Pages

Thursday, March 10, 2011

AMBIL ANAK ORANG, TAPI TAK TAU NAK JAGA..!!

Assalamualaikum...

Ambil anak orang, tapi tak tau nak jaga..!!
Apa daaa....!!

Dia ni ada anak dua..
Entah macam mana, kedua-dua akan dia tu mati..
Lepas tu mula la dia meroyan..
Kesian pulak aku tengok dia tu..
Dah la kedua anak tadi tu merupakan anak sulung dia..
Kembar dua...

Lepas tu diapun mula la mengganggu anak orang lain. Boleh pulak dia pergi kidnep anak dorang..
Mula-mula dia kidnep satu je. Esok lusa tengok-tengok semua anak orang tu dah ada kat dia. Apa lagi, meroyan pulak la si ibu yang anak kena kidnep tu...

Untuk berlaku adil dan mengelakkan dari dia terus-menerus meroyan, aku agih-agihkan la anak tadi. Sekurang-kurangnya dia tau anak dia masih ada walaupun itu sebenarnya bukan anak dia. Masalahnya si dia ni tak pandai nak jaga anak yang dia kidnep tu..!! Mungkin sebab terlalu sayang atau tak pandai nak jaga agaknya. Cara dia menjaga anak tu agak kasar. Kadang-kadang macam nak melayang anak tu dia kerjakan.

Lepas satu, satu anak yang dia jaga tu mati. Maknanya, anak orang yang dia kidnep tu mati gara-gara penjagaan yang keterlaluan. Sekarang ni dia dah mula nak kidnep anak orang yang lain pulak. Sekejap dia ambil anak tu, sekejap lagi ibu anak tu ambil balik anak dia. Begitulah keadaannya. Naik rimas aku mendengar bunyi suara anak tu menangis...

Malam ni, aku larikan anak tu. Kesian pulak aku tengok leher anak tu yang dah mula ada kesan berlubang gara-gara bertukar gigitan. Anak tu aku pindahkan kepada ibu yang aku rasa dah pro pasal penjagaan anak kecil ni. Manakala ibu-ibu yang mencuri anak orang tadi, aku letak kat luar, tak bagi tidur kat dalam rumah sebab takut dia bawak lari anak tadi..

Aku kata: Ini adalah cerita tentang kucing-kucing aku... Tak payah komen laa... Malu pulak rasanya bila entry yang mengarut macam ni ada jugak yang nak tinggalkan komen... =)

11 comments:

  1. makcik tadi baca dari atas memang suspen.Ada plak manusia cam ni, rupanya kucing bile ternampak catatan kat bawah.

    ReplyDelete
  2. hahaha...lawak ahh kucen kaka azz.. blh pulak men kidnep2 anak kucen lain ek..

    ReplyDelete
  3. haa.. kak azz... hehe. ingtkn betul tdi... pe la kak azz ni... bikin suspen jek.

    ReplyDelete
  4. haha! nak komen jugak! sbb bila nmpk tajuk pasal tak reti jaga anak tu hati terus melonjak2 nak tau citer sebenar.. :D

    ReplyDelete
  5. Cik Ina>

    Hehehe... Tapi tak mustahil boleh jadi kat manusia jugak.. kan..

    Maksudnya, mengambil anak angkat tapi tak jaga betul2 hingga menjadikan anak tadi tersasar jauh dari landas kehidupan...

    ReplyDelete
  6. Nami>

    Tu la pasal.. Kucingpun tau sayangkan anak dia.. Sampai terpaksa amek anak orang lain.. huhu...

    ReplyDelete
  7. witLURVE>

    Benda mcm ni boleh je jadi kat manusia.. kan...

    ReplyDelete
  8. makdara TERdiva>

    Hahaha... Tajuk tu yang penting tu.. kan... padahal kat dalamnya kisah kucing.. kehh3..

    Btw, thanx ya singgah sini dan komen.. =)

    ReplyDelete
  9. azz..akak mulo baco pun dah tau dah.mosti kisah kucing2 azz tu..
    dah lamo ikuti azz punyo ni..akak dah tau dah..he he..
    apo lak nak malu..biau la orang tinggal komen pun..tando ingat kek azz..

    ReplyDelete
  10. Kak Erna>

    Hehehe.. Tak dapek la nak pusing2 cerito dah kalau camni.. Akak dah selalu baco cito kek blog ni, mesti la dah dapek agak... kan...

    Yo la kak.. Kdg2 sogan gak kok ado lak yg kato, isi tah apo2, ado gak org nak komen...

    Apopun, mokasih yoo ateh ingatan akak tu... suker3.. haha...

    ReplyDelete
  11. Diana>

    Tu la pasal.. Dia sayangkan anak dia tu, tapi mungkin sebab anak sulung, dia tak mahir sangat nak menjaganya.. Manatau lepas beranak kali kedua dia dah okay...

    Bagi la dia peluang beranak lagi.. sian dia, muda lagi tu.. hehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^