Pages

Tuesday, June 21, 2011

Sayuuuuupppp....

Assalamualaikum...

Sayuuuuupppp....

Selalunya perkataan sayup ni dikaitkan dengan keadaan atau tempat yang tinggi. Ada orang berani dengan tempat tinggi ni samada berani kerana tugas seperti menjadi juruterbang ataupun berani kerana mencari rezeki seperti pencari madu lebah atau pencari petai. Ada juga berani menyayupkan diri berada di puncak gunung kerana minat mendaki. Apapun tujuannya, masing-masing punya alasan tersendiri dan kita kenalah hormat dengan situasi ataupun kerja tersebut.

Namun, jika sayup yang seperti gambar di bawah ni, rasanya takde siapa yang sanggup untuk memanjat dan mengambil hasil yang ada. Sudahnya sampai tua la buah tu kat situ.. Tapi tua-tuapun ada gunanya. Biji dia boleh dibuat benih. Jangan ingat semua yang tua ni takde nilainya ya.. :P

Punya la sayup. Camner la nak panjat.. Teringat pulak kat buku cerita kanak-kanak kisah pokok kacang. Lupa dah nama buku cerita tu.. 

Sikit hari lagi kalau tak dicantas, habis la semua antenna tu kena lilit. Sekarang ni pun gambar tv dah tak clear sangat dah... huhu.. (Piring astro tu jiran sebelah yang punya ya..)

Rumah orkidpun dah jadi tempat dia dah. Yang ni pun tak dapat nak ambil buah dia tu. Sayupp...

Ni adalah pokok kacang botol/botor tanaman mak aku. Dah banyak kali dah cantas pokok ni tapi tak lama lepas tu dia bertunas balik sebab akarnya masih ada. Dulu, rajin jugak mak aku letak kat makcik yang menjual  sayur kat pasar tu. Dapat la jugak sikit side income untuk duit pasar. Sekarang ni dia dah malas dah sebab ada mulut-mulut orang yang bercakap belakang. Mak aku tu bukannya beria sangatpun nak menjual. Dia saja je, just nak suka-suka. Ya la, daripada membazir tak makan, baik jual aje. Nak bagi jiran, dorangpun bukan suka sangat makan kacang botol/botor ni. Aku suka makan buat ulam tapi aku tak boleh makan banyak sebab aku ada gastrik. Makan sikit-sikit tu boleh la.. 

p/s: Tak rugi tanam pokok ni sebab kalau berbuah, memang banyak dapat. So, silalah tanam dalam 4-5 pokok kat tepi pagar rumah korang tu ya.. :)

UPDATE...

Disebabkan ada yang tak kenal rupa kacang botol ni, so aku tempekkan gambar buah kacang tu kat sini.. Dan ni la rupanya kacang tu ya kawan-kawan.. hehe...

14 comments:

  1. sayupnya pokok tu. cik ina suka kacang botor wat kerabu atau goreng cili. azz nak tanam cam mana?, rasa berminat plak.tiba-tiba teringat kisah seorang budak ngan kacang ajaib.

    ReplyDelete
  2. apa kacang tu kak?

    p/s: jawab kat fb
    haha

    ReplyDelete
  3. aktif gak la tumbesaran pokok kacang ni ek...cepat je naik...

    tpi x dpat imagine lagi ni camne la rupa kacang botol tu.sy bukan pemakan sayur sejati.huhu...

    ReplyDelete
  4. osah sayup e.
    kok tak dicanteh memang abihlah antena tv kau kono makan.
    cocah mo samba bolacan sodap tu..

    ReplyDelete
  5. azz..mak ai..tinggi e pokok tu manjek..
    akak suko ni azz..goreng ngan udang dan lado api..kok dokek akak dah mintak izin potek sendiri dah..

    ReplyDelete
  6. Cik Ina>

    Saya lak suka buat ulam je.. Makan dengan telur mata kerbau, pastu taruk kicap masin kat tengah2 telor tu.. pergghhh.. Cik Ina lalupun saya tak nampak dah.. haha..

    Tanam kacang ni senang je.. Macam tanam sayur kacang yang lain.. Masukkan benih tu dalam pasupun takpe gak, pastu letakkan pasu tu kat tepi pagar. Nanti dia memanjat la pagar tu.. Senang sikit nak kutip..

    ReplyDelete
  7. Roza Ami Nanomiya>


    Dah jawab dahpun, siap dengan gambar lagi akak bagi kat ko.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. APAN>

    Disebabkan awak tak tau rupa kacang ni, saya letakkan gambar buah tu sekali.. Ingatkan semua orang kenal buah ni, rupa2nya ada jugak orang yang tak kenal.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Kak Pah>

    Tu la tu.. Esok luso mmg nak kono canteh ni.. Buek boghek tiang antenna tu yo..

    Sey lak tak suko sangat sambal bolacan tu kak.. Busuk la bau ehh.. huhu..

    ReplyDelete
  10. Kak Erna>

    Kok akak dokek, sey dah bagi dah kek akak.. Tak payah tunggu akak mintak.. Suko bagi kek orang yang jonih pomakan ni.. takdo la dio nak mombazir buang kalau tak makan.. Boto tak..?

    ReplyDelete
  11. sape la yg x kenal kacang botol tu.terok betol.haha...

    kalo gini la rupenye mmg kompem ada la kat umah saya kot.siap kdg2 tu bagi arnab mkn lagi...
    tpi skang da pupus kot.huhu...

    ReplyDelete
  12. APAN>

    Hahahaha..

    At least kenal jugak dgn kacang ni ehh..

    Apsal bagi arnab makan kacang ni? Bukan arnab makan pucuk keledek ke..?

    Tanam la balik. Mudah je hidup.. Pastu hasil pulak berbaloi2.. Boleh buat duit poket.. heeee..

    ReplyDelete
  13. sy x mkn pun kacang ni...tengok mcm da bnyak sangat.kutip la sikit2...lagipun pokok die time tu dpan reban arnab je.huhu...

    ReplyDelete
  14. APAN>

    Depan reban arnab? Okay la tu, guna baja organik je.. hehe..

    Rugi la tak makan kacang ni.. Biasa2kan la makan.. :P

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^