Assalamualaikum...
Tak malu ke sebut benda tu..?
Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang ni. Bila marah je, mula la nak menyebut benda tu. Malahan, dalam keadaan berguraupun nak jugak sebut benda tu. Apatah lagi kalau melatah, habis semua nak disebut. Okay, tang melatah ni boleh dimaafkan sebab dalam keadaan tanpa sedar..
Kenapa agaknya ehh...? Tak malu ke nak sebut perkataan macam tu..? Apsal tak sebut je benda sendiri. Masing-masingkan ada benda sendiri. So, sebut je la. Buat apa nak sebut benda orang. Pastu, kaum lelaki pulak yang suka sebut benda camni. Tua, muda sama je naik. Memang tabiat agaknya suka menyebut-nyebut benda tu. Ataupun mungkin desperate sangat dengan benda tu. Tu yang dok sebut selalu tu. Dah tu, 'mak' dia punya benda pulak yang disebut-sebut tu. Apa punya mentaliti tah laa..
Bukan nak kata aku tak pernah sebut. Ada masanya tersebut jugak benda tu bila setan menguasai fikiran. Akupun bukannya baik dan aku tak pernahpun kata diri aku baik. Tapi takde la aku nak sebut benda tu secara berleluasa. Aku cuma kurang selesa bila ada orang yang menjadikan benda ni sebagai satu medium untuk melepaskan geram ataupun bergurau. Aku cuma tak faham kenapa benda tu yang sering disebut-sebut. Kenapa dan kenapa. Itu sahaja. Ada yang nak bagi jawapan tak..?
Aku rasa ramai yang faham benda apa yang aku maksudkan. Jadi, tak perlulah buat-buat tak faham atau menjadi seperti kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Kalau tak faham jugak, aku bagi clue sikit apakah benda tu. Benda tu adalah berupa carutan yang ada perkataan 'mak' di hujungnya.
hehehehe.. terlepas la kak azz.. huhuhu
ReplyDeletexley nak katakan lagi.. 'semua akan sebut menda tu..' 'aku sendiri pon xlepas kata!' 'ada obat dia x?'
ReplyDeleteronda ronda bersama k.azz@myobw...
tak suka jugak.. kalau ada kawan2 yg cakap macam tu, cepat2 jauhkan diri.. takut terpengaruh..
ReplyDeleteaz..akak pun samo..sakit hati raso e..macam tak do bondo lain nak disobut.
ReplyDeletedaripada duk biasakan diri sebut benda2 xelok tu..baik la sebut nama Allah@zikir2 yg lain..insyaallah..kalau sentiasa bibir kita menyebutnya..benda tu lah yg akan keluar.walaupun dlm keadaan terkejut atau marah..pahala pun dapat kan..dari sebut benda tah pape..then dapat dosa..
ReplyDelete-pendapat seorg insan yg lemah-
Cinta Tulip>
ReplyDeleteKalau sekali sekala tu boleh la kata terlepas.. Kalau dah selalu tu, terlepas apanya... Memang habit la tu, kann.. huhuhu..
Macehh ya singgah dan komen.. :)
Blogtube>
ReplyDeleteHuhu.. Betul la tu.. Ubatnya kena la banyak bersabar dan berzikir.. :-)
Siti Safiyyah>
ReplyDeleteItu kalau kita tengah berkumpul dengan dorang, boleh la angkat kaki.. Macam mana pulak dengan kawan yang suka update status fb/twitter dgn ayat2 carutan macam ni..
Kena Hide la, kann... huhuhu..
Kak Erna>
ReplyDeleteKan kak... Punyo la banyak bondo nak disobut, yang omak dorang punyo jugak yang nak disobut ehh..
Ghaso mcm nak sekel yoo sekor2... huhuhu..
Wardah>
ReplyDeleteSetuju dengan komen Wardah tu..Itu yang sepatutnya kita amalkan..
Terima kasih ya atas komen yang bernas ni. Kita semua lemah, bukan Wardah sorang je yang lemah.. Yang penting, kita saling ingat-mengingatkan sesama kita...