Pages

Saturday, December 5, 2009

JANGAN FIKIR LAIN....!!! Sekadar info sahaja....

Assalamualaikum......

DOKTOR SAKIT TUAN
bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

Letak kipas depan muka


SOALAN

SAYA sudah beristeri sejak dua tahun yang lalu. Soalan saya ialah mengenai perasaan dingin untuk melakukan persetubuhan dengan isteri kerana faraj isteri saya berbau kurang menyenang, lebih-lebih lagi bila melakukan persetubuhan dalam bilik hawa dingin.

Tetapi bau itu tiada bila berkeadaan biasa (tidak melakukan persetubuhan). Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan kipas di hadapan (mengadap muka) bagi mengurangkan bau tersebut.

Harap doktor dapat membantu atau memberi nasihat bagi mengatasi masalah tersebut.

SUAMI KELIRU,
Yan, Kedah


JAWAPAN


Wanita mana yang mahu anggota kelaminnya berbau! Bau itu biasa untuknya tapi tidak pula untuk suami tetapi tidak sampai ke peringkat menggunakan kipas angin!

Waktu lain, dalam keadaan terdedah sekali pun anggota kelamin perempuan bau macam rumput kering yang lembap. Mungkin ada bau peluh kering juga.

Semua bau ini tiada apabila bahagian luar anggota kelamin dibersih dengan sabun. Tidak perlu pencuci yang bukan-bukan yang dipasarkan.

Mungkin latacyd mencukupi kerana ia mengandungi keasidan semula jadi. Jika anggota kelamin isteri anda berbau, anda dan mungkin lelaki yang lain yang juga berdepan dengan perkara ini berasa serba salah untuk memaklumkan kepada isteri.

Anda pula terpaksa mengawal diri dan mengelakkan persetubuhan. Anda terpaksa membuat persediaan untuk memastikan yang anda dapat bersamanya apabila anda mahu sangat melakukannya, seperti meletakkan kipas depan muka anda! Memang pelik dan isteri anda masih tidak faham!

Bau faraj mungkin semula jadi, lebih lagi jika wanita itu baru lepas haid.

Bekas tisu dalam faraj boleh menggalakkan tindak balas kuman yang menghasilkan bau itu.

Bau akan kurang apabila tindak balas kuman itu reda. Bau juga boleh berlaku apabila wanita itu makan makanan berbau.

Jika minum air mawar, bau macam mawar dan jika makan durian, macam durian! Jika wanita itu mengalami keputihan atau pengeluaran lelehan faraj yang berlebih dan berwarna luar biasa seperti kuning hijau, putih dan kelabu, kemungkinan jangkitan.

Jangkitan boleh berlaku akibat tercemar dari lubang najis atau lubang kencing atau dari jari yang kotor yang membelek anggota kelamin.

Jangkitan kulat memberi keputihan berwarna putih dan kelabu.

Kesemua itu hanya akan dapat dikendalikan oleh doktor melalui pemeriksaan ujian cecair dari faraj untuk mengesan gejala bau itu dan sebelum dapat diberi rawatan sewajarnya.

p/s: Sesiapa yang ada masalah, silalah hantar email kat doktor tu ya. Kadang2 kelakar jugak bila baca soalan dan jawapan dari doktor ni. Macam2 ada..... muahahahaha...

*** Nak tau lagi..?? Cuba la pergi kat
SINI

4 comments:

  1. LP Lum~> Linda.....sebab golongan TUAN yang selalunya banyak masalah....manjang nak komplen je kejenya....tak pernahnya nak puas....muahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Maiyah~> ekekekekeke.....

    no komen gak laa.... :-)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^