Pages

Friday, February 11, 2011

JANGAN MELENCONG DARI TUJUAN ASAL..

Assalamualaikum...

Tahun ni aku tak beli limau CNY yang dalam kotak tu. Hari tu masa pergi JJS2, aku nak beli dah sekotak tapi anak sedara aku cakap tak payah beli la. Dia kata tak elok makan banyak-banyak limau tu, nanti sakit tekak. Maka terbantutlah hasrat murni aku nak belanja kaum kerabat makan limau. Untung jugak sebab selamat bajet aku... hakhakhak... just kidding...


Jadi, malam tadi aku ke pasar malam. Tujuannya memang nak cari buah je pun. Selalunya aku beli ayam goreng tapi dah macam muak pulak asyik makan ayam je. Badanpun dah macam ayam daging terlebih dos dah ni... Makin berat dan lambat serta lembab... Huwaarrrgghhh...!!!

Untuk mengembalikan semula allignment badan yang semakin hari semakin lari, maka akupun beli la buah limau dengan apple merah ni. Macam la boleh jadi selim balik semula kan.... Dah tepu dah lelemak kat dalam badan tu.. hahaha.. Limau ni aku beli empat longgok manakala epal merah pulak aku beli dua longgok. Harga selonggok kedua jenis buah ni adalah 5 hengget. Ada lapan bijik untuk setiap longgok. Keseluruhannya ada berapa bijik ehh..?? 6 X 8 = ___?? Malas ahh nak kira... hikk... Mak aku dah bising-bising dah sebab aku beli banyak sangat buah ni sampai 30 hengget. Aku beli je pastu terus balik sebab hujan renyai-renyai dah mula turun...

See, kalau TUJUAN asalnya memang nak beli buah je, maka buah aje la yang akan dibawa pulang ke rumah. Tak reti aku nak meLENCONG-LENCONG ni tau... kehkehkeh... Dan inilah gambar buah-buahan luar negara yang aku beli tu. Limau dari Pakistan. Epal merah dari Australia. Tukang jual buah dari Indonesia. Manakala tukang belinya pula adalah dari Malaysia... Orang Malaysia kan tabiatnya memang suka membeli.. =D


Aku suka epal merah jenis kecik-kecik camni. Wangi je bau dia dan gebu. Aku kurang suka epal yang rangup tu sebab mudah tercekik masa nak telan. Limau ni jugak manis dan lembut je. Tak macam limau dalam peti kayu tu yang kadang-kadang tak berair, kesat semacam je dan sedikit pahit...

Siapa nak, sila la ambil sorang sebiji ya. Jangan tamak-tamak tau, tara baik punya perangai tamak-tamak ni...

Pastu, paginya pulak mak aku beli selonggok jambu batu yang menggerutu tu dengan dua longgok jagung mentah. Yang ni datangnya dari Malaysia dan kedua-duanya aku suka... yesszzaaa.... haha...

Aku kata: Tak payah berangan la nak jadi papan lapis... http://www.emocutez.com huhuhu....

8 comments:

  1. kalau dah pergi pasal malam, niat nak beli buah, bila nampak makanan yang sedap depan mata, mesti nak lencong gak. Kalau tak nak lencong , bawah duit ngam ngam je.akak pun dah debab gak.tak tahu bila nak dietnya

    ReplyDelete
  2. kata takmo beli byk2,, tu pon dah kira byk juga pe.. adeh.. jap2 nak dtg sana amek sebiji,, jgn abeskan plak.. :p

    Aku Dan Bolasepak..

    ReplyDelete
  3. nak amek epel tu jo ha. Limau tak nak. Untuk sebulan duo ni boronti dulu makan limau. Fobia nengok limau ni...

    ReplyDelete
  4. azz..nak jagung ngan jambu tu..
    jagung nak buek cekodok..sodap makan paneh2 maso hujan ni..

    ReplyDelete
  5. Cik Ina>

    Tak jugak.. sebab saya memang tak berapa suka beli makanan atau kuih2 kat pasar malam ni.. Takde yang kena kat tekak saya la..

    ReplyDelete
  6. Fariq>

    Beli buah2an takpe... Banyak kelebihannya... hehe...

    Amek la.. Masih ada lagi ni haa...=)

    ReplyDelete
  7. Kak Pah>

    Haaa... amek la epal tu kak.. Elok makan epal ni..

    Ni tontu akak kono cirit birit tolobih makan limau kot.. Tak pun akak kono sakit tokak...tu yg fobia tengok limau tu... huhuhu..

    ReplyDelete
  8. Kak Erna>

    Haaa... Jagong mmg sodap kan kak... Amek la kak... kok dapek amek la... hehehehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^