Pages

Tuesday, October 6, 2009

CALON2 PMR - MOGA BERJAYA...

Assalamualaikum........

PMR datang lagi...!!! Aku pasti jantung semua calon PMR ini tidak henti2 berdegup kencang. Mesti ada di antara mereka yang resah sepanjang masa, sampai abeh semua peluh jantan yang keluar. Rilex la dikk.. alaaa...PMR je, kacang je tu. Ahakk.

Akupun risau jugak ni. Risau sebab 2 orang anak sedara aku akan bersaing untuk PMR kali ni. Risau sebab yang sorang tu dari MRSM, takut dia tak dapat apa yang dia target. Tapi masa raya hari tu, aku dah pesan kat dia jangan tension2 sangat, buat macam biasa je. Walaupun dia kata "ya lah", tapi aku tau dalam hati dia dupdapdupdap (Tuhan aje yang tau...)

Calon2 PMR dari MRSM tutttttt.....hehehe....Moga SEMUA BERJAYA...

Anak sedara yang lagi sorang tu lagi la aku risau. Namun,aku berharap kesihatan dia memuaskan untuk dia menduduki peperiksaan ni. Jangan dia pengsan lagi sudah la. Adehh...!!! Macam aku lak yang nak masuk dewan periksa esok....

Kepada semua calon2 PMR, terutama sekali kedua orang anak sedara perempuan aku tu, aku doakan agar korang tenang dan sabar semasa menjawab soalan. Jangan main2 baling dadu ya......Muahahaha....

**Teringat masa aku PMR bertahun2 dulu. Cikgu aku lalu kat sebelah aku, lepas tu terus dia tunjukkan jari dia pada jawapan untuk satu soalan sejarah. Aku pandang muka dia dan tengok dia anggukkan kepala. Apupun terus la padamkan jawapan yang telahpun aku tanda dan menukarkannya kepada jawapan yang cikgu tu bagi. Balik je dari sekolah, akupun semak la jawapan tu. Rupa2nya, jawapan yang aku padamkan memula tu adalah BETUL, manakala jawapan yang cikgu tu bagi adalah SALAH.....Huwaaaa......!!!

p/s: Tips untuk menjawab soalan ialah~>Pasti dan yakin pada jawapan anda. Dan bila balik ke rumah, jangan sesekali buka buku untuk mencari jawapan pada subjek yang sudah berlalu, kerana jika anda tengok jawapan anda ada banyak yang salah, ianya dikhuatiri akan mem- pengaruhi untuk subjek seterusnya.

4 comments:

  1. sha byk kenangan manis masa pmr...antaranya...dok menyanyi lagu disco dancer dalam bilik tv kat hostel...ehehe...

    ikut mithun yang tak ensem tuh..

    ReplyDelete
  2. cHeryna~> Sha...haha, kalau duduk hostel mmg konpem la bnyk kenangannya....Akak masa zaman sekolah dulu tak pnh duduk hostel. Bila lepas SPM baru la merasa...

    *mithun tu adik akak suka woo....hehe...

    ReplyDelete
  3. rashiD~> bukak klinik pmr..?? A'ah ya la tu, kang dengan akak2 sekali masok klinik pengsan haha...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^