Pages

Monday, September 14, 2009

AKU INGIN BERSUARA...!!! Tapi.....

Assalamualaikum......

Cepat je masa berlalu. Tak sampai seminggu lagi kita dah nak meninggal kan Ramadhan yang mulia ini. Menuju pula ke bulan Syawal sebagai meraikan kemenangan menghadapi Ramadhan. Semoga segala amalan diterima Allah. Apa yang penting, jangan la kita riak dan takbur dalam menjalankan segala ibadah tersebut. Tak perlu heboh2 kat orang, tak perlu nak menunjuk2. Kerana Allah juga yang maha mengetahui....

Kepada mereka yang nak balik ke kampung tu, saya doakan agar perjalanan anda semua dirahmati dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kalau mengantuk tu, berhentilah kat mana2. Rehatlah seketika untuk menghilangkan rasa sengal akibat pemanduan yang terlalu lama. (Buat senam robik ke..) Muehehehehe....

Untuk mereka yang nak balik ke Pantai Timur, terutamanya Kelantan, jika meng- gunakan jalan alternatif selain dari jalan Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, berhati2lah ya kerana jalan dari Raub-Sg. Koyan tidak begitu memuaskan. Kerja2 pembaikan dan penurapan masih lagi berjalan. Dan jika melakukan perjalanan waktu malam pula, lebihkan penumpuan terhadap pemanduan kerana keadaan jalanraya yang agak gelap berserta binatang ternakan seperti lembu dan kerbau yang sering melintasi jalan (kadang2 H1N1 pun melintas tiba2 je)

Seperkara lagi diingatkan, jika anda berhenti rehat atau solat di masjid Sg. Koyan, pastikan segala sampah sarap yang anda bawa tidak dibuang merata2. Kesian pada warga2 emas yang terpaksa mengutip segala pampers anak2 anda dan bermacam jenis sampah sarap yang lain. Saya sekadar memaparkan keluhan mereka sahaja. Bayangkan jika ibu bapa anda yang mengutip kesemua benda buangan tu. Bayang kan aje....

Janganlah memandu laju sangat di kawasan perkampungan ni. Walaupun kereta anda kelajuannya seperti kereta F1, berhati2lah. Jalan di sini sangat sempit dan sedikit berdebu. Berilah kerjasama ya kawan2. Berhemah la sikit. Bukannya susah..

p/s: Biarkan aku bersuara, kerana suara aku tiada siapa yang sudi untuk mendengarnya.. Sekadar nasihat dan ingatan tulus ikhlas dari aku (Tiada kene mengena dengan sesiapa...)

6 comments:

  1. hah... dengar tu warga2 kota yg nak balik Gua musang ikut jalan sg koyan... hati2 lah ya. jgn sampai majlis raya jadi kenduri arwah pulak... saya tak pe. memang dok kat kampung jadi tak adalah istilah balik kampung...

    ReplyDelete
  2. Chime~> duduk kampungpun kena hati2 gak...manatau kot2 nak g jalan2 beraya kt kampung seberang sana lak...hehehe...


    *akak sekadar mengingatkan aje....sbb dorang ni bawak kete laju gilerrr.....kdg2 sian tgk makcik2/pakcik2 terkial2 menepi...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana mengingatkan.... akan direnungkan...

    ReplyDelete
  4. dengar tue nasihat dan amanat akak 2...tapi if lalu jalan 2.singgah2 lah umah..nbawa buah tangan...

    ReplyDelete
  5. John~> hehehe....terima kasih kerana sudi merenung....

    ReplyDelete
  6. Dez~> hahaha.....memandai je nambah ayat ya.....ekekekeke....

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^