Assalamualaikum....
Jahit-menjahit...
Hmmm.... Sekarang dah masuk bulan Rejab. Maka ramailah yang mengambil peluang untuk berpuasa sunat. Puasa sunat tu puasa sunat jugak... Puasa yang 'ter'tinggal tahun lepas dah habis ganti ke belum...?? Ahahaha...
Aku dah mula kembali kepada rutin biasa. Mulakan kerja-kerja memotong kain kastemer yang dah mula menghantar tempahan baju raya tahun ni. Pada dasarnya, aku cuma mengambil tempahan untuk baju kurung biasa je. Mudah sikit sebab tak perlu nak buat dasar dan menanda mana-mana bahagian yang perlu. Aku ni agak malas sikit nak buat benda-benda remeh temeh ni.
Namun, jika ada yang request untuk buat baju kurung Pahang/Riau tu, aku buatkan la jugak tapi dengan syarat ada baju contoh yang dorang sertakan sekali. Tapi, kalau takde baju contohpun, aku buatkan jugak laaa.
Lagipun untuk baju Riau/Pahang ni, upah dia lebih sikit dari upah membuat baju kurung biasa. Sikit je lebihnya pon, setakat lepas untuk upah penat lelah aku berfikir dan mencongak masa buat dasar baju dan kain tu. Biasanya kalau kurung Riau/Pahang ni, dorang nak kain jenis susun belakang ataupun lipat batik. Insyaallah, aku boleh buat.... tapi jangan la bersungut bila harga tu lebih sikit ya... Kerja lebih, upahpun kena la lebih maaa... Barulah adil... kannn.. (tang ni ramai kastemer yang buat-buat tak faham... huhuhu...)
Baju hijau ni adalah contoh baju kurung Riau/Pahang yang sudah aku siapkan untuk seorang kastemer yang baru nak mencuba pakai hasil jahitan aku. Nampak gayanya dia berpuas hati dan selesa masa datang fitting hari tu. Kastemer aku ni kebanyakannya terdiri dari jiran-jiran yang berdekatan je, jadi senang untuk dorang datang fitting bila aku memerlukan mereka berbuat begitu.

The pesak gantung. Yang ni la selalu buat aku cuak. Kalau tak betul-betul ambil ukuran, mahu pesak tu tergantung tak bertali... ekekekeke...
The leher.. Aku tak tau nak buat tulang belut or tulang dinosour... Leher camni je yang aku buat. Kalau nak leher tulang belut, sila makan belut.... hikk3...
Ni adalah baju raya aku untuk tahun ni. Belum siap sepenuhnya lagi ni... Aku suka hitam kerana hitam itu menawan... Citizen... (jam aku laa... hahaha..)
Ini..??? Baju pengantin semasa aku belajar menjahit dulu. Sengaja upload gambar ni untuk mengimbau kenangan semasa dulu.... huhuhu... (masa belajar tu laaa, jangan fikir lain maaa...)
p/s: Daripada dok merempan hari-hari, elok la belajar menjahit.. hehh...
wow.. pandai ek menjahit. Kalau nak tau orang tu pandai menjahit ke tak, kakpah selalu tengok tang leher. Kalau leher tu cantik dan belahan tu runcing tajam je tak tekangkang, ha.. terer lah tu..
ReplyDeleteselamat menjahit la. Banyak tempahan ke.
Kak Pah~> Saya ni takde la pandai sangat... sikit2 tu boleh la, takat amek upah jiran2 dekat ni je... Dah tak keja ni kena la belajar jahit, buat tambah duit tabungan... hehe.. Okay tak leher saya buat ni kak, ada mcm terkangkang tak belahan tu...
ReplyDeleteTempahan tu tak banyak sgt la sbb kat sini kiri kanan semuanya pandai menjahit.. Ikut rezeki memasing la kan... Apapun, mekasih ya kak...