Pages

Friday, April 8, 2011

HITAM itu menawan... PUTIH itu bersih..

Assalamualaikum...

Sebenarnya dari semalam nak post cerita ni. Tapi line streamyx kat sini like rubbish. So, pagi tadi cuba lagi untuk mengepos, tak boleh jugak. Kali ni line bukan setakat rubbish je, tapi dah macam kobis benyek dah.. Sabar je la.. huhuhu...

Semalam ada orang buang dua ekor anak kucing kat rumah aku ni. Semalam ke kelmarin ehh.. Lupa dah aku. Tak kisah la yang tu. Apa yang aku nak kisahkan, kenapa mesti buang anak kucing kat depan rumah aku..?? Punya la banyak rumah orang yang makan tak habis kat sini, kat rumah aku jugak dorang berkenan nak membuang... Haiiyyaaa...!!!


Tapi takpe la, aku bagi jugak si kembar ni makan. Kalau nak ikutkan memang aku dah malas dah nak ambil kisah. Namun disebabkan aku masih punya rasa kasihan, maka aku ambil la dorang ni jadi anak angkat aku. Lagipun dorang ni comel dan nampak tak banyak songeh. Makan je apa yang aku bagi. Kalau banyak songeh, memang aku tak layan la jawabnya.... :p


Hari pertama tu, aku bagi dorang makan kat atas sinki kat luar rumah ni. Nak bagi makan kat bawah, ayam-ayam mak aku dah sedia menunggu untuk menyerbu. Memang agak sakit hati jugak la dengan ayam-ayam ni. Rasa macam nak ketuk je kepala dorang terutama sekali ayam botak tu. Dah la botak, jahat lak tu... hahaha..


Si kembar ni belum ada nama lagi. Dah pening nak bagi nama apa. Sudahnya aku panggil dorang HitamPutih je. Hajat hati nak panggil dengan nama Blackie dan Whitney, tapi segan la pulak, dah macam nama kucing artis lak... kehkehkeh....


Mak aku nampaknya macam suka je dengan dorang ni. Pagi-pagi lagi dia dah masakkan nasi khas untuk kucing. Kiranya masak dua periuk la sebab beras untuk kucing ni guna beras yang paling murah. Mana mampu nak bagi makan dengan beras mahal. Kitorangpun makan beras Bernas je...

Mak aku cakap, pagi tadi dorang berdua ikut dia walkathon keliling kampung ni. Jauh jugak tu. Ada la dalam 45 minit jika berjalan terkedek-kedek. Takde pulak dorang nak menyinggah kat rumah orang lain. Bila mak aku berhenti, dorangpun ikut berhenti sama. Bila mak aku jalan, dorangpun ikut jalan sekali sampai mak aku susah nak berjalan. Pastu bila sampai rumah, mula la keletihan... hehehe...

Nak jugak masuk video walaupun tak hot n spicy... =))

p/s: Takde cerita gempakpun. Asyik-asyik cerita pasal kucing. Baik cerita pasal kucing daripada cerita pasal orang HOT n TOP ni.... kann.. kann... kann... =D

8 comments:

  1. azz..kalau mak azz pun dah suko..azz lagi la kan..
    apo salaah he boh namo tu azz..namo glamor tu..

    ReplyDelete
  2. Kak Erna>

    Suka la jugak sikit2 kak... hehe..

    Nak panggil namo cmtu takut dorang lak yg malu nnt kak... hahaha..

    ReplyDelete
  3. comelnye meow2 tu...
    macam kucing saya kat umah... :)

    ReplyDelete
  4. comel, hitam putih.Azz dia tahu ko suka bela kucing kot tu dia ye letak kat sana.betul tu cerita pasal kucing tak dosa dari kita ngumpat org.he he

    ReplyDelete
  5. kpah dulu ado kucing hitam kpah namokan aswad.

    putih dalam bahaso arab abyadh.

    haha.. drpado namo omputih, bagi namo arab. kok tak pun upin ipin yo.

    ReplyDelete
  6. azreeyah awang azli>

    Sama ehh..?? Entah2 ni kaum kerabat kucing Azreeyah la ni.. Dia sesat sampai ke sini.. :D

    ReplyDelete
  7. Cik Ina>

    Tu la yang susahnya tu.. Kalau kucing2 tu comel, boleh gak bela... Kalau dorang buang kucing berkurap kat sini, camner tu... huhuhu... Mungkin bagi makan je la, tapi tak nak bela... haha..

    Kannn... Buat dosa kering je dok cakap hal orang... ngehh3...

    ReplyDelete
  8. Kak Pah>

    Nak lotak namo arab tu macam tak sampai hati lak... Takut nanti org kata menghina lak.. Lagi payah nak jawab..

    Sey panggil dorang hitamputih yoo... sonang cito...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^