Pages

Thursday, April 8, 2010

JANGAN BERSEDIH..

Assalamualaikum....

Aku masih lagi bersedih. Dan untuk mengurangkan kesedihan itu, aku buka buku La Tahzan ni. Bila aku buka je muka surat yang ada penanda tu, terus terpampang tajuknya, Jangan Bersedih seolah-olah mengetahui apa yang sedang aku alami. Aku kongsikan sedikit apa yang tertulis di bawah tajuk tersebut. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua...


ISLAM sangat melarang umatnya bersedih. Ini ditegaskan dalam beberapa firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam). dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu."-(A-li-'Imraan: 3: 139)

"Dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan)."-(Al-Hijr: 15: 88)

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita."-(At-Taubah: 9: 40)

"Maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."-(Al-Baqarah: 2: 38)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api semangat. meredakan tekad dan mem- bekukan jiwa. Kesedihan juga ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tidak berdaya. Mengapa demikian?

Ini kerana kesedihan itu hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan meng- gerakkan dan ia sama sekali tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada hati. Bahkan kesedihan merupakan perkara yang paling disenangi oleh syaitan.

Maka dari itu, syaitan selalu berusaha agar seorang hamba bersedih untuk meng- hentikan setiap langkah dan niat baiknya. Allah s.w.t telah memperingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita."-(Al-Mujaadalah: 58: 10)

Rasulullah s.a.w pernah melarang tiga orang yang sedang berada dalam satu majlis sedemikian, "(Janganlah dua orang di antaranya) saling melakukan pembicaraan rahsia tanpa disertai yang ketiga, kerana yang demikian itu akan membuatnya (yang ketiga) berdukacita."

Bagi orang Mukmin, kesedihan itu tidak pernah diajar dan dianjurkan. Bagi mereka, kesedihan merupakan penyakit yang berbahaya bagi jiwa. Kerana itu, setiap Muslim perlu menjauhi perkara yang tidak baik. Islam juga mengajar kepada setiap Muslim agar sentiasa melawan dan menundukkannya dengan segala cara yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Kesedihan bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan, bahkan ia tidak mendatangkan suatu manfaat. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w sentiasa memohon perlindungan dari Allah s.w.t agar dijauhkan dari kesedihan dan Baginda s.a.w sentiasa berdoa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa kecemasan dan kesedihan."

Kesedihan adalah teman akrab kecemasan. Kedua-duanya tidak disukai oleh hati, kerana dengan perasaan inilah hati menjadi tidak tenteram.

Kesedihan membuatkan hidup menjadi keruh. Ia ibarat racun berbisa bagi jiwa, yang menyebabkannya lemah semangat, keluh-kesah dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik akan berubah menjadi buruk dan akhirnya akan membawa kebinasaan pada diri.

Meski demikian, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan seseorang terpaksa bersedih kerana suatu kenyataan. Berkenaan dengan ini, disebut kan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami."-(Faatir: 35: 34)

Nota sengal: Selebihnya kena la beli buku ni. Takkan la aku nak copy paste semua yang ada. Sikit-sikit sudah laa... :p

Nota bernas: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kecemasan, dari rasa lemah dan kemalasan, dari bakhil, pengecut, bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat)." ... :-)

6 comments:

  1. salam..2 tawon lepas saya beli buku nih n hadiahkan pd rakan2 mod,cetez(akak,blom rapat lg time 2 hihihi)n kwn2 keje yg rapat...

    harap2 dorang baca n dapat sesuatu dr nya..coz sy cukup suka isi kandung buku nih,kak azzz...

    ReplyDelete
  2. salam kak azz~

    bg sy bersedih dpt mnguatkan lagi semangat sy... :)

    ReplyDelete
  3. tima kasih azz..kongsi ilmu..belum sempat baca buku ni..ada je buku lain yang dibaca,,yang terbru akak baca..22 dosa hati manusia...

    ReplyDelete
  4. Ween~> waalaikumsalam Ween... ooo, ye ke... Harap2 dorang baca buku tu smpai habis, bukan baca depan dgn belakang je kann... ekekekeke...

    ReplyDelete
  5. LP Lum~> wassalam Linda.... Haha, lain orang lain caranya... Kdg2 kesedihan ni menguatkan kita dan kdg2 pula boleh melemahkan kita... Terpulang pada kekuatan jiwa masing2 la kann...

    Tp akak kdg2 tak kuat gak nak hadapi kesedihan ni...

    ReplyDelete
  6. Kak Erna~> nanti akak share la apa yg akak baca dalam buku tu... Letak kt dalam blog akak tu ehh... Ramai yg boleh baca nanti...

    Ilmu kena kongsi kak... Kalau kedekut nanti kubur sempit... huhuhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^