Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.
Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.
''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah. Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami."
''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.
Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.
''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.
''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.
Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan. Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.
''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama. Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.
Ungkapan yang biasa kita dengar..
Ungkapan sebelum/semasa kawen.. "Dia memahami saya dan saya memahami dia. Dia jujur dan ikhlas terhadap saya. Itu yang buat saya terpikat dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Semoga jodoh kami berpanjangan hingga akhir nyawa..."
Ungkapan bila bercerai.. "Kami dah tiada persefahaman. Banyak yang dia sembunyikan dari saya. Dia tak jujur dan tak setia dengan saya. Lebih baik kami berpisah daripada terus-menerus mencari kesalahan masing-masing. Mungkin jodoh kami cukup setakat ini sahaja..."
Aku kata: No komen....
haaa JT tengah cari pasal statistik penceraian ni..gitulah ayat org2 kite..klise sangat dah..haishh mintak simpang ler sume tu kan kak azz kan?
ReplyDeletepsstt : 1 lagi cerita utk muhasabah diri
azz..samo la kito..no komen..
ReplyDeleteko ni bikin makcik suspen je, ingat Maya yang pelakon tu, suami sapa pulak dia goda. Selalu cam tu kalau dah tak tahu nak menghadkan pergaulan, lagilah yang dah berkahwin. .
ReplyDeletehehe..tersama plak tajuk content diperbincangkan..kebetulan je ni..
ReplyDeletetp sbrnya apa yg orang kita pikir pasal jodoh ni ek..masa kahwin "dah dia memang jodoh aku"..lepas cerai plak "dah takde jodoh, nak buat camne"..
adakah pemikiran kita, kahwin = jodoh? errrk...!!
owh..lupe nak habaq..shoutmix kak azz tu tak berfungsi..salah masukkan lock url kot..
ReplyDeleteSiti Safiyyah>
ReplyDeleteHa'ah.. Kebetulan je sama entry... hehe...
Tu la.. Harap2 benda mcm ni tak berlaku kepada kita, serta keluarga kita, serta kawan2 rapat kita..
Kak Erna>
ReplyDeleteNo komen jugak kak... huhu...
Cik Ina>
ReplyDeleteHehehe... Sy tak minat nak amek tau pasal artis ni kak.... Biarlah dorang dgn dunia dorang tu..
Kadang2 kalau benda tu nak jadi, tetap jadi jugak walaupun kita tak suka.. Ketentuan...
Jejaka Terhangat>
ReplyDeleteKo la yg tiru akak ni.. kan.. haha... j/kidding...
Err.. pemikiran kita tak sama okay.. huhu...
Pasal shoutmix tu, apsal lak orang lain okay je masuk kat situ.. Ke url ko yang mmg tak boleh nak lepas security... kehh3..