Assalamualaikum...
Senyum...
Tak perlu kata apa-apa...
Senyum...
Hehe..
Rasanya dah lama jugak aku tak letak gambar makanan kat sini. Kali ni nak letak la. Takpe ehh... Sesekali nak jugak cuci mata, ya tak..?
Ni merupakan kuih apam senyum yang aku cuba buat semalam. Resepinya ada kat blog dapo aku tu. Siapa yang nak mencuba, boleh la jenguk ke sana ya.. Tenkiu.. =)
Aku tempekkan beberapa bahan dan cara yang aku gunakan. Antaranya ialah:
Ovalette dan susu segar... (ada orang yang tak kenal ovalette tu macam mana..)
Pukul gula dengan telur sampai kembang. Selebihnya tengok kat blog dapo aku tu.. :)
Bahagikan adunan kepada dua bahagian (ikut suka). Yang ni warna merah..
Ni pulak warna hijau. Isikan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak masak...
Sebelum kukus, hendaklah panaskan dahulu kukusan tersebut sehingga airnya mendidih. Lepas tu baru masukkan acuan yang telah siap diisi. Kukus sehingga benar-benar masak. Anggaran masa bergantung pada api dapur samada kecil atau besar. Sekurang-kurangnya kukus selama 20-25 minit dengan api yang sederhana. Ikut kesesuaian la ya...
Apam yang aku buat ni tak berapa nak cantik sebab gunakan sudu je masa masukkan ke dalam acuan tu. Tu sebab ada yang senget-benget tu.. hehe...
Cukup setakat ni dulu la ya. Sekali lagi, rajin-rajin la menjengah blog dapo aku tu. Boleh jugak naikkan trepik light kat situ.. kehkehkeh...
Dibantu oleh anak sedara berumur 10 tahun (tukang masukkan tepung tu...)
p/s: Menjadi atau tidak, itu belakang kira.. Yang penting, mencuba... chaiyok... chaiyok...
yesss..yang penting mencuba.
ReplyDeleteakak belum cubo lagi ni..nanti la ovelette tak do ni..
Kak Erna>
ReplyDeleteBoto tu kak... Somangat nak mencubo tu yg ponting.. Lopeh boli ovalette tu akak buek la yoo...
sama cam makcik guna ovaleete. amboi rajin gak Azz ye buat apam. makcik suka je apam . Boleh wat makan pagi, petang.
ReplyDeleteCik Ina>
ReplyDeleteKann.. kalau letak ovalette dia jadi gebu sikit... Sy ni rajin nak cuba resepi baru, tp kurang sikit nak makannya...