Pages

Thursday, September 22, 2011

Apa yang perlu kita lakukan jika ular masuk dalam rumah di waktu tengah malam..

Assalamualaikum..

Laptop aku dah aku tutup.. Tapi belum simpan dalam beg lagi.. Sedihnya tengok laptop aku tu... huhuhu.. Ni aku gunakan desktop yang aku belikan untuk abang aku hari tu.. Kalau ikutkan, aku memang tak suka nak guna desktop public ni tapi dah terpaksa, nak buat macam mana, kan.. Ada lagi satu desktop lama untuk anak-anak buah aku main game tapi skrin dia dah kembang.. Hairan gak aku, macam mana la budak-budak tu chat or ngadap fb main angry birds dengan keadaan skrin yang dah kelabu tu.. Alamatnya cepat la rosak mata dorang tu..

Sebenarnya aku nak bagitau benda kat bawah ni je... Yang kat atas ni kira macam mukaddimah la.. :P...

Apa yang perlu kita lakukan jika ular masuk dalam rumah di waktu tengah malam..

Baru sekejap tadi telefon rumah berbunyi.. Mula-mula tu cuak jugak nak angkat. Maklum la, dah pukul berapa. Risau kalau ada berita yang tak baik.. Tapi, aku beranikan diri jawab.. Rupanya jiran sebelah rumah yang call..

Dia bagitau ada ular masuk dalam rumah dia. Ahh sudah.. Dah la malam-malam buta camni. Aku bagitau terus-terang yang aku tak berani nak datang. Kalau masih awal dalam pukul lapan tu boleh jugak aku datang dan ajak jiran yang lain. Ni dah pukul berapa dah ni.. Pukul dua lebih dah.. Aku suruh dia call polis dan bagitau kedudukan yang sebenar sebab cuma dia, cucu dia dan anak dia yang sedang dalam pantang je yang ada kat rumah tu..

Lepas tu aku call dia balik, tanya dia dah call polis ke belum.. Dia kata dah tapi polis tu suruh call sedara-mara yang terdekat. Mana ada yang dekat. Pastu polis tu cakap dorang nak kena call bomba dulu.. Alahaiii, balai bomba tu bukannya kat sebelah rumah. Jauh tu bebb.. Sejam lebih baru sampai. Kalau polis ni, apa la salahnya datang jenguk. Tak kesian ke dekat ibu tunggal tu... Kalau jadi apa-apa kat dia atau cucu dia atau anak dia yang dalam pantang tu camner.. huhuhu....

Aku suruh akak tu call abang dia tapi dia kata takpe la, dia cuba la buat apa yang patut dulu. Abang diapun bukannya dekat. Dalam sejam jugak baru nak sampai. Lagi-lagi kalau dah tidur, lagi la mamai...

Aku suruh akak tu sembur-sembur dengan ridsect dan pegang la kayu ke, apa ke.. Dia kata nak pergi ambil buluh sebab ular kan alah dengan buluh.. Aku cakap kat dia, kalau takut nak tidur, datang la rumah aku. Esok pagi baru la balik dan halau ular tu. Tapi dia tak nak sebab dia kata susah sebab ada baby.. Aku pujuk lagi tapi dia kata takpe la..

Sampai saat ni aku tak tau apa perkembangan rumah sebelah tu. Tapi tadi ada jugak aku dengar bunyi kayu pukul lantai. Tak tau la pukul apa sebenarnya.. huhuhu... Aku cuba call tapi tak berjawab.. Harap-harap dapat la dia bunuh atau halau ular tu.. Risau jugak aku.. Dah la aku ni memang penakut dengan ular, lagi payah la aku nak lelapkan mata..

p/s: Aku selalu jugak tengok dokumentari kat tv pasal ular yang masuk kat dalam rumah ni. Elok je polis tu datang rumah dorang.. Apsal polis kita tak boleh buat camtu ehh..? Nak jugak tau kenapa.. Kalau ada sesiapa yang ada jawapannya, silalah kongsi-kongsi info ya.. Aku cuma berkongsi cerita je ni. Jangan la ambil tindakan kat aku..Takuttttt... huhu..

10 comments:

  1. Assalam azz..rumah kampung akak dulu selalu yo masuk ular..dulu2 panggil bomba..baru2 ni opis masuk ular..panggil JPA3.

    ReplyDelete
  2. so apo cito skang?? ular ni kalo bleh puko ngan buluh..ular mmg x leh jumpo buluh dio lomah

    ReplyDelete
  3. oh! polis tak leh handle ular ek....ohh...baru tahu...

    ReplyDelete
  4. adeh, polis ni pun...
    tangkap pencuri takleh, tangkap ular pun takleh..

    kalau boleh, selalu la tabur belerang/sulfur keliling rumah.. kat mana ada lubang2 kat tanah tu pun sama.. langkah pencegahan je

    ReplyDelete
  5. Kak Erna>

    Waalaikumussalam kak..

    Rumah kampung ni sojuk, tu yg dio suko masuk tu.. huhu...

    Kek sini mano la nak cokau JPA3 tu kak.. Balai polis dgn klinik yang paling dokek...

    ReplyDelete
  6. Phat>

    Dah tanyo dah akak tu.. Dio kata tak dapek laie puko ular tu.. Tah mano dio nyuruk gak ehh.. Lagi la comeh kalau tak jumpo2, kann...

    ReplyDelete
  7. Angah>

    Tu la kan... Akak ingatkan dorang ni sedia berkhidmat.. Rupanya main pilih2 perkhidmatan jugak.. huhu...

    ReplyDelete
  8. Padlie>

    Tangkap apa je yang dorang boleh agaknya... Takkan tangkap lalat kot... haha..

    Akak dah bgtau dah jiran tu pasal tips ko ni.. Masalahnya, kat sini mana nak cari belerang.. Ada kawan akak cakap, boleh jugak taburkan garam kasar kat sekeliling rumah.. Dah bagitau kakak tu soh letak garam kasar je..

    Kang kok letak belerang, pastu ada lak yg suka buang puntung rokok merata2, tak terbakar ke nanti...Bahaya gak, kann...

    ReplyDelete
  9. polis handle orang je , baru tahu.cian bomba segala hewan dia nak handle. cik ina seriau dengar ular ni.

    ReplyDelete
  10. Cik Ina>

    Tapi kalau dah terdesak, apa salahnya polis yg take part, kann...

    Sama la dgn saya... meremang je dengar nama ular tu.. huhu..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^