Pages

Thursday, June 25, 2009

KESIAN DIA....

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, aku sering teringat pada seorang kawan yang sama2 bekerja kat Johor dulu. Dan 2 malam yang lepas, tak semena2 aku menangis terkenangkan dia. Apakah nasib dia sekarang. Apakah dia masih lagi menjadi mangsa penampar suaminya? Adakah dia bahagia dengan hidupnya, dengan suami pilihannya, dengan anak2nya yang masih kecil itu. Dan yang menjadi persoalan aku sekarang ni, adakah dia masih lagi memegang status seorang isteri ataupun sebaliknya. Andaikata dia telah ditinggalkan, aku tumpang bahagia. Aku dapat merasakan bahawa kawan2 yang lain turut gembira jika dia berpisah.

Apalah ertinya sebuah kehidupan alam rumahtangga jika dia sering menjadi mangsa penampar sang suami, sedangkan dia seorang wanita yang sangat tulus dan jujur. Namun sayang, akibat dari kejujuran serta ketulusannya itulah, dia sering menjadi mangsa suami yang cemburu buta serta panas baran.

Dia...gadis dari Pantai Timur, datang mencari rezeki di negeri orang. Aku akui dia memang cantik, dengan kulitnya yang putih kemerahan tanpa sebarang parutpun yang kelihatan. Dia seorang anak yang baik, tidak pernah lupa untuk menghantar wang saku untuk keluarga di kampung. Bayangkan, ayahnya hanyalah penoreh getah, dengan bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang. Mana mungkin ayahnya mampu untuk menyediakan semua keperluan tanpa sedikit sumbangan dari anak2 yang sudah bekerja.

Ramai yang minat dan jatuh hati dengan kawan aku ni. Tapi entahlah, mungkin sudah jodoh dia, ditakdirkan berkenalan dengan sang pembengis. Dari awal lagi kami sebagai kawan sering menasihati. Pilihlah lelaki yang lain kerana dia punya kuasa untuk memilih. Namun dia tetap dengan pilihannya itu... Dan apalah daya kami untuk menghalang...

Masa berkawan lagi dia sudah kena tumbuk di mata. Aku sedih sangat tengok dia masa tu. Dia cuba sembunyikan tanda lebam tu dengan memakai cermin mata, padahal dia bukannya rabun! Punca kena tumbuk sikit je, dia hanya terlambat 5 minit untuk turun ke bawah berjumpa boyfriend dia tu. Hanya 5 minit...!!!

Aku ingatkan selepas bertunang keadaan akan menjadi lebih baik namun semua itu hanyalah sementara. Dia ditumbuk lagi, tempat yang sama, di mata. Kali ni lebamnya agak ketara sampai supervisor tanya aku kenapa dengan mata dia. Aku nak jawab apa?? Akupun orang lain yang bagitau sebab dia malu nak pandang muka aku. Masa ni kami dah tinggal berasingan kerana syarikat nak jimatkan kos asrama, jadi kami terpaksa berpecah untuk mengisi mana2 asrama yang kosong. Aku memang tak tau cerita pasal ni sehinggalah aku tengok dari jauh muka dia, tengok keadaan diri dia yang semakin kurus. Dan aku curi2 pandang muka dia yang semakin layu dan cengkung, kerana dia memakai tudung yang sengaja di tarik ke depan untuk menutupi kesan lebam kat mata dia tu...

Kini, kami benar2 terpisah jauh. Aku sudahpun berhenti. Dan dia masih lagi bekerja waktu itu.Aku cuma mampu untuk meminta maaf sebelum pergi. Tak sanggup lagi aku nak cakap banyak2 dengan dia.Apatah lagi waktu tu dia dalam keadaan sarat mengandung.

Masa bercinta, si lelaki sanggup tunggu betul2
kat depan pintu pagar, tapi bila dah sarat macam tu, takde lak dia tunggu kat situ. Sebaliknya si suami tunggu kat seberang jalan. Terpaksalah kawan aku naik jejantas, berjalan dengan laju untuk cepat sampai kat suami. Dia sememangnya sudah sedia maklum, lambat bermakna penampar...!!

Aku terpaksa berhenti di sini dulu kerana airmata aku sudah mula mengalir kembali. Sebagai kawan, aku doakan agar dia bahagia walau di manapun dia berada. Dan yang pasti, aku amat merindukan dia yang dahulu...ceria sepanjang waktu...

Tapi kini.......

p/s: Bagaimana aku nak tolong dia sedangkan kami benar2 sudah terputus hubungan...Selamatkanlah dia ya ALLAH...
.

10 comments:

  1. salam...
    sbb 2 la agaknya my mum masukkan kami 4 bradik(pompuan) ke klas taekwando,kak...

    wat laa tampa2 sayaaa..
    saya smack down sampai lumpuh..
    HUH LELAKI cemtuh amatlah HINA,maaf cakap yerrrr...

    sian kawan akak..sobssss

    ReplyDelete
  2. Ween~> salam..

    Tu la kann....patutnya org pompuan memang kena ada seni pertahankan diri ni...akak dulu nak belajo silat tp abah taknak ajar sbb dia kata leceh kena bukak gelanggang...

    Somi kawan akak tu mmg hina sgt sbb dia telah putuskan hubungan silaturrahim antara kawan akak tu dgn family dia...sdgkan kawan akak tu sgt rapat dgn family....

    ReplyDelete
  3. kesian....meh aku nak tumbuk mamat 2...punya betul grrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. Dez~> hamboiii3....kuat ke nak tumbok2 org ni...kang patah lak jari2 yang runcing tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. cian nye kwn akak 2..
    kena dera..
    hopefully dea idup gembira lar skrg..
    klu still is3 lg, mudah2an sominye tlh bertaubat..
    dulu sy pnah keje..
    tmpat keje sy 2 ad sorg akak slalu kena pukul ngn tunang dea..
    da r kaki pempuan lak 2..
    patu..
    dea wat syarat klu mintk putus, kne byr double..
    kejam toll..
    tp..
    bru2 ni sy ad kontek akak 2..
    dea ckp tunang dea da ok skrg.,.
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. cikELA~> memang kesian bila dgr kisah kawan akak ni. Somi dia tak bagi dia balik kampong jumpa family...family nak dtg umahpun somi dia tak bagi gakk...Mesti kawan akak tu tertekan...

    Hrp2 somi dia dh berubah...

    ReplyDelete
  7. uishhhh...jahatnyer laki tuh... naseb bek la somi saya x jahat cemtu. harap2 la da insap ek.. saya sayang somi saya...sentimental jap..muahahaha..

    ReplyDelete
  8. Nami~> bertuah Nami dpt somi yg baik...jagalah dia elok2 ehh....dan Namipun kena pandai jaga status sbg is3 hehehe....

    moga Nami n somi aman bahagia...Aminn...

    ReplyDelete
  9. insyaAllah kak azz.. masey atas khidmat nasihat pree akak tuh,..hikhikk.. masey gak doakan kitorang.smuga akak pon bahagia dgn life akak ;)

    ReplyDelete
  10. Nami~> ekekekeke....kita kena la saling ingat mengingati....nasihat menasihati....hehe...macehh doakan akak bahagia....insyaallah....hikkk

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^