Pages

Wednesday, December 30, 2009

HISTERIA: TOLONG...!!! JANGAN KACAU AKU...!!!

Assalamualaikum...

Histeriaaaaaaaaaa......!!! Haaaaaa...!!! Ada tak di antara korang yang pernah mengalami histeria ni. Tak kiralah samada ianya berlaku pada diri korang sendiri, ataupun pada kawan2 korang. Ada yang nak berkongsi pengalaman tak..?? Jom la kongsi, buat apa nak malu... huhuhu....

Pertama kali aku saksikan histeria ialah sewaktu aku menjalani kursus menaip dan trengkas di FELDA tuuutttt.... Masa ni umur aku baru je 18 tahun dan sedang menunggu SPM. Akupun tak pasti macam mana kejadian tu boleh menimpa kawan aku. Secara tiba2 je dia meraung, mengilai dan menangis. Dah la masa tu nak dekat senja dah. Meremang sehhhh bulu romaku yang mulus ni.... hahaha...

Bila azan maghrib berbunyi je, kawan aku tu pun mulalah semacam je muka dia. Dengan rambut dia yang panjang mengurai sampai ke tumit, pastu dengan lebatnya lagi, menambahkan lagi rasa cuak kat kitorang yang satu dorm dengan dia ni. Dia mula meraung2 tak keruan. Aku jadi kecut jugak la. Tapi aku kuatkan semangat. Mulut memang tak putus2 baca ayat2 Qur'an. Aku main baca je mana2 ayat yang terlintas kat hati. Rasanya macam dah tak sempat dah nak pilih2 ayat ni. Keadaan agak kelam kabut... Maklumlah, semua yang ada kat dalam dorm tu rata2 masih muda remaja. Mana mungkin nak hadapi perkara sebesar itu kan...



Ketua dorm mula memanggil warden. Senja tu memang betul2 menguji tahap keakraban kami. Mana2 yang tak kuat semangat tu, kitorang suruh dorang duduk diam2 kat sudut bilik dan suruh dorang mengaji. Ada yang dah menangis kerana takut. Ada jugak yang menggigil2 badan dia menahan diri dari tersampuk. Dan, aku pulak bertindak sebagai penenang.... walaupun sebenarnya akupun tak berapa nak tenang dah ni... Kontrol bebb....hehehe....

Lepas je selesai solat maghrib secara bergilir2 (kerana menjaga kawan aku tu dari lari menerpa keluar bilik), wardenpun sampai dengan beberapa orang lelaki dan seorang makcik. Aku rasa makcik tu bomoh. Kawan2 akupun cakap camtu gak. Ni la kali pertama aku tengok bomoh sebenarnya. Masa tu kawan aku tu tengah baring terlentang memandang siling bilik. Seriau aku tengok mata dia yang besar dan bulat tu. Dan..... dalam waktu yang sama kelihatan 2/3 ekor belalang hijau berkeliaran kat dalam bilik tu. Kami sama2 mengejar belalang yang dikatakan pelesit tu dengan penyapu lidi. Makin dikejar, makin kuat pulak bunyi pelesit tu. Lagi la meremang bulu roma... Bila dapat je, terus kitorang bakar pelesit tu dan cabut kepala dia... Aku tengok je aksi yang akak ketua dorm tu buat.



Pastu, makcik bomoh tu suruh kitorang pegang seluruh badan kawan aku tu. Aku pegang kuat2 sebelah kaki dia. Kawan2 yang lainpun pegang gak. Takut dia meronta2 je nanti. Bomoh tu mulalah baca mentera. Kumat kamit mulut dia membaca sambil mengunyah sirih. Tak lama lepas tu, diapun ludahkan sirih tu kat tapak tangan dia dan sapu kat kedua2 bahagian betis dan kaki serta tangan kawan aku tu. Masa ni la aku rasa geli je nak pegang kaki kawan aku tu. Ya la, siapa yang nak pegang kaki tu kalau kaki tu dah merah2 dek airliur bercampur sirih kepunyaan bomoh tu kan... Aku tengok kawan2 yang lain pun sama cam aku jugak.....muahahahaha.....

Makcik bomoh tu perasan tau yang kitorang dah tak pegang kaki dan tangan kawan kitorang tu. Diapun dengan nada suara yang macam nak marah, suruh kitorang pegang balik semula. Akupun terus la gunakan kain batik yang kawan aku pakai tu sebagai pelapik tangan. Yang kelakarnya, kakak angkat aku siap jungkit2kan jari dia masa nak pegang kaki tu.... Dia bukannya pegang betul2, setakat pegang kat hujung2 jari je....lagi la teruk dari aku....huahuahua.....

Tak lama lepas tu, aku tengok kawan aku tu dah mula reda tapi mata dia masih lagi buntang memandang siling. Bomoh tu sampai suruh kitorang tutup mata dia dengan bantal sebab sekor pelesit masih lagi berkeliaran kat dalam bilik tu. Tiba2 kawan aku tu menjerit dan terus meronta2. Kuat wooo suara dia dan suara tu tidak seperti suara dia yang sebenarnya. Garau dan bergema semacam je. Pastu dia mula menendang2 sampai tercampak Qur'an yang kakak angkat aku pegang. Terus kakak tu gementar. Bomoh tu suruh aku pegang kuat2 kaki kawan aku tu. Seingat aku la,memang aku pegang sekuat yang boleh sampai nampak bekas lebam kat betis dia....



Dipendekkan cerita, hampir tengah malam barulah kawan aku tu dapat ditenangkan. Itupun kitorang takut2 jugak kalau tiba2 je dia buat hal lagi. Tapi bomoh tu kata, kawan aku tu dah keletihan bertarung dan akan tidur sampai keesokannya. Bukan tidur yang sebenarnya tau, tapi dia telah "dipengsankan" oleh bomoh tersebut.... huhuhu...

Keesokannya, bila kawan aku tu sedar je dari tidur/pengsan, terus dia tanya kenapa badan dia rasa sakit2 dan lebam2 sana sini. Dia tak ingat apa yang berlaku ke atas diri dia malam tu. Cuma yang dia ingat, dia "terkena" sewaktu berjogging selepas subuh kat hujung padang di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia kata macam ada suara yang memanggil nama dia untuk datang kat pokok tu.. huwaaa.. Nasib baik masa tu aku skip jogging. Selepas kejadian tu, aktiviti ber jogging sesudah subuh diberhentikan dengan serta-merta.

Sekian kisah benar yang berlaku suatu waktu dahulu.. Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua... Gembira biar ada batasnya...

p/s: Antara wang ringgit dan pengalaman, yang mana satukah paling tinggi nilaian harganya... Wang ringgit boleh dicari, tapi pengalaman akan tetap bersemadi di hati...
.

Tuesday, December 29, 2009

DON'T SAY A WORD...!!!

Assalamualaikum....

Muahahahaha.... Hambekkk....!!! Kan aku dah mula tayang gambar makanan dah. Tu la, sape suruh kata aku GEMOK. Aku ni kalau orang kata aku GEMOK, makin banyak aku makan. Lainkali, cakap je la aku ni SLIM macam kaki bangau, konpem aku kontrol aku punya makan. Sebabnya, aku mesti TERASA di sebalik perkataan SLIM tu.... Dan bila kita TERASA, sudah semestinya kita akan cuba menyangkal dan berusaha untuk mendapatkan apa yang tersirat di belakang ayat tu kannn.... hohoho....

Maka, terciptalah sarapan untuk pagi ni. Siapa2 yang terasa lapar tu, cubalah godek2 kat dapur tu ya... Jangan nak terhangguk2 je sepanjang masa kat depan skrin korang tu... ekekekekeke... Jangan marah haa....kehkehkeh...


3 biji telur yang dipukul manja.....hikhikhik...



Roti yang dah siap disapu planta....



Celup roti dalam telur dan goreng dengan sedikit planta...(Ini adalah kuali abah aku masa dalam tentera dulu.... Antik ni hoccay...)



Tadaaaaaaaa........dahpun siap. Sonang bai tu....ekekekeke.



Akhir sekali taburkan lebihan telur yang dijadikan telur hancur ke atas roti.. Sungguh mabelesss.....i tell you.....muahahaha...


p/s: Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali.
Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Jangan jadi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing2...
.

Sunday, December 27, 2009

EVERYTHING I DO..... I DO IT OR YOU...

Assalamualaikum.....

Jom layan lagu ni jap.. Sesekali nak jugak jiwang2 karat ni... muehehehehe.... Akupun ada hati dan perasaan jugak tau.... Jangan ingat nak buli dan saiko aku je hehhh....






Jom sama2 hayati lirik lagu ni.... Sentappp wooo....


EVERYTHING I DO, I DO IT FOR YOU - BRYAN ADAMS


Look into my eyes
you will see
what you mean to me

Search your heart
search your soul
and when you find me there
you'll search no more

Don't tell me, it's not worth tryin' for
you can't tell me, it's not worth dyin' for

You know it's true
everything I do
I do it for you

Look into your heart
you will find
there's nothin' there to hide

Take me as I am
take my life
I would give it all
I would sacrifice

Don't tell me, it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more

You know it's true
everything I do
I do it for you

There's no love, like your love
and no other, could give more love
there's nowhere, unless you're there
all the time, all the way............

chorus:

Oohh...you can't tell me it's not worth tryin' for
I can't help it, there's nothin' I want more

Yeaaa.... I would fight for you
I'd lie for you
walk the wire for you
yeaaa... I'd die for you......

You know it's true
everything I do
I do it for you

(repeat chorus)


p/s: Take me as I am.... take my life.... I would give it all.... I would sacrifice.... sobbssss....(nangeh betul2 ni.....hukkk3...)
.

Thursday, December 24, 2009

SAYA SAYANG ANDA.....ANDA SAYANG SAYA TAK...???

Assalamualaikum....

Mengekang tabiat merokok

Oleh Shukri Matt Ali
am@hmetro.com.my

BAHAYA merokok tidak hanya membabitkan penghisapnya, tetapi juga mereka yang menyedut asap yang dihembus atau berada dalam lingkungan penghisap rokok.

Apabila merokok sudah menjadi ketagihan di kalangan remaja terutama mereka yang masih bersekolah, bagaimana tindakan ibu bapa untuk menghalang tabiat yang sudah jadi ketagihan itu?

Ikuti 10 perkara berikut yang boleh dijadikan bimbingan sekeluarga:

  • Jadikan diri untuk dicontohi. Ibu bapa yang tidak merokok menjadi model yang kuat bagi anak kerana kajian mendapati anak akan mengikut jejak ibu bapa yang suka merokok.

  • Jadikan rumah sebagai zon tiada asap rokok. Jika anda kaki merokok, mempunyai kawan atau saudara-mara yang merokok, elakkan daripada mendedahkan anak kepada asap rokok.

    Dianggarkan hembusan asap perokok menyebabkan kira-kira 3,400 kematian akibat barah paru-paru dan 22,700 hingga 69,600 kes kematian penyakit jantung setiap tahun dalam kalangan orang dewasa yang tidak merokok di Amerika Syarikat.

    Kanak-kanak akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit lelah dan jangkitan telinga manakala bayi pula lebih kepada sindrom kematian kejutan bayi. Kesan buruk asap rokok yang dihidu orang lain adalah serius dan tidak akan berkurangan.

  • Berusaha berhenti merokok. Jika seseorang perokok cuba berhenti merokok, anda tidak sendirian.

    Sebanyak 70 peratus perokok berazam untuk berhenti merokok, tetapi hanya lima peratus yang berjaya berbuat demikian dalam tempoh yang lama.

    Berusahalah untuk berhenti demi kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga. Sokongan ahli keluarga turut membantu kerana apabila mereka berasa betapa sukarnya bagi anda berhenti, ia mungkin mempengaruhi mereka untuk tidak merokok.

  • Jangan merokok di depan anak termasuk dalam kereta. Sejumlah 77.6 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak menghisap rokok dalam kenderaan ketika bersama keluarga.

    Tindakan sedemikian menjadikan kereta sebagai zon bebas asap rokok dan akan melindungi penumpang termasuk anak.

  • Mendidik anak supaya tidak terpengaruh dengan iklan media. Satu cara ialah mengurangkan pendedahan anak terhadap iklan rokok menerusi televisyen.

    Satu laporan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat merumuskan iklan merokok dalam filem menyebabkan remaja mula merokok dan filem berkaitan remaja pula mendorong kira-kira 200,000 remaja menjadi perokok baru setiap tahun.

  • Maklumkan kepada anak mengenai risiko kesihatan akibat merokok. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak remaja atau dewasa mereka merokok akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka termasuk kesan negatif dalam jangka panjang terhadap kesihatan dan penampilan diri.

  • Kenali rakan anak. Dorongan rakan sebaya adalah faktor kuat yang mempengaruhi tindakan remaja untuk merokok, minum alkohol dan mengambil dadah. Ibu bapa perlu tahu jika anak berkawan dengan mereka yang merokok. Galakkan mereka menjadi model tidak merokok agar dapat diikuti rakan sebaya dan anak lain dalam keluarga.

  • Dengar dengan teliti pandangan anak. Apabila ibu bapa mewujudkan suasana dalam rumah yang mendorong perbincangan dan perbahasan sesuatu topik, ia membolehkan anak belajar dan memahami fakta, berdepan dan menyelesai masalah supaya mereka dapat hidup bebas daripada rokok.

  • Bina kemahiran membuat keputusan awal. Menerusi amalan membuat keputusan sejak peringkat awal, anak akan berupaya membuat pilihan bijak apabila berdepan dengan perkara yang penting seperti merokok.

  • Beri dorongan kepada mereka untuk segera berhenti merokok. Manusia boleh menambah jangka hayat mereka tanpa perlu merokok. Berhenti merokok juga adalah keputusan yang dapat menyelamatkan nyawa. Bukan mudah berbuat demikian, tetapi setiap langkah percubaan untuk berhenti merokok perlu dianggap sebagai suatu kejayaan.

  • p/s: Orang lelaki selalu berkata, dia lebih rela putus cinta daripada putus rokok. Nampak gayanya, dia lebih sayangkan rokok dari menyayangi dirinya sendiri. Adakah anda rasa dia sayangkan anda sebagaimana dia sayangkan status sebagai perokok tegar itu..??

    (Family aku ramai yang merokok.... Naik pening kepala aku dengan bau asap rokok ni... Camne la gamaknya kalau dapat laki kuat merokok... Pengsan denn.....CPR pelissss....huhuhu....)
    .

    Thursday, December 17, 2009

    SALAM MUHARRAM....SALAM MA'AL HIJRAH 1431H...


    Assalamualaikum......

    Doa awal tahun...

    Selamat menyambut awal Muharram untuk semua. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih mendekatkan kita ke jalan yang diredhai... Pada 1 Muharram, hendaklah dibaca doa yang berikut:



    [doa1.jpg]


    Di kala melihat Awal bulan (tiap-tiap bulan, bukan Muharram sahaja), maka adalah Nabi s.a.w. mengucapkan doa yang bermaksud:

    "Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami bulan dengan keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan, keafiatan dan rezeki yang baik serta taufig kepada apa yang Engkau sukai dan redhai, Tuhan kami dan Tuhanmu (hai bulan) adalah Allah"...(riwayat Atthabrany'an Ibnu Umar).

    p/s: Apakah azam anda untuk tahun baru ini? Sudahkah tercapai segala apa yang dirancangkan ataupun masih lagi tidak berganjak2. Tahniah untuk anda yang sudah berjaya menggapai impian. Teruskan usaha bagi anda yang sedang bertungku-lumus dalam mengorak langkah menuju kejayaan. Aku...?? Masih lagi mencari-cari arah tujuan...


    Tuesday, December 15, 2009

    HARGAI MATA ANDA.....

    Assalamualaikum....

    Semalam aku ke klinik mata lagi. Kali ni untuk susulan je. Mata mak aku masih belum pulih. Lagipun baru seminggu je laser, masih kabur lagi. Doktor tu bagitau mata mak aku mungkin lambat sikit nak pulih sepenuhnya. Lagipun dengan umur mak aku yang dah lanjut, pastu ditambah lagi dengan penyakit diabetes yang dia ada tu, memang agak mustahil la nak sembuh cepat... Kena banyak2 bersabar la....


    Pesakit yang baru selesai menjalani laser mata diberi penerangan oleh doktor yang ensem tu......hehehe...(doktor tu tak pasan aku amek gambar ni....hahaha...)


    Sedikit info pasal penyakit yang menyerang mata ni ya...

    GLAUKOMA:

    Sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar mata seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Bagi mata Glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf.

    Ada 2 jenis Glaukoma:

    1) Glaukoma Akut:
    ~> Menyerang secara tiba2, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Ianya memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap akut ini.

    2) Glaukoma Kronik:
    ~> Melarat secara perlahan2 tanpa merasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap glaukoma ini tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah kronik sehinggalah keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

    Di antara tanda2 glaukoma kronik adalah ruang penglihatan yang menjadi semakin sempit yang menyebabkan penglihatan semakin kabur dan rabun. Sukar untuk menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap(rabun ayam). Juga kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.


    Mak aku sedang menunggu giliran untuk masuk ke bilik yang bertutup tu.... Aku tau masa ni jantung dia dup...dappp...dup...dappp....


    KATARAK (selaput):

    Merupakan sejenis kerosakan mata yang akan menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.

    Penyakit ini berlaku secara perlahan2 dan biasanya melibatkan kedua2 belah mata dan menyerang tanpa mengira jantina. Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini adalah dari mereka yang mengidap diabetes, warga emas, perokok, mengambil alkohol yang berlebihan juga mereka yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya ultraviolet.

    Klinik Pakar Mata Bentong,
    No 15, Bentong Point,
    Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.
    Tel: 09-2223844
    HP: 012-6011628/012-9470717/019-9333689
    (Isnin dan Selasa - 9.00 am - 5.00 pm)

    p/s: Semasa aku buat entry ni, abang long aku telefon mak aku dan bagitau yang makcik Khairil Rashid@Krill baru je meninggal. Al-Fatihah untuk arwah... Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau.. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.....
    .

    Saturday, December 12, 2009

    MARI BERSENAM.......Mohh la wehhh......

    Assalamualaikum.....

    Memandangkan hari ni dan esok merupakan cuti hujung minggu untuk korang yang bekerja, apa kata korang luangkan sedikit masa dengan bersenam. Kat sini aku tempekkan beberapa panduan sebelum melakukan senaman yang aku copy paste dari majalah JELITA keluaran Jun 1999. Tapi aku olah sedikit isi kandungannya ya...

    1~> Mula2 lakukan senaman ringan selama 3-5 minit agar tidak berlaku kekejangan otot.

    2~> Pilih hari atau waktu yang sesuai untuk bersenam. Anda boleh melakukannya selalu tanpa perlu berselang beberapa hari untuk memulakannya semula. (Kena buat jadual supaya senang nak ingat)

    3~> Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Sentiasa simpan di dalam beg khas supaya senang untuk di bawa ke mana2 agar tiada alasan malas nak bersenam.

    4~> Beri rangsangan kepada diri anda sendiri. Gantung baju idaman di dalam bilik sebagai pencetus semangat untuk anda menurunkan berat badan dengan harapan anda dapat memakai baju tersebut. (Gantung baju cutting model hehehe....)

    5~> Carilah teman untuk sama2 melakukan senaman kerana masing2 boleh memberi rangsangan/sokongan antara satu sama lain.

    6~> Jika anda jenis yang suka bersenam bersendirian, anda perlulah mendapatkan seorang jurulatih peribadi yang boleh mengawasi perkembangan anda.

    7~> Jangan terlalu ghairah atau memaksa diri untuk melakukan senaman sehingga menjejaskan pergerakan anda.

    8~> Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman untuk anda yang mempunyai sakit jantung, lelah atau sedang hamil.

    9~> Lakukan senaman sekurang2nya 2 jam selepas makan.

    10~> Sejukkan dahulu badan selepas bersenam dan jangan berhenti secara tiba2. Ini kerana darah masih lagi merangsang otot dan tidak sempat sampai ke otak yang akan menyebabkan anda berasa pening.

    11~> Jangan melakukan senaman sekiranya anda berada di dalam keadaan selsema atau batuk kerana ianya akan memburukkan lagi kesihatan anda ketika itu.

    12~> Berhenti dari bersenam sekiranya anda berasa pening2 atau kejang otot. Mandi air panas dan sapu minyak urut pada bahagian yang kejang/sakit.

    13~> Minum lebih air masak selepas setiap kali bersenam untuk menggantikan peluh yang keluar.

    14~> Pakai kasut sukan yang bertapak lembut dan menyerap peluh untuk membolehkan peredaran udara berlaku dengan mudah.

    15~> Pilihlah senaman yang bersesuaian untuk membakar kalori anda seperti berenang (300 kalori sejam), mengayuh basikal (500 kalori sejam), berlari2 anak (700 kalori sejam), berjalan kaki (450 kalori sejam), dan yoga (100 kalori sejam).

    p/s: Wahhhh......berlari2 anak boleh bakar 700 kalori sejam. Banyak tuu..!!! Agak2nya la kan, kalau orang tu ramai anak, mesti body dia solid molid je kan. Ya la, mesti penat dok kejar2 anak je kerjanya. Kalau kejar laki yang kawen lagi satu, lagi laaaa banyak kalori yang terbakar!!! Kita lihat siapakah lelaki yang kena kejar ittewww..... ekekekeke..... Larikkkkkk....
    .

    Friday, December 11, 2009

    Fuhhhhh!!! PENATNYA MENGGENTEL...kehh3...

    Assalamualaikum....

    Aku baru je selesai buat kuih siput. Aku tak jadi nak gunakan mesin tu sebab adunan untuk kuih siput ni lembik sikit dan ianya tak sama dengan adunan untuk kulit karipap hari tu. Nasib baik la kat rumah ni ada 2 ketul acuan untuk menggentel tu. Maka kekal la nama kuih siput dengan nama asalnya....kuih guntingpun tidak....apa lagi kuih mesin....hakhakhak....

    Korang tengok je la gambar2 yang baru aku ambil ni. Gelap sikit la gambar2nya sebab satu lampu je yang menyala, yang lagi satu tu tak nak pulak menyala. Macam tau2 je kuih siput aku ni buruk rupanya... huahuahua....


    Nasib baik la ada anak dara cilik 2 orang ni. Seronok betul dorang menenyeh dan menggentel......hehehe...



    Beginilah caranya untuk menenyeh dan menggentel ya kawan2.... (Gentel aje la....cantik ke buruk ke....tak kisah....janji sedappp......ahakk....)



    Kakakaka.....dan inilah rupanya kuih siput yang telah siap digoreng. Akupun tak tau la ni siput sedut ataupun siput gondang. Tapi bukan siput bab* hoccay....no...no...no......



    Bila dah masukkan dalam balang ni takde la nampak buruk sangat rupa kuih siput aku ni kan....kan...kan....ekekekeke....


    p/s: Biar buruk rupa asal sedap rasanya. Apa bendanya yang sedap tu...?? Lu fikirlah sendiri.....!!! Muahahahahaha.....
    .

    GENTEL dan TENYEH......muahahahaha.....

    Assalamualaikum...

    Kali ni aku nak kongsi satu lagi resepi. Aku rasa korang patut cuba resepi ni sebagai kudapan sambil lepak2 depan tv tengok bola ataupun sambil mengadap pc masing2. Nak buat bekal pergi deting kat dalam panggung sambil tengok citer 2012 pun bolehhh....... Muahahahaha....

    KUIH SIPUT

    Bahan2:

    1 cawan planta
    1/2 kilo tepung gandum (2 1/2 cawan)
    3 sudu makan udang kering yang telah siap dikisar
    1 sudu makan bawang putih yang telah siap dikisar
    3 sudu makan bawang merah yang telah siap dikisar
    3 sudu makan cili kering yang dikisar (ikut suka pedas)
    1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
    1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
    1 sudu kecil ketumbar (dikisar)
    sedikit garam
    sedikit daun kari
    minyak masak secukupnya

    Cara2:

    1) Gaulkan tepung gandum bersama dengan planta sehingga sebati.

    2) Masukkan kesemua bahan2 yang lain.

    3) Adun sehingga adunan/doh boleh digentel dan tidak melekat dijari (pandai2 korang la nak buat apa kalau adunan/doh tu melekat yaa...)

    4) Ambil sedikit doh, gentel dan tenyehkan pada acuan kuih siput. Ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.

    5) Goreng sehingga masak/garing. Sebelum kuih siput tu masak, jangan lupa masukkan daun kari ke dalam kuali.

    p/s: Aku plan nak buat kuih gunting je menggunakan resepi ni. Tapi aku nak gunakan mesin yang hari tu. Jadi lepas ni kuih gunting dah tukar nama kepada kuih mesin.....hakhakhak...

    (Stok biskut kat rumah ni dah kehabisan. Maka terpaksalah aku mencari jalan alternatif untuk mengisi kekosongan perut anak2 buah ni....hohoho.....)
    .

    Thursday, December 10, 2009

    Nilai RM sekarang....BERBALOI TAK..???

    Assalamualaikum....

    Hari ni Khamis. Ada pekan sehari kat tempat aku ni. Oleh sebab mak aku baru je laser mata, maka tugas untuk ke pasar tu jatuh kat aku. Dan inilah yang dapat aku beli dengan rm110....huhuhu...

    1 ekor ayam + hati/pedal = rm19.60
    1 ekor ikan tongkol = rm14.50
    7 ekor ikan kembung = rm13.50
    6 keping ikan tenggiri = rm19.00
    2 ikat kacang panjang = rm2.00
    2 peket tempe = rm3.00
    6 ketul tauhu = rm2.00
    2 tin susu cili padi = rm6.00
    ikan bilis = rm8.00
    kentang = rm4.00
    bendi = rm1.40
    cili merah = rm5.00
    3 bungkus serbuk kunyit = rm3.00
    1 bungkus garam halus = rm1.00

    Jumlah keseluruhan = rm102.00.

    Agak2 berbaloi tak jumlah RM dengan jumlah barang yang dibeli tu? Samada berbaloi ataupun tidak, tetap kena beli jugakkan. Abeh tu
    camno...!! Kalau nak murah pergi la tangkap sendiri ikan2 tu. Lepas tu, rajin2kan lah diri tu berkebun. Jangan pulak asyik berkebun kat Farmville je.....muahahaha....


    Balik je dari pasar, terus masak hati ayam/pedal dengan kacang panjang ni. Lapooo wehhh.....hikhikhik....


    p/s: Makin lama makin kecil nilai RM ni. Agak2 tahun depan apa yang dapat dibeli dengan rm100 tu ya....(Baju kecik je dah rm42.90 sehelai....arrggghhhhh.....tensen.....tensen....huahuahua...)
    (Kaum lelaki atau para suami yang tak pernah ke pasar tu, janganlah asyik bebel je, pastu kata..."bagi 50 henggetpun tak cukup lagi ke....?" Kang ada jugak yang kena serkup kepala tu dengan jabir gelenya.... hakk3...)
    .

    Tuesday, December 8, 2009

    MENGESAN PERWATAKAN DARIPADA TAHUN LAHIR.


    Assalamu'alaikum.

    MENGESAN PERWATAKAN DARIPADA TAHUN LAHIR.


    Lihat tahun kelahiran anda. Bilakah anda dilahirkan dan mengetahui sifat2 yang tersembunyi di sebalik penampilan anda seharian. Mungkin ada yang tidak anda ketahui atau sengaja sembunyikan dari seseorang. Cara mudah untuk memahami fitrah manusia ialah dengan melihat tahun kelahiran. Perwatakan anda di bawah naungan tahun haiwan yang diambil daripada kitab Jawa. (sumber diambil daripada majalah Wanita-September 1977).


    TAHUN TIKUS: (1948-1960-1972-1984-1996-2008)
    Seorang yang menarik, mudah bergaul dan bersifat pemurah namun hanya kepada orang tertentu sahaja. Mungkin kerana mahu ringkas dan cepat,mereka dikatakan agak pengotor, tidak suka berkemas. Mereka juga tidak tahan sejuk walaupun untuk mandi pagi dan sukar menerima ubat2an yang pahit. Pasangan yang sesuai untuknya ialah dari tahun lembu kerana orang dari tahun ini penyabar dan tenang dalam tindakan. Lain2 tahun ialah tahun anjin*, monyet, bab* dan naga.


    TAHUN LEMBU: (1949-1961-1973-1985-1997-2009)

    Seorang yang rajin bekerja, merendah diri, praktikal dan boleh dipercayai sebagai pemimpin. Mereka juga sesuai untuk dijadikan sahabat bahkan seorang kekasih kerana adanya sifat jujur dan ikhlas. Percintaan memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Walaupun mereka mempunyai ramai peminat, namun sifat setia dan keluhuran hati mereka mengatasi segalanya. Untuk mencari kebahagiaan dan sokongan yang padu, carilah orang di bawah tahun tikus, arnab, ayam jaguh, naga, harimau dan monyet. Luahkan masalah yang dihadapi kepada orang yang bernaung di bawah tahun harimau.



    TAHUN HARIMAU: (1938-1950-1962-1974-1986-1998)
    Seorang yang berani, bersemangat tinggi dan penuh kasih sayang. Tahun bab* boleh mengawal mereka daripada bertindak secara melulu. Mereka seorang penasihat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri serta ringan tulang, mudah meminta pertolongan daripadanya. Tahun ayam daripada bukan kaum sejenis patut dijauhi. Orang dari tahun monyet boleh menjadi pengawal yang baik untuk orang tahun harimau.



    TAHUN ARNAB: (1939-1951-1963-1975-1987-1999)

    Seorang yang percaya kepada kesucian cinta. Tutur kata mereka lembut dan boleh menjadi teman sejati. Seperti zahirnya yang tampak baik, begitulah isi hatinya namun kemarahannya sukar dikawal. Mood mereka berubah dan secara tidak langsung penampilannya turut sama berubah. Jika senang hati, mereka menampakkan kegembiraannya, berselera makan, bergelak ketawa dan bergurau senda. Pun begitu, jika hatinya tidak tenang, mereka menunjukkan sifat negatif seperti murung, menyendiri dan tidak mahu menjamah selera. Mereka juga mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri.


    Mereka tahu mencari keuntungan sendiri. Pandai bergaya, bersolek dan membawa diri ke mana sahaja. Bersifat penyabar dan marahnya juga tidak berpanjangan. Pasangan yang serasi dengannya ialah mereka yang lahir dari tahun anjin*, monyet, kambing dan arnab. Jika berkahwin dengan zodiak yang sama, kehidupan diselaputi kemewahan.



    TAHUN NAGA: (1940-1952-1964-1976-1988-2000)

    Selalunya mereka seorang yang bertenaga, sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan bersemangat tinggi. Ramai pula teman baik dan banyak lagi musuhnya yang iri dengan keterampilannya. Sifatnya memang pembengis namun mereka mudah bersimpati kepada orang lain dan penuh kasih sayang. Namun jika tidak kena dengan lenggoknya, mereka cepat naik darah dan menjadi pendendam kiranya ada yang mencampuri urusannya. Apa yang nyata, usah mengkhianati mereka terutama orang yang pernah termakan budinya.


    Orang ini sesuai dengan zodiak ayam jaguh. Mungkin kerana sifat ayam yang setia. Zodiak naga juga sentiasa mengharapkan sokongan daripada tahun tikus. Mereka mempunyai idea yang sama dengan tahun harimau tetapi tahun harimau lebih menonjol penampilannya daripada mereka. Mereka lebih tertarik pada perwatakan tahun monyet yang bersifat pendendam sekaligus menjadi pelindung bagi dirinya.



    TAHUN ULAR: (1941-1953-1965-1977-1989-2001)

    Seorang yang sentiasa berfikiran waras, lemah lembut dan cukup sensitif pada sesuatu keadaan. Zodiak lembu sentiasa mencurah kasih sayang padanya. Tahun ular sesuai berkahwin dengan tahun ayam dan jika berkongsi zodiak, mereka perlu belajar untuk tidak terlalu cemburu atau kuat bergosip. Mereka ini tidak begitu disukai oleh orang lain kerana menganggap mereka suka berbohong. Namun, mereka bukanlah bersifat begitu.


    TAHUN KUDA: (1942-1954-1966-1978-1990-2002)

    Seorang yang menghiburkan. Mereka bijak dan pantas berfikir. Terdapat 3 pasangan yang bersesuaian iaitu harimau, kambing dan anjin*. Teman perbincangan yang baik ialah dari tahun naga, kuda dan ayam jaguh. Mereka juga dikatakan mempunyai nafsu yang kuat dan sukar dikawal. Mereka juga gemar menambah cerita untuk mendapatkan perhatian kawan2 supaya mereka disukai. Namun begitu, mereka jenis yang tahan derita dan lali dengan hidup susah selain tabah menghadapi dugaan hidup. Mereka boleh mencurahkan masalah kepada orang yang bernaung di bawah tahun bab*.


    TAHUN KAMBING: (1943-1955-1967-1979-1991-2003)
    Seorang yang lemah lembut, bicaranya lunak dan berfikiran kreatif. Namun di sebalik perwatakan tersebut,mereka mempunyai jiwa yang keras. Mereka mudah menerima kasih sayang daripada orang yang lahir pada tahun arnab dan bab*. Mereka boleh belajar daripada tahun monyet dan harimau. Sahabat seiring jalan bagi mereka ialah dari tahun naga.


    Sikap buruk mereka di waktu terdesak ialah suka mencuri barang milik orang lain, tetapi mereka akan mengaku kemudiannya. Kejujuran tetap ada dalam jiwa. Mereka sentiasa menghadapi masalah kewangan dan tidak sesuai bertemu dengan zodiak yang sama kerana mereka mungkin akan muflis. Namun begitu, mereka akan bersifat pemurah bila kewangan berada dalam keadaan baik. Paling dibenci adalah orang yang suka bercakap kasar dan kuat membebel. Mereka mahu orang lain mempercayai cerita mereka walaupun cerita tersebut karut belaka.

    TAHUN MONYET: (1944-1956-1968-1980-1992-2004)

    Seorang yang suka kepada keseronokan dan bijak pemikirannya. Orang yang boleh membuatkan mereka gembira ialah dari kalangan yang lahir pada tahun naga, tikus, arnab, harimau dan bab*. Orang yang lahir pada tahun ayam dan anjin* boleh menjadikan mereka berfikiran kreatif dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Mereka juga terpaksa bekerja keras untuk berjaya. Nasib akan menyebelahi jika mereka berniaga atau bekerja sebagai pasukan keselamatan atau berhubung dengan kepimpinan am. Adakalanya mereka ini kedekut dan mementingkan diri sendiri.



    Sikap mereka yang mudah naik angin, gemar pula memaksa orang lain untuk melakukan perkara yang tidak digemari oleh orang tersebut. Namun mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu pemikiran yang tinggi dan fkizal yang sihat. Penyakit angin kadangkala menyerang di otot menyebabkan sakit punggung dan jantung berdebar2.



    TAHUN AYAM: (1945-1957-1069-1981-1993-2005)

    Mereka bijak, bersemangat tinggi dan tidak pernah mengenal erti penat. Mereka juga rajin bekerja, tidak perlu disuruh namun adakalanya jika enggan membuat sesuatu perkara walau dipaksa sekalipun, tidak akan menjadi. Takut nanti kita pula yang disuruhnya. Tahun naga sesuai menjadi pendampingnya. Begitu juga tahun ular dan ayam yang menjadi pilihan terbaik. Mereka boleh mempelajari sesuatu daripada tahun monyet kerana mereka berpengalaman dalam soal kehidupan mahupun kematian.


    Mereka berkira sedikit dalam soal kewangan. Namun setiap yang memerlukan pertolongan, tidak dipandang sepi olehnya. Mereka juga seorang yang kreatif dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak mudah lupa diri terutama kepada orang yang pernah menolongnya.



    TAHUN ANJING: (1946-1958-1970-1982-1994-2006)

    Seorang yang realistik, boleh dipercayai dan suka berterus terang dalam banyak perkara. Orang yang lahir pada tahun kuda akan tertarik pada keikhlasan dan kebijaksanaan mereka. Bukan itu sahaja, mereka sering memberikan bantuan. Tahun harimau boleh menjadi pilihan terbaik. Tahun arnab pula mampu menjadi penasihat buat mereka. Tahun anjin* ini juga mempunyai sifat yang suka mencurigai orang lain.


    Mereka sukar untuk mempercayai orang lain namun tidak semestinya mereka berhati2. Jika mereka telah menemui seseorang yang benar2 dicintainya, mereka akan berlaku setia. Watak mereka agak degil, bermulut cabul dan bising. Tambahan pula jika sedang marah, mereka semakin celupar dan agak keterlaluan. Dan adakalanya mereka ini suka mengungkit. Dalam soal bersahabat, mereka dari zodiak ini boleh dibanggakan.



    TAHUN BABI: (1947-1959-1971-1983-1995-2007)

    Lazimnya seorang yang pemurah, jujur, mudah percaya dan agak degil sedikit. Pasangan paling sesuai ialah dari tahun arnab yang boleh berjalan seiring. Mereka boleh berkongsi minat mengenai benda2 mahal dengan orang dari tahun kambing. Mereka juga boleh bahagia dengan orang yang lahir pada tahun tikus, anjing, kuda, ayam jaguh dan harimau. Mereka banyak belajar dari tahun monyet dan mereka ramai peminat. Kadangkala mereka mendapat kesusahan kerana seseorang namun orang tersebut akan mendapat balasan yang setimpal di atas kejahatannya sendiri. Zodiak ini periang tetapi dalam masa yang sama mudah merajuk dan menangis. Watak bengisnya pula ada di dalam jiwanya.

    p/s: Semuanya ini hanyalah kebetulan sahaja. TOLONG JANGAN PERCAYA. Jika anda percaya, itu bermakna anda tidak percaya pada ketentuan Allah.


    Monday, December 7, 2009

    GELEK dan GENTEL DI DAPUR.....hohoho...

    Assalamualaikum.....

    Malam tadi aku buat karipap lagi. Kali ni main hentam je bahan2 yang digunakan. Maksud aku, takde la beria2 sangat ikut sukatan macam mula2 buat dulu. Konon2 dah terer la tu. Terer la sangat kann. Kira terer la sikit dari budak darjah 6....miahahahaha...

    Biarkan saja gambar berbicara...(Aku kepenatan baru balik dari klinik mata....)


    Mula2 nak gelek doh dengan mesin ni sebab tak pernah guna sejak beli. Tapi proses jadi lambat sebab doh asek sangkot2 je...hmmm....



    Nak tak nak, kena jugak menggelek cara tradisi.... Abeh mengembang muscle aku.....haha....



    Inti karipap. Campuran daripada kentang + udang kering + ayam + serbuk kari + bawang besar + bawang merah + cili padi + garam



    Rupa doh yang telah siap digelek. Gelek atas plastik, pastu lipat plastik tu supaya doh tak melekat kat penggelek...



    Inilah rupanya karipap yang telah siap digentel oleh anak buah aku. Aku tukang gelek dengan isi inti je. Mana sempat nak gentel sama wehhh... (Lagipun aku tak pandai dalam bab gentel menggentel ni....uhukkkk...)



    Beginilah rupa karipap yang telah siap digoreng. Buruknya la haiii rupa dia....huhuhu...



    Dan ini pula adalah lebihan doh. Aku buat seperti kuih gunting dengan menggunakan mesin yang mula2 tadi.....hikkhikk....


    p/s: Aku penat sangat sekarang ni. Penat seluruh badan, apatah lagi fikiran yang makin berkecamuk. Seboleh mungkin aku berusaha untuk bersabar. Namun, kadang2 tersasar juga kesabaranku ini. Sampai bila aku mampu bertahan....??
    .

    Sunday, December 6, 2009

    KAEDAH BERURUT utk WANITA sahaja...

    Assalamualaikum....

    Perjalanan darah yang lebih lancar serta pembuangan toksin yang lebih cepat dan mudah, berupaya menghindarkan kita daripada pening, migrain, kekejangan, masalah sembelit, artritis serta kesukaran bernafas. Tanpa toksin dalam badan, kulit akan menjadi lebih bersih dan berseri, mata cerah, badan segar serta rambut lebih bermaya.

    KAEDAH BERURUT:

    1) Elok berurut sebelah pagi kerana urat masih kendur.

    2) Makan 3 jam sebelum berurut (kosongkan perut).

    3) Pilih tukang urut bertauliah (wanita sahaja).

    4) Terangkan apa masalah anda terlebih dahulu kepada tukang urut. Rujuk dahulu kepada pakar jika ada masalah kesihatan.

    5) Pastikan badan bersih dan bebas bau sebelum berurut.

    6) Elakkan sebarang gangguan samada dari enpon atau sebagainya. Pastikan yang anda peruntukkan sekurang2nya 3 jam untuk sessi mengurut.

    7) Tanggalkan semua barang kemas, perhiasan, coli dan seluar dalam. Pakai kain batik atau sarung khas sahaja.

    8) Lapangkan fikiran semasa diurut. Dan gunakan minyak angin yang panas untuk mempercepatkan proses pembuangan toksin dan angin.

    PERATURAN/CARA2 MENGURUT:

    1) Sebaik2nya berbaring. Urutan dimulakan dari pangkal tengkuk bagi menolak angin keluar daripada badan (3 minit). Tukang urut mestilah pandai mencari 2 urat besar yang bersambung terus ke kaki.

    2) Dengan menggunakan ibu jari, tekan urat sehingga ke bahagian belikat (kiri dan kanan serentak). Buat urutan secara tekanan ke bawah lebih kurang 2 atau 3 minit.

    3) Selepas itu urut di kedua2 belah atas pinggul pula (3 minit).

    4) Urut bahagian bawah punggung serta pangkal paha (3
    minit). Ketika ini anda akan mula sendawa atau buang angin.

    5) Gunakan kedua2 telapak tangan untuk menekan dan menggosok bahagian pelipat dengan gerakan ke bawah (4 minit).

    6) Urut betis dengan menekan tulang kering berkali2. Anda perlulah menahan kesakitan.

    7) Teruskan urutan pada belakang tumit. Ia dipercayai dapat me-
    lancarkan pengaliran darah pada uterus dan rahim serta menghilang kan sakit belakang.

    8) Dengan menggunakan ibu jari, tekan telapak kaki berkali2 kerana ia dapat memulihkan sakit kepala. Tekanan pada jari kecil pula dipercayai dapat mengurangkan sinus.

    9) Kemudian, anda perlulah baring terlentang dan urut pula bahu bahagian kanan.

    10) Teruskan urutan pada pangkal lengan, lengan dan hujung jari. Ulangi gerakan sama pada bahu dan lengan kiri. Ia dipercayai dapat mengurangkan rasa kebas dan lenguh2.

    Ketika mengurut, pastikan anda tahu membetulkan urat yang tersepit pada celah tulang yang menyebabkan pengaliran darah terganggu.
    (sumber dari majalah JELITA-November 1998)

    p/s: Jangan salah urut pulak ya. Takut nanti lain yang diurut, sakit lain pulak yang mendatang....Ooopppppsssss....

    **Kenapa anak dara tidak digalakkan berurut ehh... Ada tak sesiapa yang boleh bagitau sebabnya.. (mak aku marah bila aku cakap nak pergi berurut. Bila aku tanya kenapa tak boleh, dia diam je...huhu...)
    .