Assalamualaikum....
Biarkan hidup mereka tidak karuan.. (Republish..)
Bila melihat orang yang suka bersendirian, tak ambil tahu hal orang, kalau kita tak berasa kasihan kononnya dia tidak ada kawan, kita akan membuat tanggapan dia kera sumbang. Ke mana-mana seorang, makan seorang, minum sendirian, dia punya dunia tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mungkin itu memang yang diingini, memang perkara itu yang membahagiakannya, tak perlu pening-pening kepala nak melayan kerenah manusia di sekeliling, jauh sekali berada dalam lingkungan manusia yang suka mengkhianati.
Memang hidup memerlukan keluarga juga teman, tapi adakah hidup akan menjadi lebih sempurna jika mereka yang di sekeliling ini tidak berfungsi seperti yang sewajarnya? Tegur menegur, menasihati memang perlu apatah lagi mendorong dan menyokong. Tapi berapa ramai yang sanggup berbuat demikian untuk kita? Kalau kita fikir anggota keluarga tidak akan mengkhianati, kita salah. Kalau kita ingat rakan , teman, sahabat baik tidak akan mengkhianati, kita silap, silap besar!!! Sesiapa saja, tidak kira siapa mampu mengkhianati dan melukakan hati kita. Khianat mengkhianati bukan perkara luar biasa. Ia menu lazim, resepi utama sebuah kehidupan...
Sakit bila dikhianati, tidak kira bagaimana juga caranya. Ada cara kasar, terang-terangan, tetapi lebih sakit lagi bila dilakukan secara halus, penuh berkias. 'Membunuh' dengan senyuman, 'meracun' dalam terang. Lebih perit jika yang membuat onar itu orang yang paling rapat dengan kita. Mungkin benar kata-kata.., rakan paling baik adalah musuh paling ketat. Dia yang tahu segala kelemahan kita, satu hari akan menjadi 'pembunuh' paling kejam. Setuju??
Teringat dialog dalam sebuah drama penyiasatan bersiri CSI., .'saya memilih untuk hidup bersendirian, tidak mahu bercampur dengan orang kerana tidak mahu dilukai.'
Bila difikir-fikir ada benarnya kata-kata itu. Penat sebenarnya melayan kerenah manusia yang sering tak tentu hala. Tak faham kenapa ada dengki mendengki, cemburu tak tentu pasal dan tak habis-habis hendak menyakitkan hati. Macam seronok sangatlah buat perangai macam tu, entah apa faedahnya pun tak pasti.
Bagi saya, apabila kita berkelakuan begini, sentiasa fikir untuk menyusahkan orang lain, hidup kita yang akan sentiasa tidak karuan. Tak percaya?? Cuba lihat siapa saja di sekeliling kita, terutama mereka yang terkenal sebagai si hati busuk, bagaimana kehidupan mereka?? Kelam kabut hinggakan wajahpun tampak 'busuk dan hitam', sehitam dan sebusuk hatinya!!
Biarkanlah mereka dengan hidup yang tidak keruan. Kalau sudah ditegur, 'diajar'.., begitu juga hasilnya, biarlah, jangan buang masa, jangan membazirkan tenaga. Hendak menutup mulut mereka dan mengubah sikap buruk yang sudah menjadi darah daging, mungkin sukar. Jalan paling mudah, jauhkan diri daripada mereka. Itu penyelesaian terbaik. Tidak rugipun jika tidak berkawan dengan orang begini.
Hendak kata terkilan, memanglah terkilan. Kita sayangkan persaudaraan, kita hargai persahabatan dan keakraban yang terjalin tapi apa gunanya kalau kita saja yang beranggapan begitu. Ibarat cinta bertepuk sebelah tangan, lebih baik kita angkat kaki, jalan, undur diri.
Bukan memutuskan silaturrahim, jauh sekali bermusuh tetapi berwaspada. Kalau bertembung, terjumpa, dia tegur, kita tegur. Kalau dia tidak tegurpun, kita tetap menyapa dan doakanlah supaya dia menemui 'cahaya'. Tetapi, setakat itu sajalah sebab apa yang paling penting, kita harus menghormati, menyayangi dan menghargai diri kita sendiri terlebih dulu.
Copy and paste ~ 12 January 2009 ~
Hidup hanyalah satu persinggahan. Usahlah kita menjadi seperti api di dalam sekam ataupun umpama gunting di dalam lipatan. Tidakkah kita wajar mengikut contoh aur dan tebing yang saling memerlukan?
p/s: Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness - Steve Maraboli
btul tu kak.. nami skrg pun x byk kwn. kwn cyber je ramai.ada kwn tp dikhianati pun, xguna kan.baiklah mcm ni je. x nyusahkan org pun... (laki sendiri je la susah sbb kena teman gi memana..hihi)
ReplyDeleteNami~> kannnn......kdg2 kita punya kawan yg ramai, tp kalau ramai yg jadi musuh dalam selimut nak buat apa...menyusahkan idop kita je....
ReplyDeletehuhu.....mentang2 la dia ada laki....huwaaa....(nak cari jugak la...hahakkk...)
mcm sy le.. sy tak berhubung lagi ngan kwn lama sbb ada citenya, skrg sy hnya berkwn hnya dlm alam Maya ni
ReplyDeletekalo kak azz flash n3 sy yg lepas2 kak azz mungkin paham knp.. tapi sy tak cam kera sumbang hehe
Maiyah~> insyaallah, ada kelapangan nnt akak flash entry yg lama2 tu ya....kena tgk keadaan line tenet ni jugak la....lmbat sgt nk loading..huhu...
ReplyDelete*setiap kita punya cerita tersendiri yg memaksa kita untuk membuat keputusan secara drastik....Moga Maiyah terus bersabar k... :)
cHekleen~> hahaha....akak ingatkan akak sorang je kt dunia ni yg punya masalah cenggini.....rupa2nya ramai lagi ehh.....cuma masing2 segan nak mengakuinya kott.....ego la kunun2 nya tu kannn.....ekekekke...
ReplyDeleteapa2pun selagi boleh bersabar, kita sabar je la ehh....kalau dah tak boleh nak nahan sabar sok....kita main tarik2 rambot lak...hua3
perrrggghhh...
ReplyDeletemendalam sungguh entri kali nih..
hmm, to be exact, kyo pun jadi camtu bila stat kerja kt Jpon nih.. makan sorang2 waktu malam sbb duduk sorang (lol)
Kyo_9>
ReplyDeleteTo be exact jugak, entry ni bukan rekaan akak.. Tapi akak copy paste dari surat khabar.. Sebab tu isi dia boleh tahan.. hahaha...
Kalau entry akak sendiri, memang tak boleh tahan, cepat je nak klik pangkah, ya tak..? LOL...
Kalau Kyo dah selesa hidup sorang kat sana, teruskan la.. Tapi, kalau sakit, kena bagitau orang lain cepat-cepat tau... :)