Pages

Tuesday, May 17, 2011

Makan angin memang best.. Buang angin lagi best.. hahaha....

Assalamualaikum...

Makan angin memang best...
Buang angin lagi best... hahaha...

Selamat hari wesak kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Korang pergi mana cuti sehari ni? Pergi kedai kat depan rumah je ke..? Kehkehkeh...

Aku pergi Cameron Highlands dengan mak, abang dan dua orang anak sedara aku. Ni kali kedua aku ke sana. Anak sedara aku yang beria-ia sangat ajak mak aku. Mula-mula aku malas jugak nak pergi. Tapi bila mak aku kata dia nak pergi, maka terpaksalah aku ikut serta. Maklum la, aku kan PA mak aku... ahakk.. 

Kalau dulu kitorang pergi kebun strawberri, kali ni ke kebun teh pulak. Ingat nak pergi kebun bunga ros tapi badan dah penat, terus je balik. Lain kali la ke sana pulak jika panjang umur..

Layan gambar aje la ya. Tak tau nak bebel apa dah.. Lotih laa... haha...

Ni kalau tenyeh kat mulut wartawan bebas tak bergaji best gak ni. Ya tak? Haha...

Sweet....

Tengok je.. Tak mampu nak beli.. huhuhu... 


Lebah mencari madu... :P

Cantiknya ciptaan Allah ini...

Nenek dan cucu....


Mem besar... =)

Aku beli ni je.. Inipun sampai 20 hengget... huhuhu...

Saujana mata memandang...

Geram je tengok bunga ni.. Kenapa la ko ni cantik sangat... :-)

p/s: Makan angin ni memang best. Buang angin lagi best, lega je rasa.. hehe.. Buang karan je yang tak best... hahaha....

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak azz.. wow bestnya pg cameron.. ct pernah pergi sekali je..cameron masih sejuk lagi x?

    ReplyDelete
  2. kalau tu RM2O kira murah ler tu

    ReplyDelete
  3. cameron dah x sejuk sgt kn?
    kak azz yg kaktus tu kat peladang ek?hehe..

    ReplyDelete
  4. azz,
    bojalan makan angin ni sodap. jangan kolua asap dah lah hehe..
    ekau poi balik hari jo ko. tak tido sanun?

    ReplyDelete
  5. Betul tu Azz, meh cik ina tolong tenyehkan. amboi sejuk sikit hatikan pegi tempat sejuk ni. cik ina suka tanam pokok kaktus tu. senang nak jaga, biak.

    ReplyDelete
  6. pemandangan ladang teh sangat cantik....tak sah lawatan ke cemeron kalo tak bergambor dalam ladang teh ni..

    ReplyDelete
  7. Miss CT>

    Waalaikumussalam CT.. Okay la tu dah pernah pegi.. Skang ni CH dah tak sejuk dah la.. Tak payah la beria nak pakai baju sejuk.. hehe...

    ReplyDelete
  8. Aimi dan Pakcik Hashim>

    Kalau boleh nak seploh hengget je semua tu... haha..

    ReplyDelete
  9. Teha>

    Ha'ah... CH skang ni dah panas... Banyak pokok dah kena tebang jadi ladang sayur...

    Kat Peladang ehh kaktus tu...? Entah, akak main rewdah je masuk... hehehe...

    ReplyDelete
  10. Kak Pah>

    Tu la tu kak... Nyaris nak kono saman sbb parking kek topi jalan.. Kalau tak, harus borasap telingo... hehe..

    Ha'ah kak, poie balik hari yoo... Lagipun dokek yoo.. dalam 3 jam lobih perjalanan poie balik...

    ReplyDelete
  11. Cik Ina>

    Hehehe... Amek la pokok kaktus tu buat stenbai kak.. Kang kalau ada yg laser, senang nak tenyeh.. haha...

    Tu la tu.. sesekali nak gak kena angin sejuk.. sekejap je, pastu bila dah balik sini panas je muka... huhu...

    ReplyDelete
  12. Angah>

    Akak tak masuk kat dalam rimbunan pokok teh tu.. Main amek gambarkat tepi jalan je.. Tak larat nak jalan.. jauh ke dalam sana..

    Anak sdara lak ajak pergi kat air terjun kecik tu.. tak kuasa akak aiihh... letih... hehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^