Assalamualaikum...
Mana yang bengkok tu, kita luruskan....:-)
Macam jalan kat Bukit Putus tu. Dulu punya la bengkang-bengkok jalan dia. Tapi sekarang ni dah lurus sikit dah. Kalau dulu, asal lalu je jalan tu, mula la rasa nak muntah. Kalau tak makan pil penahan mabuk, memang konpem melambak muntah yang keluar...
Tapi aku bukan nak cerita pasal jalan tu. Aku sebenarnya nak bagitau pasal benda alah yang telah berjaya aku luruskan siang tadi. Berdentam-dentum bunyi dia...
Siang tadi aku mengemas dapur yang dah macam tongkang pecah. Susun atur balik semula. Ubah sana, ubah sini kedudukan barang. Naik lenguh kaki aku sebab banyak berjalan dan memanjat kabinet. Sambil mengemas tu, ternampak la kat tutup periuk yang dah kelepet ni. Sayang pulak nak biarkan camtu je. Apa lagi, terus capai tukul besi dan mulakan proses mengetuk. Klentang klentung klentang klentung bunyi dia...
Ketuk tutup periuk tu dengan tukul. Ketuk kat atas papan, jangan terus ketuk kat atas lantai. Kang tak pasal-pasal berlubang pulak lantai tu. Satu kerja pulak nak menampal lantai tu balik semula...
Kan dah lurus dah.. Ni baru separuh tutup periuk yang berjaya diluruskan..
Boleh buat proses yang sama untuk meluruskan tepi periuk...
Siapa yang takde kerja nak buat tu, boleh la pergi geledah dapur. Cari mana-mana tutup periuk yang bengkok dan luruskan la dia. Kalau tutup periuk tu dah rata, selamat la sikit lauk yang ada kat dalam periuk tu dari dimasuki lalat, sebab lalat ni pantang jumpa lubang, mesti dia nak menyelinap masuk. Jangan harapkan sangat tudung saji sebab tudung saji sekarang ni lubang dia besar dan dengan mudah lalat dapat masuk... =)
p/s: Ada jugak orang yang jadikan tutup periuk sebagai peluru berpandu. Asal gaduh je, mula la melayang tutup periuk tu. Pastu bila nak buat biskut raya, mula la tercari-cari balik tutup periuk tu... kihkihkih...
bengkok betul tutup periuk kak azz ni.. ni mesti rajin masak ni kan? ngeh3
ReplyDeleteblh buat bisnes luruskan periuk ni
ReplyDeleteazz..mak aii..rajin e.
ReplyDeletesiap penukul buek kojo...
nasib akak tak banyak piok kek gumah ni..
banyak e tutup0 piyuk kau azz. dulu2 maso duk kampung mo omak, tutup piyuk tu tompek aleh baka ikan atau baka torung. habih itam longot..
ReplyDeleteSiti Safiyyah>
ReplyDeleteHa'ah laa.. Banyak yang bengkok...Kena kepit dgn playa taim buat kuih raya la ni.. hehe..
Aimi dan pakcik Hashim>
ReplyDeleteKalau berbaloi. takde hal punya laa.. haha...
Kak Erna>
ReplyDeleteNi bukan rajin kak.. Dah tolanjur mongomeh tu, komeh an la skali tutup piyok tu.. Sayang lak kok biar senget benget cmtu... Tutup piyok nak gak ensem... hehehe...
Kak Pah>
ReplyDeleteNi sikit yoo ni kak.. Kok abeh amek gmbr semuo piyok yg ado, mahu sehari semalam scroll ke bawah.. hehe..
Samo la kito kak.. Konangan zaman dulu2 tu payah nak dilupokan.. yo tak..?