Assalamualaikum...
Aku baru balik dari gotong-royong bersihkan kaki lima jalan kat belakang rumah ni. Rutin biasa kalau ada orang besar nak datang melawat kawasan. Kadang-kadang dorang bukannya masukpun kat kawasan ni. Tapi dah disuruh supaya pergi gotong-royong ni, maka kenalah pergi. Kang kalau tak ikut serta, kena pulau dek jiran-jiran pulak. Lagipun ramai yang buat kerja ni, sekejap je kerja tu dah siap. Mataharipun tak sempat nak jengukkan muka, kitorang dah balik ke rumah dah... hahaha...
Makcik-makcik ni ada yang bawa makanan dan minuman. Aku cuma minum sikit je, sebagai ambil hati dorang je. Lagipun aku dah suruh abang aku belikan sarapan nasi lemak. Usai je kerja tu, akupun balik la nak makan nasi lemak tu. Kecewa sangat-sangat sebab nasi lemak tu macam basi je. Dah la lembik semacam je, tak macam selalu. Putus selera aku. Mujur mak aku dah siap masak nasi, jadinya aku makan je nasi tu dengan sambal nasi lemak tadi. Sambalnya sedap macam biasa, cuma nasi je yang ada masalah...
Rezeki ayam la nampak gayanya... Mujur mak aku ada bela ayam...
Aku cuba buat apam coklat pisang ni malam tadi tapi tak berapa nak menjadi. Mungkin lepas ni aku cuba bakar dalam oven pulak, sebab yang ni aku ikut resepi tu kata suruh kukus. Rezeki ayam jugak la ni sebab takde siapa yang nak makan.... hahaha...
Haaaa... Sekarang ni musim durian. Mak aku hari-hari beli durian kat jiran aku. Ni semua durian jenis baik punya iaitu D24... Satu ikat tu 10 hengget (5biji)
Ni dia isinya. Konpem akan dibuat tempoyak. Mana nak larat makan durian selalu...
Persediaan untuk bulan puasa nanti sebagai pembuka selera... hehehe...
Aku kata: Malas aku nak layan kerenah orang yang suka mencari kesalahan orang lain. Betulkan dulu diri kita, barulah boleh betulkan diri orang....
azz..nak telur asin..buek masak lomak cili api..sodap...
ReplyDeletenasi lomak ni kalau nak pueh hati kono masak sendiri..
ReplyDeletesatu balang tolo asin tu borapo peket garam e. Teragak nak buek plak lah.
Kak Erna> Errr.. masak lomak cili api telur asin..?? Tak ponah buek lak kak... salu buek tolo itik biaso tu yoo...
ReplyDeleteKak Pah~> Nak buek sendiri tu macam tak berbaloi lak kak, sebab saya sorang je yang makan...
ReplyDeleteOmak saya cakap garam kasar dalam setengah kilo.. Masak dulu air garam tu, sejukkan baru curah kek tolo tu... Tp tak tau la berapa lama lak tempoh matang ehh tolo asin ni... hehehe...