IPOH 23 Feb. – Pemandu treler membawa muatan beras yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir semalam, melalui detik cemas apabila dia terpaksa menahan kesakitan dan dibiarkan terbaring di tengah jalan hampir satu jam tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.
Lebih malang lagi apabila kecederaan yang dialami Ahmad Rodzlin Ahmad Murad, 27, tidak diendahkan bahkan dia dituduh memandu laju dalam keadaan mengantuk.
Namun, apa yang lebih dikesalkan mangsa apabila orang ramai yang berhenti untuk melihat kemalangan itu tidak menghulurkan bantuan sebaliknya sibuk mengaut beras yang bertaburan di atas lebuh raya.
“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.
“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.
Utusan Malaysia semalam menyiarkan gambar muka hadapan kemalangan membabitkan sebuah lori treler muatan beras yang dipandu Ahmad Rodzlin terbalik selepas merempuh sebuah lori muatan pasir.
Kejadian pukul 10 pagi di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Tanjung Malim itu turut meragut nyawa kelindan treler berkenaan, Hanafi Mohd. Daud, 22.
Katanya, akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan di bahagian paha dan lengan kiri dan pihak hospital terpaksa menampal kecederaan tersebut dengan kulit di bahagian paha.
Ahmad Rodzlin memberitahu, kejadian itu berlaku apabila dia cuba mengelak daripada terlanggar lori pasir yang tiba-tiba memotong dan memperlahankan kenderaan di bahu jalan tanpa memberikan isyarat lampu.
Katanya, lori tersebut mungkin cuba mengelak daripada melalui sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak jauh dari tempat kejadian.
“Jika lihat daripada gambar dalam akhbar, lori saya memang berada di lorong yang betul, manakala sebahagian badan lori pasir masih berada di atas jalan raya dan bahu jalan.
“Saya tidak sempat mengelak sebab secara tiba-tiba pemandu itu memperlahankan kenderaan dan saya percaya ini ada mengena dengan sekatan jalan raya yang diadakan JPJ,” katanya.
Ahmad Rodzlin yang berpengalaman selama lima tahun membawa lori berkata, kemalangan itu merupakan kali pertama dialaminya dan ketika itu, dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor untuk menghantar ratusan guni beras dari sebuah kilang di Perlis.
Tambahnya, dia kini bimbang dengan penerimaan keluarga Hanafi yang meninggal dunia di Hospital Slim River kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
Aku kata: Dah la tak tolong pemandu yang kesakitan tu, boleh pulak selamba je pergi kutip beras yang bertaburan. Memang takde kemaluan langsung..!!! Macam ni ke rakyat Malaysia yang prihatin..?? Tak tau la pulak kalau yang mengutip beras tu semua warga Bangla atau Nepal..
siyut betul..
ReplyDeletedah la kutip beras HARAM!
pastu siap mencuri beg ngn henset pulak tuh..
mmg HARAM jadah masuk neraka lah dorang neyh..
apelah salahnye tlg org cedera tuh.
kalau org tu mati kat situ??
xde sape peduli agaknye..
Masyaallah! sangat teruk sikap segelintir masyarakat kita. Sanggup ambil kesempatan di atas kecelakaan yg menimpa orang lain.Berebut-rebut mengutip benda yang haram dalam islam. Bukannya sama-sama membantu orang yang dalam kesusahan. Cuba renung kembali andaikata perkara itu menimpa ke atas diri dan keluarga kita, bagaimana?
ReplyDeletesedeynye...sanggup ke makan nasik dari beras yang di 'curi' itu..
ReplyDeleteazz..nak buek camano..dah dari kocik e suko mengutip..
ReplyDeletetapi tak terfikir ko dio orang tu kan..nak bori makan anak bini tu..ish3..
sicomot-comel>
ReplyDeleteTu la.. Gara2 nak dapatkan benda free, dia lupa tentang haram tu...
Kesian org yg cedera tak diberi perhatian...
fifahnazri>
ReplyDeletesebab dia tak fikir semua tu la yang dia buat kerja mencuri secara terang-terangan tu.. Kalau dia fikir secara waras, rasanya dia buat tak tau je kat beras tu dan tolong pemandu yg cedera tu..
Angah>
ReplyDeleteEntah la... Takut yang mencuri tu orang yang meniaga je, pastu dia jual pulak beras tu kat orang ramai atau dibuat makanan utk dijual... huhu..
Kak Erna>
ReplyDeleteOntah la kak.. Kadang2 susah nak cakap.. Mungkin boto gak cakap akak tu, dah biaso mongutip sojak kocik, tu yg tobawak2 smpai bosa tu... Pehtu nnt anak2 dio lak yg ngikut perangai suko mongutip tu... adoyaii...
makcik pernah terserempak kejadian cam ni sekali, bawang tumpah dorang pergi kutip kat jalanraya. tak sayang nyawa betul.muka dorang tebal betul.
ReplyDeleteCik Ina>
ReplyDeleteKann... Hanya kerana nak yang free sanggup gadai nyawa tu...
Kdg2 dah biasa buat kerja camtu, tu yg muka jadi tebal tu...
Kdg2 mungkin kerana dia memang dalam kesempitan, tu yang terpaksa tebalkan muka tu...
Desakan hidup menjadikan manusia semakin rakus.. huhu..