Pages

Friday, June 10, 2011

Kenapa ada paku kat sini..??

Assalamualaikum..

Kenapa ada paku kat sini..??
Baru nak update pasal gambar ni..

Beberapa hari lepas, sedang aku menyapu kat sudut laman, mata aku terpandang kat sekumpulan paku kat atas tanah ni. Mula-mula nampak tu, takde la aku nak ambil kisah sangat. Ingatkan nak biarkan aje paku tu kat situ sebab tempat tu jarang ada orang masuk melainkan aku. Lepas tu, akupun terfikir jugak, buatnya kalau paku ni terkena kat kaki mak aku, lagi bahaya. Then, akupun kutip la paku-paku tu..


Persoalan yang timbul, kenapa paku tu ada kat situ? Nak kata anak-anak buah aku yang letak, dorang takde pulak pergi main kat situ. Lagipun, kat situ bukannya ada papan atau kayu yang memerlukan paku ni. Yang ada hanyalah pasu pokok bunga je.. Malahan, sehari sebelum tu takde pulak aku nampak paku tu kat situ masa aku menyapu sudut laman tu.. Hairan jugak aku.. Kalau korang la, hairan tak ehh..? Hairan laa... Hairan laa... pelis... kehkehkeh...


Masa tu hari Khamis, mak aku takde kat rumah sebab dia pergi pekan sehari. Bila mak aku balik je, terus aku tunjukkan paku-paku tu kat dia. Akupun cakap la..

Aku: Mak, ado paku kek pasu tu haa... Omak yang lotak koo..?
Mak: Paku apo pulak..? Kek mano.?
Aku: Paku ni laa.. Kek pasu tu haa.. Macam ado oghang lotak yoo.. (sambil tunjukkan paku kat tapak tangan).
Mak: Jangan nak menuduh oghang la haaiihh.. Ambik simpan yoo la paku tu.. Sapo pulak yang nak buek kojo poie lotak paku tu kek situ..

Ada 10 batang semuanya.. huhuhu...

Akupun ambil dan simpan paku tu. Tapi dalam hati ni tetap jugak tertanya-tanya sebab musabab paku tu ada kat situ. Mula la otak aku fikir yang bukan-bukan. Fikir pasal santau la.. Fikir pasal buatan orang la... huhuhu... Mudah-mudahan kehadiran paku-paku ni tiada kaitan dengan sihir jahat ni.. Pastu teringat pulak kat entry Kak Pah pasal orang yang tak nampak tadika dia tu sedangkan orang tu betul-betul parking kereta dia kat depan tadika Kak Pah tu. Tapi bak kata mak aku tadi la, jangan menuduh orang sembarangan. Lagipun, aku bukan nak tuduh siapa punya angkara sebab setahu aku semua orang kat sini baik-baik belaka. Bersangka baik la dekat semua orang ya... :D

Antara doa dan amalan yang perlu diamalkan untuk menghindari dari terkena sihir..

�Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.
�Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.
�Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285 - 286 pada permulaan malam.
�Membaca doa: "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" – pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.
�Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.
  

Sumber dari sini... Tenkiu..


p/s: Beringat sebelum kena. Sekadar berjaga-jaga je. Semoga Allah lindungi kita semua dari segala mara bahaya.. Amin...

12 comments:

  1. ado oghang tebaling paku kek situ haha..
    takyah lah kau simpan. Campak yo kek lam sungai..

    ReplyDelete
  2. azz..boto la kato kak pah tak yah la simpan..humban an yo dalam sungai..ado sungai tak kek situ? he he..

    ReplyDelete
  3. paku kena tayar kereta tu bocor. betul tu az kita tak de niat buruk ngan orang, Insyaallah tak de orang buat jahat pada kita. semoga Allah SWT lindungi kita dari benda jahat-jahat tu semua.

    ReplyDelete
  4. Aimi dan Pakcik Hashim>

    Takut la jugak..

    Huhuhu...

    Jangan la tambahkan ketakutan aku ni..

    ReplyDelete
  5. Kak Pah>

    Kok tobaling mesti bosepah2 paku tu.. Ni tak, sotompek yoo dio duduk.. huhu..

    Tak buleh simpan ke kak..? Nak buang kek sungai, jauh lak sungai ehh.. Kok buang kek lubang jamban buleh tak gak ehh.. Soram sojuk lak haiihh.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Kak Erna>

    Sungai ado.. tapi air ehh mcm air longkang... hehe..

    Sungai yg air dalam jauh lak nak poie situ.. Cmno ni kak... Takut lak nak simpan paku tu bilo Kak Pah dgn akak ckp suruh buang... huhu..

    ReplyDelete
  7. Cik Ina>

    Paku kena tayar keta takpe lagi.. Jangan kena tapak kaki, duduk spital nanti.. Lagi2 kalau ada diabetis...

    Mudah2an kita semua dilindungi Allah dari segala mara bahaya.. Aminn...

    ReplyDelete
  8. Isk... isk.. kalau paku pakis takpe le kalau tumbuh semula jadi...

    ReplyDelete
  9. abglan>

    Hehehe..

    Pastu pungut dan goreng paku pakis tu, kan.. haha..

    ReplyDelete
  10. Epp!! jangan... kot yg tanam org bunian ke.. he heh he he (saja nak takut²kan balik hu hu)

    ReplyDelete
  11. abglan>

    Takpe la.. Nanti boleh masuk kat alam dorang tu.. Pastu nanti buat relationship with OB = Orang Bunian... hehehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^