Pages

Saturday, September 4, 2010

CERITA PASAL PERSIAPAN RAYA: Bila nak habis daaa...

Assalamualaikum....

Dah setel ke persiapan raya korang? Haaiiisshhh... tak kan la tak selesai lagi kot.. Cukup-cukup la meronda shopping kompleks tu. Jangan pulak lepas balik beraya nanti makan maggi aje... kehkehkeh...

Persiapan aku? Aku sempoi je.. Tak perlu susah-susah nak ganti langsir baru atau sofa baru. Kitar semula je semua tu. Selagi benda tu masih okay, selagi tu la aku pakai sampai lebam... hahaha. Tapi yang tak bestnya, langsir siang aku, yang kain nipis tu... habis koyak rabak bersepai dikerjakan dek kucing-kucing kat rumah ni. Dorang ni spesis kucing kacuk dengan monyet agaknya la.. Asyik nak memanjat je kerjanya. Jahanam 2 keping langsir siang sliding door aku. Sekarang ni pakai langsir biasa je, malas pulak aku nak cari, pastu terhegeh-hegeh nak jahit langsir dalam keadaan serba nak cepat ni... Kalau pasang langsir banyak-banyakpun pastu orang buat lap tangan, haru gak tu... hehehe...

Duit raya dah setel dah, kakak aku tolong tukarkan. Alaaa, duit raya untuk budak-budak yang datang beraya kat rumah aku nanti. Kesian pulak kalau tak bagi duit raya ni. Memang tiap-tiap tahun aku yang incharge benda ni. Setakat bagi singgit sorang tu, apala sangat kannn... Yang penting budak-budak tu gembira masa dapat duit raya tu. Bayangkan aje kalau anak sedara kita yang kecik-kecik tu pergi beraya rumah orang, tapi tak dapat duit raya ... tentu sedih je muka dorang tu kann... TAPI... hahaha... duit raya kali ni takde sampul. Kalau sampul duit raya je dah mahal sampai cecah tiga empat hengget untuk 10 keping sampul, baik bagi camtu je duit raya tu. Lagipun, budak-budak ni bukannya nak sampul tu... kannn... =D

Daging? Mak aku dah siap tempah dah kat jiran yang ada bela lembu kat sini. Tahun ni harga sekilo daging ialah 20hengget. Mak aku tempah 10 kilo. Tu belum campur dengan tulang temulang untuk buat sop gearbox tu lagi. Keluarga aku besar, semuanya suka makan sop gearbox tu, siap guna straw lagi nak sedut isi kat dalam tulang tu. Aku je yang tak berapa suka nak makan benda-benda ni. Makan tu memang la sedap... pastu badanpun mula la sengal-sengal.. Tak sanggup aku haaiihhh...

Lemang? Selalunya tiap tahun mak aku buat lemang ni. Tapi memandangkan diapun dah uzur, maka aku la yang 'terpaksa' ambil alih tugas membuat lemang ni. Tahun lepas kakak ipar aku yang tolong isi beras kat dalam buluh... abang aku lak kupas dan mesin kelapa dengan sediakan api. Aku jugak yang jadi tukang hentak dan jaga lemang ni.. Letih woo asyik nak menghentak je.. ekekekeke... Buluh pulak, abang aku yang cikgu tu suruh orang asli tolong carikan... Tak rugi kalau kita berbaik dengan semua orang... kannn.... ;p

Ketupat? Aku memang jarang buat ketupat kecuali kalau kakak aku balik beraya kat sini sebab suami dia yang rajin menganyam dan merebus ketupat ni. Lagipun aku lebih suka makan nasi impit segera tu. Yang tu dah konpem cantik je bila dah masak berbanding dengan ketupat yang kadang-kadang lembik, kadang-kadang keras kematu... Bagi kat ayampun dia takmo... hahaha... Nasi impit makan dengan kuah lodeh, ala-ala lontong gitu.... sedapnyaaaaa... nyummmm3...

Satay? Kali ni aku tempah satay kat jiran aku yang merupakan abang ipar Hj. Samuri satay Kajang tu. Masalahnya, kitorang kena bakar sendiri satay ni sebab jiran aku tak jual satay siap dibakar. Ni adalah permintaan daripada suku sakat aku yang kat Johor tu la. Makanya, tugas membakar satay nanti dorang la yang kena setelkan... Aku tolong tempahkan je sebanyak 200 cucuk dengan harga 120hengget. Mahal tak ehh..? Ke memang berpatutan harga camtu...? Belasah aje la, lagipun bukannya selalu. Setahun sekali je kann...

Aku kata: Asyik bercerita pasal persiapan raya je sekarang ni kan.. Baju belum habis jahit lagi ni... huhuhu... Kuih pulak satu jenispun aku belum buat lagi... huuwwaaaa..... tulunnn... tulunnn....

2 comments:

  1. jahit..jahit..jangan tak jahit..akak dah tak de buat satay dah..selalu tiap tahun buat..sejak kakak ipar meninggal tahun 2009 tu..raya dah tak de satay..arwah tu..memang pandai buat satay..kalah hjsamuri sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Kak Erna> Wahhhh.... akakpun tentu terer buat satay tu kan kan... Mehh la resepi satay tu, kita kongsi2 resepi... hehehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^