Pages

Tuesday, May 10, 2011

Melayan selera yang tak pernah puas..

Assalamualaikum...

Manusia ni memang tak pernah merasa puas. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan selera. Melayan selera yang tak pernah puas ni amatlah menyakitkan dan meletihkan serta memudaratkan. Betul tak..? Hahaha...

Malam tadi mak aku masak lauk sambal tempoyak petai ni. Sempoi je menu makan malam kitorang. Biasa la selera orang kampung, ni je yang termampu.... Alhamdulillah...

Disebabkan aku macam takde mood nak makan nasi, maka akupun tak makan la lauk ni. Tak kan la nak ratah pulak, kan.. Tak baik moncolungap ni... ngehngehngeh.. Nampak gayanya esok je la aku makan ko ehh... hehehe...

Cuba korang tengok kepekatan sambal tempoyak petai ni. Pergghh...!!! Kalau orang yang memang jenis suka makanan kampung camni, mesti menambah nasi punya la. Aku pulak tak tahan pedas, tak berani nak makan banyak sangat. Sia-sia je jadi orang Negeri Sembilan tapi tak tahan pedas. Dulu aku makan la pedas-pedas ni. Sekarang ni je tak makan sangat sebab ada gastrik. Takut gastrik tu menyerang kembali. Tu yang kena tahan nafsu tu. Kalau tak, dah lama dah sambal tempoyak ni selamat aku bedal.. hahaha...

Wallaaaa....!!!

Sebagai gantinya, malam tadi aku makan sate warisan ni haa.. Aku mintak tolong abang aku yang belikan 20 hengget. Bukan aku makan sorang tau. Abang dengan mak akupun makan sama. Melampau la tu nak kata aku yang makan sate sampai 20 hengget tu.. caaiittt... Ni pun masih ada balance lagi. Tak larat dah nak makan padahal bukannya banyak manapun 20 hengget tu. Satu cucuk 60 sen. So, kira sendiri la ehh berapa cucuk yang dapat dengan harga 20 hengget tu. Aku tak pandai nak kira. Aku pandai makan jeww... kehkehkeh...

Ni balance sate yang tak cukup kuah... huhuhu... Nak kena komplen ni... wahahaha...

p/s: Seperti biasa, siapa yang nak cuba resepi sambal tempoyak tu, boleh la usha blog dapo aku tu ehh.. Korang boleh jugak pergi kat tab RESEPI ni untuk mencari resepi yang lain untuk dicuba. Tenkiu ya... =D

6 comments:

  1. petai? sambal pedas?
    no thanks... hahaha

    sate? manis... no thanks gak

    jhahahaa

    ReplyDelete
  2. assalam...fuuuhhh petai, tempoyak, pedas mmg favourite saya kak azz...sodap nya...skrg musim petai ker?slalu mak Adam masak petai gak klo dah musim dia...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Aimi dan Pakcik Hashim>

    Semua tak nak ni.. Ko nak apa je...?

    hahaha...

    ReplyDelete
  4. AdamXis>

    Waalaikumussalam Adam..

    Kalau camtu, sila la amek sambal tempoyak ni ehh.. hehe..

    Tak tau la sekarang ni musim petai ke tak.. Akak tak pegi pasar, so tak tau la.. Mak akak yang rajin ke pasar..

    Akak lagi suka petai masak lemak cili padi dgn kulit yang dikikis tu.. Tp sangat malas nak mengikis kulit petai ittew... haha....

    ReplyDelete
  5. sedapnye...sambal tempoyak tu, kecor air lior teman...

    ReplyDelete
  6. Angah>

    Ater, dah Angah orang sane, mesti la suka dgn tempoyak ni kan.. hehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^