biarkan nenas dan udang sebati. Lepas tu barulah tutup api dapur.


p/s: selamat mencuba ya kawan2. Kalau tak menjadi tu maknanya korang memang la tak terer dalam soal masak memasak ni... .muahahaha... (macam la aku terer....ahakkk...)

Thursday, June 4, 2009

ANGIN DAH TAKDE...

Assalamualaikum...

ANGIN DAH TAKDE...

Sambungan dari bebelan malam tadi tu...

Hari ni dah setel dah, boss dorang datang sendiri tengok. Itupun lepas aku terangkan apa sebenarnya yang kami kehendaki....

Memula aku tengok dia macam blurr je, tapi lepas tu dia dengan sorang pekerja dia mula lah buat macam2. Kejap buat plan A, tak jadi....tuko lak plan B....camtu gak hasilnya.

Aku rasa mungkin sampai plan F baru ada hasilnya. Tak kisah la berapa plan pun ko nak guna, yang aku tau ianya berhasil... ahak...

So, setel dah masalah tu. Ayat2 aku kat sini macam nak gadoh besar je...tapi takde apa2 pun yang berlaku. Gempak je lebih bebb... muahahahaha....

p/s: Kadang2 perlu gak lebihkan sudu dari kuah.. Erkkk... ada kena mengena ke... hehehe...

Wednesday, June 3, 2009

NAIK ANGIN....

Assalamualaikum...


Aku bengang tol hari ni..


Mak aku soh orang buat tangki air. Dah dekat sebulan baru siap tapak. Hari ni dorang dah angkat tangki tu, letak kat atas...

Yang aku hangen sangat, air paip kat sinki punya la terkemut2. Tup2 aku tengok kat luar. Ya ALLAH, camner la dorang buat keje ni. Aku memang tak tengok masa dorang pasang paip tu sebab aku bosan dengan budak2 tu buat keje. Keje tak seberapa tapi tak abeh2 dengan enpon dia dok tot.. tet.. tot.. tet .. hampeh tol...

Sepatutnya kena la pasang kepala paip untuk on/off air dari tangki tu ke sinki... bukannya air tu direct dari tangki...memang laa air kat sinki tu kecik kalau direct dari tangki tu, sebab tangki tu tinggi...ngokkk..!!!

Padahal dari awal2 lagi mak aku dah bagi tau kat dorang, air tangki tu hanya akan digunakan untuk kecemasan je, iaitu kalau bekalan terputus. Takkan tu pun tak paham2.

Aku dah hantar sms kat boss dorang tu, soh dia datang tengok air kat sinki yang terkemut2 tu. Laju lagi air kencing lembu jika nak bandingkan dengan air kat sinki dapo aku skang ni....

p/s: aku tunggu esok nak tengok apa reaksi boss dorang tu. Siap la... (sabar itu ada batasnya....)

Tuesday, June 2, 2009

AKU @ BiBiK....

Assalamualaikum.....


TENSIONNNNNNN.......


BORINGGGGGGGGGGGGG....


PENATTTTT SANGATTTTTT....


RUMAH MCM TONGKANG PECAHHHHH...


KEPALA AKUPUN NAK PECAH GAKK..


MANA AKU NAK LARIII Niiiii.....


Aaarrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhh....


AKU DAH BOSANNNNNN.......


AKU DAH BOSANNNNNNNN.......


AKU DAH BOSANNNNNNNNNN.......
.
.