Pages

Thursday, February 17, 2011

GULPPP.. !!! KENA SERBU KE..!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi sedang aku ralit mengadap laptop aku ni, tiba-tiba terdengar bunyi lori berhenti kat depan rumah. Berdetik jugak hati aku ni, apsal pulak ada lori yang berhenti. Pastu akupun buat rumusan sendiri, lori tu nak buat u-turn agaknya sebab rumah aku ni berada kat simpang tiga. Kalau takpun, ni mesti lori bawak pasir atau barang binaan sebab memang ramai orang yang sedang buat rumah kat kawasan kejiranan aku ni.

Alhamdulillah, ada rezeki apa salahnya runtuhkan rumah FELDA yang lama yang sudah dimamah usia tu kan. Lagi pulak, mungkin itu caranya untuk "lekatkan" duit. Maklum la, bila kehidupan dah lapang sikit ni, maka banyak la kedengaran suara-suara nyamuk yang hinggap kat telinga... :P

Lepas tu, aku dengar pulak bunyi suara orang lelaki bagi salam. Ada dua tiga jenis suara. Mula-mula tu aku buat tak endah je, jawab salam dalam hati je, malas nak bangun. Hatipun berdengus jugak. Ishh, sape la ni, pagi-pagi dah datang rumah orang nak jual barang... =D

Kemudian, mahu tak mahu akupun bangun jugak la. Tak sedap hati pulak bila dah bertalu-talu salam orang tu bagi. Makanya akupun mula la menjenguk. Gullpp...!!! Orang Jabatan Agama ke ni..? Apa hal pulak dorang datang sini..? Aku tengok ada la dalam tujuh orang jejaka hensem sedang berdiri kat depan pintu kecil beranda rumah aku ni, semuanya sedang tepat memandang ke arah aku.. Terkesima aii tau... haha...

Lepas tu, dorangpun perkenalkan la diri dan dari mana. Laaaa, orang dari Jabatan Kesihatan rupanya. Ye la, dorang semua pakai vest yang sama, pastu ada la dua orang pakai macam kopiah tu. Tu yang aku ingat dari Jabatan Agama tu. Dah la mata aku ni rabun sikit, tak nampak badge dorang, apatah lagi nama kat van dorang kat depan rumah tu. Dorang kata nak check tempat pembiakan nyamuk aedes...


Gulppp...!!! Lagi sekali aku terkujat. Dah la takde persiapan apa-apa. Hahaha baru tau gelabah.. Dorang kata nak check kawasan dalam rumah sekali. Ayoyoyo, takpe, silalah masuk tengok kolam mandi dan belakang peti ais rumah aku ni. Bunyi macam konfiden je tak akan jumpa anak nyamuk. Maka dorangpun masuk la dan buat la kerja dorang tu. Masuk bilik air, tengok kolam yang besar tu, suluh dalam kolam tu dengan lampu picit, pastu keluar tanpa bersuara terus menuju ke dapur bersama dengan sebahagian kawan yang lain.

Manakala yang kat dapur pula periksa belakang peti ais, pastu suluh jugak kat situ, pastu bagitau aku suruh buang air yang bertakung kat bekas takungan peti ais tu. Aku tanya la, ada jumpa nyamuk ke.? Dia kata takde, cuma ada air yang bertakung je. Pastu aku jawab la yang aku dah letak abate kat dalam bekas tu. Pastu dia jawab, ooooo... patut la... Then diam seketika..

Kumpulan lagi satu sedang periksa kolam kat bilik air kat luar rumah pulak, dengan tandas aku yang dua bijik tu, juga kat luar rumah. Okay, dorang diam je, maknanya takde jumpa jentik-jentik la tu... LULUS kat situ.... Yiihaaa....!!! (Dalam hati je la...)

Tup-tup sorang daripada mereka bagitau aku.. (hensem wooo mamat ni... haha)

"Kak, kat depan tu ada jumpa jentik-jentik...".

Gulpp lagi..!!! "Kat mana..??"

"Kat depan, kat dalam alas pasu bunga.. Meh saya tunjukkan.."

Berani kau bunuh anak-anak aku yaa...!!! Nanti kau..!!!

Dan dia berserta aku jugak pergi la ke depan menuju kawasan jentik-jentik tu berenang. Alamak, memang ada la dua ekor anak jentik-jentik kat situ. Terus dia suruh aku buangkan air kat dalam alas pasu bunga tu dan terbalikkan alas tu. Aku cakap, nanti la aku buat, segan jugak nak buat kat depan dia dan kawan-kawan dia tu. Tapi dorang suruh aku buat segera sebab dikuatiri pegawai dorang akan datang pulak lepas tu. Maka, aku buat jugak la. Kang tak pasal-pasal kena denda pulak, ya tak..? Kalau kena denda ni, sekor jentik-jentik sama dengan Rm100. Ater, kalau udah dua ekor, kena la RM200. Sayang woo duit melayang camtu je.. Tapi rasanya harga tu dah makin naik...

Sebelum balik, dorang ada la bagi enam bungkus kecil abate dan terangkan cara-cara nak gunakannya. Katanya tiga bungkus untuk satu kolam mandi yang dimasukkan ke dalam bunjut kain, buat seperti bunjut sop adabi tu..Lepas dorang balik, terus aku jahit kain perca dan buatkan bunjut untuk abate ni...Dan kelepukkk, campak kat dalam kolam mandi tu... =D

Aku kata: Begitulah kisahnya bila kena 'serbu' secara tiba-tiba. Menggelabah la jugak dalam masa dua minit. Bagaimana pulak keadaan orang yang kena serbu oleh Jabatan Agama serta polis gara-gara berkhalwat tu ehh..?? Habis tu kalau yang buat 'kerja' tu pun polis juga, camner tu..??

Baca kat bawah ni...

ARKIB : 16/02/2011
Maksiat: Anggota polis menggigil dicekup

Seorang lelaki membetulkan kancing seluar dan pasangannya terkejut dalam operasi maksiat di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 15 Feb. - Seorang anggota polis menggigil ketakutan ketika ditahan bersama pasangannya dalam operasi cegah maksiat di sini, malam tadi.

Sambil terketar-ketar, lelaki berusia 40-an itu bertindak membetulkan kancing seluarnya ketika disoal Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Adegan itu turut disaksikan pasangannya berusia 20-an yang juga seorang anggota polis dan bekerja di tempat sama.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu pada mulanya berkeras enggan keluar dari kereta yang dinaiki mereka.

Bagaimanapun, katanya, setelah dipujuk beberapa kali, mereka akhirnya keluar dari kenderaan tersebut.

"Ketika disoal, lelaki tersebut yang telah berkahwin mengaku berasmara bersama pasangannya ketika mereka berdua-duaan dalam kereta," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasangan tersebut merupakan antara 23 pasangan diperiksa oleh kakitangan JHEAIPP sepanjang operasi selama empat jam bermula pukul 11 malam itu yang tertumpu di sekitar Padang Kota Lama, Queensbay, Bayan Mutiara dan Batu Maung.

Menurut beliau, satu lagi pasangan berusia 20-an yang mengaku telah bertunang pula memberi alasan sibuk bekerja menyebabkan mereka bertemu pada waktu malam bagi membincangkan persiapan perkahwinan serta melepaskan rindu.

Katanya, semasa ditahan di satu kawasan lapang dekat Seagate, Bayan Baru di sini pasangan lelakinya terus keluar dari kereta sambil merayu kepada pegawai JHEAIPP manakala teman wanitanya menutup badan dengan jaket.

"Turut ditahan dan diberi notis ialah seorang gadis yang berdua-duaan dengan pasangan lelaki bukan Islam di kawasan letak kereta Queensbay," katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga pasangan tersebut telah diberi notis kerana berkhalwat.

Katanya, dalam operasi tersebut, JHEAIPP turut memberi amaran dan merekodkan maklumat 12 individu lain manakala lapan pasangan pula diberi kata nasihat kerana berkelakuan kurang sopan.

Sementara itu, Khairul Azman memberitahu, pasangan yang diberi notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pula diminta hadir ke pejabat JHEAIPP dalam tempoh yang diberikan.

Katanya, kebanyakan yang diperiksa adalah muda-mudi berusia lingkungan 20-an hingga 40-an, antaranya pekerja kilang, penuntut institusi pengajian tinggi, berniaga sendiri dan juga penjawat awam.

Menurut beliau, operasi berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan tetapi lebih bersifat memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi pasangan kekasih agar tidak berlaku perkara-perkara mungkar.

Berita diambil dari sini...

10 comments:

  1. risau je kan kalau nampak org kesihatan mai umah...seblum kuar pgil dorg g check dulu tmpt2 air bertakung...hehhee

    ReplyDelete
  2. aDisH.sHidA>

    Kalau dorang dah tercegat kat depan muka pintu, mana sempat nak periksa semua tu lagi..

    Redha aje la... huhu..

    Thanx ya singgah dan komen.. =)

    ReplyDelete
  3. azz..nasib tak menggelatar badan kan..kena serbu kerna aedes he he...

    ReplyDelete
  4. Kak Erna>

    Tu la tu kak... Baru nampak uniform dorang je dah kalut dah sy ni... hehe...

    ReplyDelete
  5. alaaaahai azz,..
    lenkali suh nyamuk tu pi gigit pasangan yg berkhalwat ..ndak2 si polis dua org tu..dush..dush..tumbuk dua das utk dua org polis yg di tangkap..huhu

    ReplyDelete
  6. belum pernah pulak orang check nyamuk datang rumah. Selalunya kalau dia datang, mesti kat kawasan sekitar tu ada yang kena deman denggi.Makcik seram gak, dorang kata kalau dia tangkap ada jentik-jentik kena denda ye?Nasib baik dia suruh bersihkan dulu.jentik-jentik ni payahlah, kat tempat ada air bertakung sikit pun dorang ada.

    ReplyDelete
  7. kak azz dok sorang je ke umah tu??
    tak takut ke laki masuk ramai2 dalam umah..

    yg pasal kes khalwat tu,, padan la muka diorang,, buat pandai,, sekali kena ckup.. ha amek kau..

    ReplyDelete
  8. anymz>

    Nyamukpun sogan nak tembak pasangan tu... Lagipun kok tembakpun dah tak telus dah... Baik nyamuk cari mangsa lain je... hehehe...

    ReplyDelete
  9. Cik Ina>

    Kat sini kalau dorang nak sembur racun tu maknanya dah ada kes la tu... Tp kalau semata2 nak check kawasan rumah, dorang memang tak bagitau punya, main terjah je.. Kang kalau bagitau sempat pulak masing2 mengemas.. kann... hehe...

    Kalau takde abate, boleh gantikan dengan garam halus, agak2 la kuantiti dia...

    ReplyDelete
  10. Fariq>

    Ramai la kat rumah ni, cuma masa dorang datang tu akak yg ada kat depan..

    Hamboiii.. sedapnya memadankan muka dorang tu ehh... Tapi memang padan muka pun.. huhuhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^