Pages

Monday, October 24, 2011

Q4L: Qurban For Life..

Assalamualaikum...


Ada sesiapa yang nak buat qurban tak.? Ataupun mungkin korang nak buat ibadah qurban ni tapi tak tau kat mana nak tuju.. Kadang-kadang bila kita buat qurban, daging yang nak disedekahkan tu tak sampai kepada golongan yang sepatutnya.. Lebih ramai orang 'berada' yang dapat pengagihan dari daging tersebut daripada mereka yang benar-benar memerlukan.. Kalau boleh tak nak la perkara macam ni berlaku, kan...

Klik gambar untuk nampak lebih jelas... Tenkiu.. :D

Baru-baru ni ada seorang kawan telah memberikan aku satu link web di mana kita boleh melakukan ibadah qurban secara online.. Apa yang korang perlu lakukan adalah masuk kat web tersebut dan kat situ ada beberapa nama atau contact yang perlu dihubungi.. Jika dorang online, korang boleh la tanya dorang pasal qurban ni.. Jangan tanya yang bukan-bukan dah la yaa... :P

Masa ni aku masuk waktu malam.... :)

Korang juga boleh menghubungi mereka ni kat fesbuk dorang untuk mengetahui secara detail tentang Q4L ni... Dan jangan lupa untuk Like page tu sekali... 

Siap ada nombor telefon lagi tu...

Aku harap info ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam melakukan ibadah qurban tidak lama lagi.. Semoga ibadah qurban ini akan diberkati dan sampai kepada mereka yang sangat-sangat da'if dan memerlukan..

p/s: Macam-macam cara boleh bersedekah.... Tinggal lagi nak dengan tak nak je..

8 comments:

  1. wah..bagusnye entry kali nie cik azz..
    siap ader link pesbuk..
    kagum..kagum...

    ReplyDelete
  2. boto tu azz..ada bermacam cara..tinggal nak ngan tidak yo..

    ReplyDelete
  3. dah datang musim qurban lagi...
    Ghayo haji buek lomang ko azz.

    ReplyDelete
  4. Cik Aletheea>

    Sebenarnya akak takut nak buat entry macam ni.. Takut dorang salahgunakan nama qurban tu je...

    Harap2 urusan dorang ni dipercayai la.. dan mendapat pengikhtirafan yang sah..

    ReplyDelete
  5. Kak Erna>

    Sey ni nak jugak buek kak, tp bolum cukup mampu lagi...

    ReplyDelete
  6. Kak Pah>

    Tak tau lagi la kak nak buek ke tak lomang tu.. Tengok keadaan dulu camno...

    ReplyDelete
  7. kyo_9>

    Entah la... Akakpun macam ko jugak.. Dan akak harap dorang ni betul2 la buat kerja yang halal dan sah.. huhuhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^