Sepak perut isteri hamil
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini. Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang mengandung tiga bulan terpaksa menahan kesakitan selepas dikasari suaminya.
“Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa yang berusia 23 tahun meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak,” katanya.
Manoharan berkata, berikutan tidak dapat menahan sakit dan menyedari berlaku pendarahan, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang Selasa lalu. Katanya, doktor mengesahkan mangsa mengalami keguguran dan tertekan dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat laporan di Pondok Polis HSNZ pada jam 11 malam hari sama. Kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Mangsa kini stabil dan menjalani rawatan akibat keguguran di hospital berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sehingga 20 tahun dan denda. Manoharan berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana suspek berada di luar daerah disebabkan bekerja di pelantar minyak berkenaan.
Cerita asal ada kat sini... Klik la kalau tak percaya... =)
Ooo... Patut la dia mengamuk macam orang minyak. Kerja kat pelantar minyak rupanya... =D
Aku kata: Kesian.. Tu je yang mampu aku luahkan...
takdak otak nye orang ... hampess ..
ReplyDeletebangang punyo jantan!
ReplyDeletedunia sekarang, semua dh nak terbalik kot...mintak jauh!!
ReplyDeletegilo punyo orang..
ReplyDeletekalaulah kite leh jatuhkan hukuman...
ReplyDeletepotong je kaki die tuh kan awak...
*geram!!*
salam kenal ye tuan rumah...
@Jijahh @ f.k>
ReplyDeleteAda otak tapi tak nak gunakan.. huhu...
Tijah>
ReplyDeleteTu la tu... Ontah apo la salah bini ehh tu kan, sampai cmtu dekali dibuek ehh..
Diana>
ReplyDeleteKann... Penting utk kita jaga keselamatan diri kita sendiri... Atau mungkin untuk kegunaan masa depan utk melindungi anak2...
Mat Ganu>
ReplyDeleteBumi menunggu masa je untuk terbalik ni.. Huhuhu...
Kak Erna>
ReplyDeleteIyo kak... memang osah gilo ehh tu.. Elok bonam yoo laki tu kek dalam minyak paneh... Gowam ni...
Dda Ly>
ReplyDeleteSebab kita tak punya kuasa la kaum dorang ni boleh buat sesuka hati je.. Dia ingat bila dia dah jadi laki orang tu, dia boleh buat sesuka hati je kat isteri dia...
Salam kenal jugak ya.. Terima kasih sudi singgah dan komen.. =)
Apabila suami isteri tak sefahaman inilah jadinyaer.. ditambah lagi iman yang cetek, hasutan syaitan menguasai pertimbangan..
ReplyDeletemabk.abubakar>
ReplyDeleteTu la yang selalu berlaku. Tambahan pulak pasangan masih muda belia lagi.. Panas baran menguasai diri... Yang jadi mangsa tetap kaum wanita juga...
apa la nak jadik...
ReplyDeletetu kes panas baran la tu..
akak, nape shoutmix dah takleh guna?
Leen>
ReplyDeleteTu la tu... Bahaya kalau ada panas baran ni.. huhu...
shoutmix tu sewel agaknya Leen... ekekeke...
SEBELUM KAWEN: ber'abang sayang..
ReplyDeleteLEPAS KAWEN: segalanya disepak terajang..
sedih2..~_~
jauhknlah aku dr sifat2 yg mcm nih...huhu
Hafriz Mohamad>
ReplyDeleteAda satu lagi...
Ada duit, I sayang..
Takde duit, U melayang...
kehkehkeh..
Sama2lah kita berdoa agar semua ni tidak berlaku ke atas diri kita dan juga kaum keluarga yg kita sayang..
Thanx ya singgah sini dan komen... =)
manusia semakin kejam hari ni
ReplyDeletep/s :
shoutbox tak bagi saya tulis dalam tu..access not allowed huhu
Nuriz>
ReplyDeleteTu la... Jadi semakin takut pulak.. huhu..
Apsal tak boleh access kat cetbox tu ehh....? Dia nak suruh access kat komen page ni agaknya.. hehe...