Pages

Saturday, January 8, 2011

COOBAANNNN.....!!! ♥♫♫♥

Assalamualaikum...

Adoyaiii...
Banyak betul dugaan yang datang di awal tahun baru ni...
Takde la besar sangat dugaan tu... kihkihkih...
Namun terkesima jugak la sebab semuanya melibatkan pitih...
Walaupun bukan membabitkan pitih aku, tapi kesian jugak la kat mak aku....
Sabar mak ya...
Insyaallah nanti adalah lagi rezeki lain yang Allah bagi kat kita...
♥♫♫♥

TV leper bak kata mak aku... =D

Mula-mula cermin tingkap pecah dua keping. Masih belum diganti lagi. Lepas tu macam yang aku cakap hari tu la, kepala paip kat sinki patah gara-gara dihempap dek kucing jiran dan sampai sekarangpun masih belum berganti lagi. Lepas tu, tv kat ruang utama pulak rosak, tiba-tiba je gambar dia hilang dan sudahpun berganti baru. Mak aku nak tv leper yang besar. Dah alang-alang membeli, pastu dapat pulak sokongan dari cucu-cucu dan anak-anak yang lain, maka carry on je la. Aku memang kurang berkenan kalau nak bazirkan duit semata-mata nak beli tv ni. Bila aku cakap jangan beli tv tu, mak marah balik kat aku... huhuhu... **sentap seketika...

Best gak layan bola dengan tv besar ni kann.. Bertambah best bila pasukan yang tak disukai tu kalah. Macam mana la boleh tak masuk gol penalti Gerrard tu ehh... ;))

Sekarang ni tv kat bilik jahit aku pulak yang rosak gara-gara dikencing dek si Popok. Geram betul aku. Aku lepok-lepok badan dia. Tak perasan pulak aku masa bila dia naik kat meja tv tu. Tup-tup aku dengar bunyi serrrr je pastu tv tu terus takde gambar. Pastu aku tengok la kalau-kalau wayar tv tu terangkat ke, tapi takde la pulak. Tengok punya tengok ternampak la air kencing dia kat atas meja tu dan kat dinding tv tu. Mungkin ada yang dah termasuk kat bahagian dalam tv tu sebab dinding tv tu ada lubang udara keluar. Caiitttt...!!! Patut la berdesir je bunyi tv tu. Rupa-rupanya dah kena pancut....!!! Terus aku off tv tu takut terkena kejutan letrik la pulak kan. Aku kalau bab macam ni, memang penakut banyak, bukan penakut sikit lagi dah... hahaha...

Dah rosak kena kencing dek kucing. So kena la pindah tempat kat bawah akuarium kosong ni...
♥♫♫♥

So now aku tengok la balik tv lama zaman tok kadok dulu. Mujur la tv ni masih elok lagi. Cuma kaler dah tak berapa nak clear la kan. Takpe la, janji aku boleh tengok citer yang aku suka. Yang uniknya, tv lama ni takde lubang untuk video player dan yang sewaktu dengannya. Ni kalau masuk muzium ni tentu berganda-ganda nilainya ni... hehe.. Dan akupun tak dapat la nak tengok vcd citer kabhi kushi kabhi gham lagi... Ruginya wehhh... hahaha...

Blur pun blurrrrr laa... Janji dapat tengok drama Melayu..
♥♫♫♥

Ingatkan dah berakhir dah benda ni semua...
Tup-tup aku pulak tersalah potong kain kastemer... Waduhh..!!!
Gelabah sekejap. Naik darah kat kepala dah rasanya...
Duduk bertenang seketika... Periksa balik semula...
Cantum-cantumkan dahulu...
Fuhhh....!!! Legaaaaa.....
Ngam-ngam je bahagian pesak tu dengan bahagian badan...
Selalunya aku lebihkan dalam seinci setengah kat bahagian pesak tu tapi kali ni aku potong ngam-ngam je. Nasib baik takde efek apa-apa.. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kalau tak jenuh aku nak mengganti enam pasang baju tu bebb...!!!

Aku kata: Barang naik lagi?? Alhamdulillah... Nak maki hamun memekak sana-sinipun tak guna jugak. Redha aje laa... Yang penting aku tidak tergolong dalam spesis lalang... lalalalalala... ♥♫♫♥♥♫♫♥

6 comments:

  1. azz..dugaan datang kita tak dugo kan..
    nasib baik juga..masalah azz..selesai..
    akak je belum lagi..baru bayar saman..lom repair keto laie..musim hujan ni..kalau nak anta kodai..poi kojo naik moto..lencun pulak nanti..

    ReplyDelete
  2. benda kalau nak rosak ni kan, bukannya dia nak tunggu kita berduit ke tak. Selalu pulak tu, rosak satu yang lain tu macam tau2 je nak ngikut.. nampak je duit kita berkepak2 melayang. aduyai..

    lawa tv baru kau. budak2 kat rumah ni sibuk suruh beli tv baru padahal yang lama tu pun takde masalah lagi. akak cakap tunggu rosak dulu.
    Hehe.. harap2 bertahun lah lagi nak rosak.

    ReplyDelete
  3. salam kak azz~

    hehehe.. byk2 bersbr eik... :)

    ReplyDelete
  4. Kak Erna~> Manado solosai kak.. Dtg lak dugaan baru huhuhu..

    Hrp2 setel la masalah akak tu kan.. Sian akak.. Sabar yoo la ehh..

    ReplyDelete
  5. Kak Pah> Boto cakap akak tu... Kalau taim tak boduit dugaan tu datang, lagi la lomah somangat... Dah la skang ni semuo bondo guno duit...

    Elok la tu kak... Jgn boli baru, membazir yoo... Kok tv tu dh rosak mmg la topakso boli.. Tak kan nak ngadap dinding dgn siling yoo kann... hehehe..

    Takdo lawa manopun tv tu aiihhh... biaso yoo ghoman ehh...

    ReplyDelete
  6. LP Lum~> Waalaikumussalam Linda...

    Ye la, bersabar la ni... Memang kena kuatkan tahap kesabaran ni... huhu...

    Tenkiu ehh.. ;)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^