Pages

Sunday, May 8, 2011

Kenduri kendarat membawa berkat...

Assalamualaikum....

Kenduri kendarat membawa berkat.
Mudah-mudahan berkat la segala kerja yang dibuat tu.. 
Amin... 

Semalam ada kenduri kat rumah jiran. Anak lelaki dia kawen. Kenduri menyambut menantu je, takde la buat besar-besaran. Makan semua guna katering. Tapi bab hidangan lauk-pauk untuk meja pengantin, orang-orang terdekat yang tolong buat. Kiranya masih ada lagi la sessi bergotong-royong ni walaupun sikit je kerja yang nak dibuat. Sikit-sikitpun, berpeluh la jugak ketiak. Dah la cuaca tersangat la panasnya tanpa angin yang bertiup seperti biasa..

Aku datang lewat. Kemas rumah dulu sebab rumah jadi tempat persinggahan sementara untuk pengantin bersiap. Kiranya nanti dorang berarak dari rumah aku la. Dah siap kemas yang ala kadar tu barulah aku ke rumah jiran tadi. Sampai-sampai je tengok dorang dah mula buat kerja dah. Tersipu-sipu la jugak muka aku ni. Lantak pi la haiihh depa nak kata apapun.. =)

Aku tolong je mana yang patut. Orang suruh buat itu, buat ini, aku buat je la. Malas nak cakap banyak takut nanti kerja tu jadi tak ikhlas pulak, kan... Kat sini aku kongsikan beberapa keping gambar untuk aku jadikan 'kenangan'. Gambar pengantin aku malas nak tempek, takut nanti kena saman la pulak sebab letak gambar kat sini tanpa keizinan tuan punya badan. Sebenarnya, nak elakkan blog ni dihidu oleh wartawan bebas tak bergaji tu. Ramai orang yang suka buat kerja sambilan ni... kehkehkeh...

Ni dorang buat gubahan untuk buah tembikai. Aku tak mahir dalam bab ni. Rasanya kalau cuba buat tu, boleh menjadi kot. Gubahan ni biasa-biasa je dan masih boleh makan buah tu. Takde la macam gubahan kat hotel yang siap berukir bagai tu. Kalau dah berukir cantik macam tu, camner nak makan ehh.. Takkan nak belah kot... Pakat tengok dan ambil gambar je la gamaknya... hehehe...



Aku suka tengok makcik ni mengorek isi buah tembikai ni. Dari zaman kecik dulu sampai sekarang, aku tak pernah lagi merasa mengorek camni. Nak mintak cuba, segan la pulak. Mak aku dulu ada beli alat pengorek tu, tapi dah lesap ke mana entah la. Kalau tak, boleh jugak praktis kat rumah. Harus cari dan beli ni.. 

p/s: Boleh pulak bekalan air terputus masa kenduri tu. Mujurlah pakai katering. Kalau tidak, jenuh la nak cari air buat cuci pinggan. Nampak gayanya pengantin la yang kena cuci saki baki periuk belanga yang tinggal tu. Nasib korang la kannn.... hehe...

10 comments:

  1. weh.. cantik eh bakul tombikai tu. dan terpesona pulak nengok makcik tu mengorek tombikai..
    biasolah kalau konduri ni. buek kojo mulut mosti becok bocakap haha..

    ReplyDelete
  2. rumah persinggahan pun maybe dapat berkat... kot2 anak rumah tu plak next time kan

    ReplyDelete
  3. Kak Pah>

    Ni pesen zaman dulu2 ni kak.. Sampai la skang, camtu la gayo ehh.. Tp sy masih lagi tak pandai nak buek cmno makcik tu buek.. hehe...

    ReplyDelete
  4. Aimi dan Pakcik Hashim>

    Mudah2an dapat la berkat... Mudah2an makin murah la rezeki yang masuk kat dalam rumah ni..

    Next time tu mungkin la kot... tp anak sedara la.. Anak tuan rumah dah expired dah... :P

    ReplyDelete
  5. biasa-biasa habis kenduri..pinggan mangkuk periuk belanga pengantin baru yang 'setel'kan...sekarang ada lagi ke?

    ReplyDelete
  6. Ummiarissa>

    Kalau dah takde siapa yg nak buat, terpaksa la pengantin take part.. Tak kan la nak suruh mak bapak yg setelkan.. Melampau la tu, kann..

    Sabo2 la kok ya pun nak pegi hanimun.. ekekekeke...

    ReplyDelete
  7. Amboi Azz tak menahan tu ko, tak dapat cuba , siap ambik video lagi. orang tu tahu tak ko ambik video dia. makcik nengok je bebola tembikai tu, tapi belum pernah dapat mengorek isi tembikai lagi. kreatif betullah dorang ni.

    ReplyDelete
  8. Cik Ina>

    Makcik tu tau.. Sy siap cakap lagi kat dia nak amek video.. Okay je makcik ni.. Ketua blok sy tu mmg la kreatif.. Anak buah dia cm saya ni je yg tak kreatif... hehehe...

    Nanti kita sama2 korek isi tembikai tu ehh... haha..

    ReplyDelete
  9. kat kg saya, gotong royong ni still ada lagi sebab saya dok felda je...
    macam tradisi dah...tak tau la kalau sy kawen nanti kena pakai catering...
    payah gak tu...
    huhu...

    ReplyDelete
  10. APAN>

    Sayapun dok Felda jugak.. Memang masih ada gotong-royong ni. Terpulang pada keluarga tu nak buat yg macam mana... Kalau saya, saya lebih suka katering lagi.. Sebab kalau gotong-royong ni, tak larat nak kemas rumah..

    Kaum kerabat lepas kenduri pakat2 balik.. Tinggal tuan rumah terkontang-kanting mengemas sorang2.. huhuhu..

    Pengantin opkos dah chaw pegi hanimun dah.. ahakk...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^