Assalamualaikum...
POPIA GORENG/KUKUS DATANGLAH...(ekekekeke....)...
Bahan2 A:
1 batang carrot (dihiris nipis)
1 biji sengkuang (dihiris nipis)
10 btg kacang buncis/panjang (dipotong kecil2)
(Semua digoreng separuh masak dengan sedikit air. Angkat bila air sudah kering)
Bahan2 B:
3 ketul tauhu (yang diramas2/dihancur2kan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji telur
sedikit minyak masak untuk menumis.
1) Tumis bawang putih, kemudian masukkan telur. Kacau2 telur dalam kuali hingga kering.
2) Masukkan pula tauhu dan goreng sehingga tauhu agak kekuningan.
3) Kemudian masukkan saja bahan2 A ke dalam bahan2 B dan letak garam secukup rasa. Kacau sebati dan angkat. Sejukkan.
Bahan2 C:
1 paket kulit popia (bergantung pada kuantiti inti)
3 sudu makan tepung gandum (bancuh dgn sedikit air sebagai pelekat/gam).
(Masukkan inti ke dalam kulit popia. Gulung dan lekatkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum tadi supaya kulit tidak terbuka).
Goreng/kukus popia yang telah siap digulung tadi.
p/s: Resepi ni aku ambil dari rancangan Ketuk2 Ramadhan yang disiarkan di TV1. Kalau tak menjadi tu jangan lak salahkan aku ya...muehehehe...(aku belum cuba lagi resepi ni tau. KUKUS tu aku letak sendiri... hehe...)
popia?ailoikkkk! bleh kata tiap kali berbuka, mesti ada popia..tp bli arr..hihi..
ReplyDeleteiskk..terliur da tgk popia akak neh
Nami~> ekekekeke....terliur je kan bila sebut popia....cuba la buat sendiri, boleh dipelbagaikan isi kat dalam popia tu.....
ReplyDeletep/s: minggu lepas anak sedara beli popia kt bazaar, punya la sedap akak makan....but after that i got stomachache.....serik dh nak beli....maybe inti popia tu dh di hinggapi telur lalat.....melepek akak asek cirit je...huhuhu...
nanti dez datanglah umah kak ader lagi x popia bermadu nie...
ReplyDeleteDez~> popia bermadu...??? Ekekekeke....adehh...takleh nak imejin cmne rupa popia bermadu tu...hekkk...
ReplyDelete