Pages

Wednesday, February 16, 2011

JOM PERGI MELAKA, NAK TAK....??

Assalamualaikum....

Jom pergi Melaka, nak tak....??

Ada apa kat Melaka tu...??
Ada cencalok maaa....
Katanya cencalok Melaka tu best of the world...
Tak tau la pulak sebab aku tak makan cencalok ni...

Tapi yang paling best sebab ada ni haa....

Tadaaaaaaaa.....

V
V
V
V
V
Shah Rukh Khan Jalani Penggambaran 'Don 2' di Melaka

Datuk Shah Rukh Khan di sungai Udang, Melaka untuk penggambaran filem Don 2, Selasa. - Foto The Star oleh A. MALEX YAHYA

MELAKA: "Sebelum ini saya telah berjanji untuk kembali ke sini dan jalani penggambaran filem dan sekarang saya di sini," kata artis sensasi Bollywood Shah Rukh Khan.

Dianugerahi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka selepas kunjungan terakhir pada Disember 2008, Datuk Shah kini berada di Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya Don 2, susulan filem Don: The Chase Begins yang dihasilkan pada 2006.

"Kami memulakan penggambaran beberapa hari yang lepas dan akan berada di sini antara dua dan tiga hari untuk penggambaran bahagian awal filem ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan dua orang produser filem itu, Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.

Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi untuk penggambaran filem ini yang turut disertai 140 kru filem dan akan berakhir di Berlin, Jerman.

Filem arahan Farhan Aktar itu dijangka dipasarkan di 32 negara pada Disember depan. - BERNAMA


Aku kata: Kabhie Kushi Kabhie Ghammmmmmmm....

8 comments:

  1. erkk shah rukh khan kah itu?? apesal cam lain jek muke dia?? :hah

    ReplyDelete
  2. maleh lah nak poi molako. dah muak lak..
    apasal srk tu makin serabai yo..

    ReplyDelete
  3. Saya tengok kat tv pagi tadi cukuplah. Biarlah aweks yg kejar dia hehehe

    ReplyDelete
  4. azz..nak poi melako maso srk dah balik negaro dio..he he..

    ReplyDelete
  5. Siti Safiyyah>

    Kann... Ganas semacam je muka dia... Mentang2 la bawak watak polis...

    ReplyDelete
  6. Kak Pah>

    Sy dah berkurun tak poie Molako kak.. Last hr tu poie UTeM yoo... pehtu balik...

    Tu la tu, makin tuo makin serabai lak.. Nak sesuaikan dgn watak polis gak eh tu...

    ReplyDelete
  7. YB> Sy pun tengok jugak kat tv tu..

    Elok la aweks yg kejar dia, kalau YB yang kejar, jadi lain pulak nanti... hehehe...

    ReplyDelete
  8. Kak Erna> Ha'ah kak... Hr ni dio dah poie Langkawi dah... Kojap yoo dio kek sini... Mulut dio yoo kato Molako best, tp hati ehh kito tak tau... kan.. haha..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^