Pages

Sunday, November 28, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 1.. :-)

Assalamualaikum.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 1.. :-)


Minggu lepas aku balik Nilai. Pastu malamnya pergi JJS2 dengan family abang aku. Kakak ipar nak cari seluar untuk anak dia, aku lak hanya sekadar mengikut je. Tapi sebelum balik Nilai lagi aku dah cakap dah kat mak aku yang aku nak beli enpon baru sebab enpon aku rosak. Lagipun enpon yang rosak tu dah lebih dari 4 tahun aku guna. Kalau orang lain setahun guna/beli sampai 5/6 enpon, aku lak hanya ada satu enpon untuk jangka masa 4 tahun. Kiranya berbaloi la kalau nak beli yang baru.. kan... Mak akupun takde la bising masa aku mintak duit kat dia... Terima kasih mak... =)


Mula-mula aku plan nak beli enpon paling murah je. Selebihnya aku nak beli kamera digital. Tup-tup bila sampai je kat JJ tu, terus nampak kedai jual enpon. Skodeng je dulu. Cari-cari jugak kedai jual kamera tapi tak nampak lak. Lagipun pergi hari malam, semuanya nak cepat. So, lepas akak ipar aku siap membeli, aku singgah balik kat kedai enpon tu. Belek-belek, tanya-tanya, bajet-bajet duit, lekat la kat satu enpon tu. Angkat sebiji enpon yang ada kamera dan batalkan niat nak beli kamera digital. Buat apa banyak-banyak kamera, aku bukannya jurugambar... Aku beli enpon Nokia E5. Ranap jugak hampir seribu sebab enpon jenis ni baru lagi berada di pasaran.


Gambar kitar semula.. Keadaan rumah yang sedang menghitung hari untuk rebah... Ehh... ada busut laa kat bawah rumah tu... ^__^


Hari Selasa pulak, aku balik kampung. Tengok kawasan tapak rumah. Rumah kat kampung tu memang dah dirobohkan. Lagipun rumah tu memang dah uzur sangat dah.. Buat masa ni tak tau lagi nak buat apa kat tanah tu. Nak buat rumah baru, mana nak cekau bajet. Lain la kalau aku boleh buat loan. Orang tak kerja macam aku ni mana boleh buat loan... kann... Nampak gayanya, jadi hutan banat la kawasan rumah kampung tu nanti... :(


Hilang dah rumahnya... Huhuhu... Ni gambar yang aku ambil masa balik kampung hari tu (23/11/2010). Testing kamera enpon sampai mak aku cakap 'montang-montang la dah ado enpon baru'... :P


Sempat lagi memposingkan diri. Saje je budak tu angkat kaki nak tayang kasut yang baru beli kat JJS2.. Aku belikan untuk dia... =D


Dua beradik yang pandai bodek... Kihkihkih...


Kat belakang tu tapak rumah nenek sedara aku yang juga telah dirobohkan... Satu kawasan ada dua rumah...


Selesai je urusan melawat tapak kawasan, kitorang berangkat ke rumah mak cik (sepupu mak aku) kat Bukit Chedang pulak. Mak aku ada hal dengan dia. Pastu pergi pulak ke rumah mak cik (adik ipar mak aku) sorang lagi, kat area situ jugak. So dapat la jumpa balik dengan sepupu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Kat rumah tu jugak aku jumpa 'pakwe' yang sangat gebu dan ensem... =))


Ensem kannn... ;;)


Berhenti kat sini dulu la. Ingat nak sumbat je semua cerita kat dalam satu post, tapi disebabkan line streamyx sangat menguji ketahanan iman dan keceluparan mulut, maka terpaksalah buat dalam episod yang lain lak... Itupun kalau ada kesinambungan dari cerita ini... =D


p/s: Line sangat teruk. Nak upload gambar je sampai berjam-jam. Pastu hilang terus. Kalau dah line asyik on and off je, camner nak update blog... Dah la blog ni lemau je... ^__*

6 comments:

  1. azz,,balik kampung apasal tak cerito..dah lopeh baru cerito..
    boli enpon kek jj yo..
    akak punyo ni pon boli kek jj..kawan2 akak kato jj mahal..baik boli kek senawang,teminal 1 ko..bandar somban kato e..akak pulak..maleh..boli yo kek jj..

    ReplyDelete
  2. kek kampung akak skang ni banyak rumah tingga. yang tetuo ramai dah meningga. anak2 duk kelumpo somo (temasuklah akak ni). Sayang ghumah banyak yang dah nak roboh..
    Osah gobu e pakwe kau tu..

    ReplyDelete
  3. salam kak azz~

    ahaks~
    memang ensem ngan cumel pakwe itu.. sape namanya?? :)

    awat akak xusahakan tanah tu wat kebun buah2 an??

    ReplyDelete
  4. Kak Erna> Sy ado bgtau kek fb hr tu yg sy ado kek Nilai.. Mgkn akak tak pasan kot status sy tu..

    Sy pon cam akak gak la.. Maleh nak kuar masuk kompleks semato2 nak boli enpon.. Kang makin banyak tengok, makin rambang lak mato... Mahal atau murah tu pd sy samo yoo kek mano2 pon.. kalau cmpo tolak dgn maso dan duit minyak...

    ReplyDelete
  5. Kak Pah~> Sodih kan kak tengok ghumah tompek kito lahir dan mombosa ghoboh cmtu yoo.. Tp apo nak dikato, dah takdo sapo yang nak duduk situ..

    Nak ghoboh an copek yoo... Nak buek balik tu yang sakit tu.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Lp Lum~> Wassalam Linda...

    Gebuzz kan... hehe...

    Buat kebun buah takde sape yg nak jaga.. Kang abeh dikerjakan dek kera je... huhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^