Pages

Thursday, July 14, 2011

Pertama kali buat, mana nak jadi sangat..

Assalamualaikum...

Pertama kali buat, mana nak jadi sangat..

Aku baru lepas buat apam beras ni. Resepi ada kat blog dapo aku tu. Kat situpun aku ada bagi backlink untuk blog yang aku copy resepi ni. Aku rasa macam tak berapa nak jadi je apam beras aku ni. Macam ada yang kurang sikit la. Dan rasanya agak manis sikit la..

Mungkin kalau buat lagi, akan diperbaiki mana-mana yang kurang puas hati tu. Mungkin akan kurangkan sedikit gula sebab aku gunakan dua-dua gula pasir, bukannya gula pasir dan gula perang (brown sugar). Dan mungkin juga akan gunakan sepeket mauripan bersesuaian dengan kuantiti tepung gandum, tepung beras dan nasi yang digunakan. Dan ini memungkinkan untuk aku menderhaka kepada resepi asal.. hahaha..

Sebelum...

Sedang dalam proses... Macam kat sauna lak.. :P

Hampir...

Siap.. huhuhu...

Hasilnya... Dengan rasa yang tak begitu memuaskan selera aku...

Kenapa apam ni tak merekah sangat ehh..? Ke, memang jenis macam ni..? Macam mana nak tau apam ni betul-betul masak ehh..? Sebab aku punya apam beras ni dah okay dah naiknya, tapi kat dalam tu macam tak berapa nak masak sebab macam lembik je.. Nak kena kukus berapa lama sebenarnya ni..? Aku rasa aku dah kukus lebih dari 15 minit, tapi masih lagi lembik kat dalam apam tu.. Mana sifu aku ni... Tulunnn... Tulunn.... huhuhu...

Sebenarnya aku buat apam beras ni untuk mak aku dengan harapan dia makan apam ni. Dia takde selera nak makan, tu yang aku cuba buat apam ni. Dia kata dia suka makan apam beras yang kakak ipar aku selalu buat dulu. Dan dia tak berapa suka apam tepung gandum yang macam selalu aku buat tu...

p/s: Anda gagal... Sila cuba lagi di lain masa.. Buat apam beraspun tak pandai-pandai lagi ni.. Adehhh...

6 comments:

  1. try lagi azz. ado lah yang tak kono memano tu..
    sekali gagal jangan putus asa haha..

    ReplyDelete
  2. okey je tu. orang dulu ragi nasi tu dulu, esoknya baru kisar ngan tepung beras. sekarang ni blend nasi ngan yis sekali. orang tua biasalah nak yang tradisional. cik azz search apam ragi tepung beras. garenti jumpa,kalau nak merekah plak buh ice cream soda kot.

    ReplyDelete
  3. Kak Pah>

    Tenkiu sifuuuuuu... hehehe...

    Abeh sey kono bebel dongan omak sey kak.. huhuhu...

    Sey dah jumpo dah resepi apam beras yg asli.. Lopeh ni nak cubo buek yg tu lak.. Nak kono cari ragi dulu haa..

    ReplyDelete
  4. Gadis Bunga>

    Hikkk... Merekah sangatpun tak best gak kan... Masuk angin nanti.. errr... =)

    ReplyDelete
  5. Cik Ina>

    Tu la pasal.. Dia nak yg asli jugak... huhu..

    Ehh, saya dah jumpa dah resepi yg asli gunakan keyword yg Cik Ina bagi tu.. Mekasih banyak2 ya... Pasni nak cuba yg lak.. Harap2 menjadi la dan dia suka makan..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^