Pages

Wednesday, November 30, 2011

Bila mengomen status fesbuk kanak-kanak..

Assalamualaikum...

Bila mengomen status fesbuk kanak-kanak..


Hari ni hari Rabu, kan.. Dah malas pulak rasanya nak buat entry berkaitan Wordless Wednesday.. Cukuplah setakat 19 entry je yang ada title Wordless Wednesday ni.. Entahlah, kadang-kadang aku rasa macam vangang je ikut benda-benda yang tak sepatutnya dijadikan ikutan.. Ini pada pandangan kolot aku je.. Jangan pulak ada yang sentap dah laa.. Kalau korang masih rasa WW ni banyak kelebihan dan manafaatnya, just carry on.. Nobody will stop or judge you.. 

Okay la. Stop babbling... Nobody wants to hear your babbling.. :P

Seperti yang pernah aku bagitau dulu, aku ni kadang-kadang suka jugak mengomen status fesbuk anak-anak buah aku yang umur bawah 12 tahun ni.. Kadang-kadang dorang kena dengan aku.. Dan kadang-kadang aku pulak yang dorang kenakan.. Maklum la, budak-budak sekarang semakin berani dan lantang bersuara.. huhuhu...

Namun, kali ni ada sorang yang kena dengan aku.. Contohnya adalah seperti kat bawah ni.. Geram je budak tu... hahaha... Oh ya, status A dan B adalah dari orang yang sama... :P


~ A ~


~ B ~
Hahahaha... 'Induk' memang suka sakat budak sorang ni.. kehkehkeh...


p/s: Budak ni umur dia baru 9 tahun.. Tapi takde pulak ayat dia yang pelat-pelat.. Yang komen pasal twitter tu pun sebaya dia jugak.. Apsal ayat budak yang umur 14 tahun hingga 23 tahun banyak yang pelat-pelat ehh.. Jappp...., umur 23 tahun tu budak lagi ke..?? Takpe la.. Bagi la dorang peluang nak jadi budak yang perasan comel sekejap... muahahahaha....

Tuesday, November 29, 2011

Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun...

Assalamualaikum..


Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun... 

Sekarang aku ada kat Nilai, rumah kakak aku. Hari Ahad lepas aku datang sini dan akan berada di sini selama seminggu. Fuuhhh...!!! Bermulalah sessi kesengalan sebab tak tau apa nak buat. Kalau ada anak buah yang kecil tu boleh jugak aku layan keletah dia. Sambil-sambil tu boleh jugak jadikan dia model untuk video klip aku.. Yang kecil je la boleh jadi model. Yang besar jangan nak mengada-ngada. Kalau nak kena semboq dengan aku, silalah buat aksi-aksi muncung cimpanzi tu... kehkehkeh...


My little niece.. :-)

Ni nak cerita sikit la sepanjang perjalanan ke sini yang sangat-sangat menggegarkan jantung... huhu...

Sekarang ni musim hujan, kan.. Sebelum bergerak keluar dari rumah, tiba-tiba je hujan turun dengan mencurah-curah lebatnya. Maka, terpaksa menangguhkan memunggah barang masuk ke dalam bonet. Aku pulak dah mula rasa tak sedap hati. Ya la, risau jugak nak berjalan jauh dalam keadaan hujan berterusan macam ni.. Hanya Allah yang tau hati aku saat tu...

Akhirnya, bila hujan dah reda sedikit, mulalah masukkan barang ke dalam bonet. Lepas tu teruskan perjalanan tanpa henti sehinggalah sampai ke RnR Genting Sempah untuk isi minyak dan solat Asar. Punyalah ramai umat kat situ.. Semuanya mengambil kesempatan berjalan sempena cuti tiga hari tu. Malahan, ada jugak yang pergi ke zoo negara.. Musim hujan ni binatang kat zoo tu semua tidur laa.. Buaya yang suka berendam tu pun tidur jugak kot.. kehkehkeh...

Sebelum sampai ke Bentong dan Genting Sempah tu, aku dapat melihat dua kemalangan. Yang pertama tu, sebuah lori tangki yang remuk bahagian hadapannya. Mungkin lori tangki tu terbabas sebab badan lori tu dah berada di tepi ladang sawit. 

Tidak lama selepas tu, ada satu lagi kemalangan. Kali ni kemalangan maut yang membabitkan sebuah motor dengan kereta, kot.. Mulanya aku takut jugak nak tengok, siap cakap kat mak aku, mak jangan tengok la mak.. Tapi bila dah lalu kat sebelah tu, aku jeling-jeling jugak la. Ternampak la keadaan motor yang dah terpele'ot kat tepi jalan. Lepas tu mangsa yang maut tu sudahpun ditutup dengan plastik hitam untuk menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam land rover polis yang mengambil statement.. Ada enam orang polis kat situ termasuk seorang polis wanita. Tak pasti pulak mangsa tu bangsa apa. Jika beliau seorang Muslim, al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah... Sampai sekarang aku masih lagi terbayang-bayang mayat yang terbujur kat tepi jalan tu... T__T

Sebelum sampai ke Nilai, ada dua lagi kemalangan. Aku nampak kereta yang kemek je. Mungkin terbabas sebab memandu laju ataupun tersondol bontot kereta di hadapan. Melihat keadaan begini, maka mulut aku dengan mak aku tak henti-henti cakap kat anak buah yang memandu tu.. Tak payah laju-laju bang, bukannya kita nak kejar apapun... 

Akhirnya, kami selamat tiba di rumah kakak aku dalam pukul 7.45 malam. Agak terlewat dari jadual gara-gara hujan yang berterusan, silih berganti. Tak kisah la lewat, asalkan selamat, kan...


Sempat merakam hujan yang turun.. :)

p/s: Sentiasalah memandu dengan berhemah. Pandu cermat, jiwa selamat.. Insyaallah....

Friday, November 25, 2011

Frankly Friday #1: Apa ada pada nama...

Assalamualaikum...


Frankly Friday #1: Apa ada pada nama...



 Nama kita mungkin sama.. Namun hati kita berbeza... :)


Saja je letak Frankly Friday tu... Maklum la, hari ni kan hari Jumaat... Be frankly with each others... :D



p/s: And, to be frank, aku baru je belasah meggi kari letup yang tak berapa nak meletup ni... hahaha.. Banyak sayur but I like... :)


Thursday, November 24, 2011

To lol.. Apa ni..??

Assalamualaikum....


To lol.. Apa ni..??


Dulu, sewaktu aku mula-mula melayari dunia IT ni, selalu sangat aku nampak perkataan lol ni berlegar di mana-mana. Masa tu, apa yang aku fikirkan ialah orang yang menulis lol tu seorang yang agak kurang ajar. Kenapa tau..? Sebab dia sesuka hati je cakap orang to lol. Macam la dia seorang aje yang cerdik, nak cakap orang lain to lol


Disebabkan tak puas hati bercampur geram dek perkataan lol tu, maka akupun berbaik-baik la dengan atok gugel.. Aku tanya kat atok tu secara sopan santun apa maksud lol tu... Ye la, buatnya aku tanya lol tu secara drastik, takut terpengsan pulak atok gugel tu, kan.. Kang dia ingat aku kata dia to lol.. Tu yang kena tanya secara berhemah tu... kehkehkeh...


Akhirnya, dapat jugak aku jawapan mengenai singkatan lol tu. Rupa-rupanya lol tu bukan bermaksud to lol. Bukannya orang tu nak kata kita ni to lol. Aku ingatkan lol tu singkatan dari perkataan to lol... Rupanya aku yang silap mentafsir. Maafkan aku.. huhuhu...  Maksud lol yang sebenarnya ialah laugh out loud. Kalau ditransformasikan dalam bahasa kita, maksud dia ialah ketawa berdekah-dekah. Kalau nak lagi mudah faham menurut kamus budak-budak zaman sekarang ni, lol tu adalah ketawa sampai tak hengat doniaaa... hahaha...

Ni menangis ke meroyan ni...? Ehehh....


Banyak jenis lol yang boleh ditransform-kan samada melalui gambar ataupun pelbagai jenis tulisan serta smiley emoticons. Tapi, aku selalu gunakan simbol :)) ni je.. Kadang-kadang aku buat simbol camni (:)))))>< .. Entah betul entah tidak, aku main hentam je.. haha..

Kah.. Kah.. Kah.... 

Rasanya macam tak sesuai pula nak tulis lol tu sendiri, sebab takut ada orang lain yang tak faham maksud lol tu sebagaimana aku dulu. Oleh itu, sebelum ada orang yang terasa dengan lol tu, baik jangan gunakan sebab bukan semua orang yang tahu akan benda-benda macam ni.. Lain la kalau budak-budak muda sekarang ni. Dorang memang arif sangat pasal simbol-simbol ni... Oopppsss...!!!

p/s: lol mengikut versi dan persepsi aku membawa maksud love or leave.. Boleh pulak main ubah-ubah... Sukahati laa... hehehe..

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #19: Stok untuk setahun.. kehkehkeh...

Assalamualaikum....

Wordless Wednesday #19: Stok untuk setahun.. kehkehkeh...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
V
V
V



p/s: Kali ni betul-betul wordless... ahakkk...

Tuesday, November 22, 2011

Kok ya pun nak buat provokasi...

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak buat provokasi...


Janganlah sampai nak jatuhkan semangat orang lain menyokong negara sendiri, Malaysia.. Seluruh rakyat mendoakan kejayaan Malaysia, tak kira walau di mana mereka berada, tapi awak..?? Berpada-padalah sikit... 


Melampau betul... Menghalang pemandangan aku nak tengok tv sebab aku tak layan dia.. Caaiittt...


Rasakan.. Kan dah kena sepuk.... Tu baru sikit tu... 


Merajuk sampai terlelap.. Ke buat-buat lelap, tak tau la mana satu... hahaha...


Awek Indonesia yang tetap cun walaupun kecewa... Adat bertanding, begitulah.. Ada menang kalah..


Saat yang mendebarkan tatkala menonton perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Seakan mahu tercabut jantung aku.. Apatah lagi keadaan jantung para pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan keseluruhan team di belakang tabir.. Syabas, kerana anda semua telah berjaya menempa sejarah.. Semoga kalian semakin maju dan terus maju demi maruah negara tercinta, Malaysia..


TAHNIAH MALAYSIA...!!!
TAHNIAH HARIMAU MUDA...!!!
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG DAN MENDOAKAN...
ALHAMDULILLAH..


Amin.... Akhirnya berjaya jugak menggapai impian... 


p/s: Kucing yang kacau aku tengok tv tu pon aku marah.. Inikan pula manusia yang sengaja buat provokasi tanpa motif.. Lebih baik menjauhkan diri buat seketika... Nanti makin melarat.. Fuuhhh..!!!

Antara untung dan menyesal...

Assalamualaikum...


Antara untung dan menyesal...


Untunglah kau... 
Dapat suami/isteri anak orang kaya...

 -- Jangan pernah menyesal jika punya suami/isteri yang tak punya apa-apa --


Untunglah kau...
Gaji suami/isteri kau banyak giler...

-- Jangan pernah menyesal jika gaji suami/isterimu sedikit cuma --


Untunglah kau...
Rumah kau gempak macam istana...

-- Jangan pernah menyesal walau tinggal di rumah buruk --


Untunglah kau...
Sebab dah ada pakwe/makwe...

-- Jangan pernah menyesal jika masih lagi sendirian --


Untunglah kau...
Dapat sambung belajar kat U...

-- Jangan pernah menyesal jika hajatmu tidak kesampaian --


Untunglah kau...
Ramai yang syok kat engkau...

-- Jangan pernah menyesal jika tiada yang suka padamu --


Untunglah kau...
Dapat beli kereta mahal-mahal... Jeles aku tengok..

-- Jangan pernah menyesal walau harta cuma basikal tua --


Untunglah kau...
Punya suami yang warak, yang boleh membimbing ke jalan yang baik...

>> >>> Menyesal aku kawen dengan dia, apapun tak boleh <<<<<


Adehh...
Macam ni punya jawapan-pun ada jugak rupanya... 
Sadis oooo sadis....




Monday, November 21, 2011

Sesat di Kuala Lumpur.. =.='

Assalamualaikum...

Sesat di Kuala Lumpur.. =.='

Ehehh... Jangan la gelak dulu.. Siye ke kawe.. Doh la sesak baghak, keno gelok pulok... huhuhu...

Ni kisah sebenar yang berlaku kat aku sewaktu dalam perjalanan balik dari menghadiri majlis kenduri kawen anak sepupu kat perkarangan masjid kariah Rasah Jaya, dua kali Sabtu lepas.. (asyik tertunda je entry ni... kehh3..)

Masjid Kariah Rasah Jaya..


Aku sampai paling awal antara sedara mara dan berada kat situ sampai pukul tiga lebih. Pukul tiga tu dah ramai tetamu yang balik tapi aku dan beberapa orang kaum kerabat aku masih lagi berada kat situ sebab nak tunggu abang ngah aku sampai dari Melaka. Kebetulan, anak buah isteri diapun melangsungkan persandingan pada hari yang sama. Dalam masa yang sama jugak, ada pokok tumbang kat atas jalan dan mengakibatkan jalan jammed. Tu yang dia lewat sampai tu.. Pokok tu pun tak sabar-sabar, nak jugak tumbang pada hari yang sama.. Kok ya pun nak tumbang, tunggu la hari lain, ya tak..? Ehehh...


Meriah dengan kehadiran sanak saudara, sepupu sepapat, kaum kerabat termasuk DJ SinarFM tu... :D


Tak lama lepas abang ngah aku tu sampai dan berbual-bual sekejap, maka akupun balik la. Dalam perjalanan balik tu, mak aku cakap dia nak singgah kat Tesco Ampang sebab nak beli buah anggur untuk abang aku yang tinggal kat rumah. Anggur kat situ murah jika nak dibandingkan dengan tempat aku ni.. Sekali ganda harga dia. Kebetulan memang laluan tu laluan utama untuk kami, tu yang selalu singgah tu.. Bak kata pepatah dulu-dulu, sambil menyelam minum air.. Kalau tak lalu ikut situ, jangan harap la nak melencong ke situ...

Dari jauh dah nampak dah Petronas tempat laluan masuk ke Tesco tu. Entah macam mana, abang aku boleh pulak terlajak sikit ke depan. Mana boleh main undur-undur dah, kan.. Lagipun jalan nak masuk kat Petronas tu menegak sangat, tu yang tak perasan jalan tu. Namun, diteruskan jugak perjalanan dengan mengikuti jalan masuk ke Kampung Pandan pula. Kebetulan jugak, ada pasar malam ke, apa tah kat laluan masuk tu dan tak dapat la nak ikut jalan tu...

Lantas, abang aku ikut pula jalan lagi satu kat depan tu. Bila dah sampai ke penghujung jalan, dah tak nampak dah lorong untuk ke Tesco tu. Ahh sudah.. Aku lagi la tak tau celah mana nak masuk.. Abang aku terus jugak memandu hingga terus terpesong masuk ke Taman Melati (kalau tak silap la...) hahaha... Masa ni abang aku tak gunakan GPS lagi.. Lepas tu, barulah dia aktifkan GPS dan bermulalah episod ronda-ronda atas jalanraya di sekitar bandaraya sehinggalah kereta abang aku memasuki kawasan jalan Bukit Bintang... muahahaha...

Gilo punyo kojo, kata abang aku sebab terpaksa masuk jalan yang sibuk tu. Nak tak nak, terpaksa la redah jugak. Aku tak kisahpun sesat camni sebab sekurang-kurangnya dapat jugak aku tengok mana-mana tempat or bangunan yang tak pernah aku tengok.. Panjang leher aku tengok kiri kanan jalan.. Seronok.. hehehehe.. Tapi kakak ipar aku dok bising jugak la sebab dia kata sepatutnya dah dekat nak sampai rumah dah.. hahaha... Masa lalu kat Lot 10 tu, aku bagitau kat kakak ipar aku tu, ni la dia Lot 10.. Aku tau la jugak Lot 10 tu kat mana sebab dah tiga empat kali pergi situ.. Takde la kampung sangat aku ni.., kan... :P

Aku cakap jugak la kat abang aku yang dia kena cari Jalan Pahang sebab aku dulu selalu naik bas lalu kat jalan tu.. Akhirnya jumpa la bulatan Pahang dan lepas tu dah tau dah jalan mana nak ikut.. Best sangat sebab dapat ikut jalan yang tak pernah kita ikut, ya tak.. Dulu masa naik bas, lalu kat sebelah pos opis Setapak tu. Asal lalu je kat situ, terus teringat cerita Masam-masam Manis P.Ramlee tu tapi sekarang terus naik ikut jalan atas.. Dah tak perasan dah kat mana pos opis tu. Ni merupakan kali pertama aku lalu ikut jalan atas tu.. Ketinggalan sungguh... hehehe..

Aku sampai rumah dalam pukul tujuh lebih.. Kalau tak sesat tu, mungkin dalam pukul 6 lebih dah sampai dah. Tak kisah la, janji selamat sampai. Itu yang utama.. Biar lambat asalkan selamat.. Jauh perjalanan, luas pemandangan.. Tak dapat beli anggurpun tak apa laa... muahahahaha....

p/s: Sesat jumpa jalan balik takpe.. Jangan sesat sampai tak jumpa jalan pulang dah la... :D

Sunday, November 20, 2011

So Noisy... Where is your mummy...??

Assalamualaikum...

So Noisy... Where is your mummy...??



Ni kurang sikit bingit dia.. Lepas je habis rakaman ni, lagi kuat dorang menangis... Adehhh.. Sabar je la..


Serius, kepala aku sakit bila dengar bunyi anak-anak kucing ni menangis. Bingit sangat sebab suara dorang nyaring gila.. Ibu dorang ni boleh buat bodoh je dengan anak dia.. Kalau dah tak tau nak jaga anak, jangan la nak menggatal dengan jantan..!!! Rasa macam nak pelangkung je ibu dorang ni.. Geram sungguh haaiihh...

Dah malas dah nak bela kucing.. Cukup la dengan apa yang ada ni.. Anak ko, pandai ko la jaga... Aku dah penat.. Penat dengan bebelan orang dalam rumah ni.. Penat dengan potpetpotpet jiran sekeliling lagi.. So noisy la dorang ni.. Nak aku buang terasa sayang lak, tak sampai rasanya dihati.. So, tadah je la telinga dengan semua alunan suara yang mendatang... :-)

Aku ni cakap je malas nak bela kucing.. Tapi bila ada kucing yang datang, aku bagi makan jugak.. Lama-lama makin bertambah kucing kat rumah ni...

********************************

Menjelang waktu Maghrib tu...

Akhirnya, ada jugak sekor kucing yang sanggup jadi ibu tumpang untuk kittens ni. Mula-mula tu dia macam tak nak je. Dia keraskan badan dia. Pastu aku gosok-gosok kepala dia, cakap perlahan-lahan kat dia, kiranya macam pujuk dia la.. But seriously, masa ni air mata aku dah bergenang dah.. Kalau la si ibu tumpang ni menolak, apa lagi ikhtiar aku.. Tak sanggup rasanya aku nak ambil alih jadi ibu kittens ni. 

Tau tak siapa si ibu tumpang tu..? Dia ialah nenek kepada kittens ni.. Entah nenek ke, entah moyang ke, tak pasti lak.. Yang aku tau, walaupun dia dah tua, tapi kerja dia asyik beranak je.. Sekarang ni dah aman dah sebab kittens tu si nenek yang jaga dan nyusukan. Harap-harap susu badan dia ada lagi... huhuhu..

Aku siap belikan susu tepung untuk kittens tu. Nampak gayanya, kena la bagi susu tepung tu kat nenek dorang.. hahahaha...

p/s: Yang muda asyik melaram... Yang tua pulak asyik jadi tukang jaga anak dorang... Mujur si tua tu nak jaga.. Kalau dia tak nak, apo nak di kato...

Saturday, November 19, 2011

Dah mula mencelah... Eeeiii, geram je tengok... Pheewww...!!!

Assalamualaikum..

Dah mula mencelah... Eeeiii, geram je tengok... Pheewww...!!!

Pokok rambutan kat keliling rumah aku dah mula mencelah dah buah dia. Warna kuning dan merah dah mula menggoda mata untuk memandangnya. Manakala tangan ni geram je tengok. Kalau dah geram, takkan nak duduk diam je, kan.. Sudah tentu ada yang akan menjadi mangsa... Kalau tak, sia-sia je menyimpan perasaan geram tu.. ahahaha...

Dapat dah tangkap dia... Geram punya pasal.. ahaha... Tapi dapat ambil yang rendah je.. Yang setangkai besar tu bagi dia masak dulu. Ni kalau betul-betul ranum ni, mencieh manih ehh... hehe..


Ni lagi satu.. Geram je tengok.. Kembang dengan mekar dan besar... Cantik... 


Yang setongkol ni aku tak dapat nak ambil.. Nak kena panjat atas kerusi dulu kot.. Tak kan aku nak panjat pokok ni pulak.. Kang abeh bergegar bumi kalau aku jatuh... hahaha...


Musim buah sudah kembali.. Ni je pun buah yang ada kat rumah aku selain dari buah jambu air yang tak bermakan, buah betik yang tinggi melangit pokok dia - jatuh berdebuk, berkejar ayam datang mematuk dan buah kelapa yang banyak kegunaannya.. Tu kira rezeki untuk ayam, burung, semut dengan tupai dan lain-lain la, kan.. Pahala jugak tu.. :-)

p/s: Kat rumah korang macam mana lak? Dah mula mencelah ke buah-buah ni..? Takut jugak nak makan banyak-banyak. Takut batuk non-stop je.. Dah la musim hujan ni.. Kang asyik menulet je... hahaha....

**mencieh manih ehh... = tersangat manis sampai meleleh-leleh air dia...

Friday, November 18, 2011

Ajakan yang mendapat ganjaran..

Assalamualaikum...

Ajakan yang mendapat ganjaran..


Masjid Bentong.. Gambar kredit kat aku sendiri.. :)


p/s: Ajakan yang baik, dapat ganjaran baik.. Ajakan yang tak baik, dapat ganjaran tak baik.. Ajak-ajak ayam, dapat ganjaran tak..??

Thursday, November 17, 2011

Mari belajar Bahasa Thailand..

Assalamualaikum...

Mari belajar Bahasa Thailand..


Aku suka tengok drama bersiri Thailand. Antaranya ialah drama cinta yang tak kesampaian ni. Walaupun tak faham, namun aku tengok jugak sampai habis siri tu.. Malah, berulang-ulang kali aku tengok kat Youtube.. Terima kasih kat Noona sebab bagi link ni masa chit-chat sekejap tadi.. Secara tak langsung, mengingatkan aku kepada siri berhantu ni... huhuhu...



Sadis betul ending dia... sobbss...



Lepas je tengok semula siri tu, terus aku google. Konon-kononnya nak belajar bahasa Thailand ni la. 😜😜😜Ingat senang ke? Memang la susah. Belajar mana-mana yang perlu dulu okay kot.. 


Jom kita tengok apa yang aku jumpa setakat ni. Kalau ada yang nak menambah, okay jugak. Sharing is caring, kan... 😁😁😁




The word "sawaddee" is like "Ciao" in Italian. We use it to say both hello and goodbye. For example, to say hello in a very polite way, a male speaker can say "Sawaddee krub" and a female speaker can say "Sawaddee ka".





No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.



p/s: Okay la.. Ni je yang mampu aku kongsi kat sini.. 
.

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #18: Angsa kaler PINK... :D

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #18: Angsa kaler PINK... :D
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Alolololo... Soooo cute.. :P

p/s: Maintain tonggek walaupun tutup aurat... Leher tak boleh nak tutup sebab nanti susah nak sembelih kat situ.. :D

Tuesday, November 15, 2011

Mia Sara buat muffin bersama Chef Wan...

Assalamualaikum...

Mia Sara buat muffin bersama Chef Wan...

Sedikit rakaman yang sempat aku rakam dari program Apa Chef yang dihostkan oleh jiran kampung sebelah... ecehhh... Bila dah ada nama, semua nak mengaku jiran la, sedara sekampung la, kawan baik masa sekolah rendah la dan bla bla bla walaupun tak tau mana kampung orang tu... :)


Maaf atas kualiti video yang tak mantop.. Faham-faham je la kalau gunakan kamera enpon buruk aku ni.. Ditambah lagi dengan kaler tv aku yang dah lari.. Satu kombinasi yang terbaik laa... hahaha...


Apa yang penting, ada resepi muffin kat situ. Resepi dari Chef Wan tu.. Rugi siapa yang tak cuba resepi ni.. Mehh aku salin balik resepi tu. Mana la tau kot ada pulak yang berkenan nak mencubanya.. 

Tapi, buat masa ni aku dah givap nak buat muffin gara-gara raya haji hari tu muffin yang aku buat bantat.. Dua-dua adunan pulak yang bantat tu.. Dah macam cekodok pisang dah rasa muffin tu.. Aku makan sikit je pastu terus campak kat ayam... huhuhu.... Korang aje la yang buat muffin resepi Chef Wan ni dulu ehh...

APPLE PECAN MUFFINS

Bahan-bahannya:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik 
1/2 sudu serbuk kayu manis
Secubit garam
1 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar jus lemon
1 sudu esen vanilla
1 sudu hirisan kulit lemon
3 biji epal hijau dikupas dan dipotong dadu/kecil
1/2 cawan kacang pecan cincang untuk hiasan

Cara-caranya:

1- Gaul tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama gula, minyak jagung, esen vanilla dan hirisan kulit lemon.
3- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
4- Masukkan epal hijau dan sebahagian kacang pecan cincang ke dalam bancuhan muffin.
5- Tuang bancuhan ke dalam kertas muffin/papercup dan susun.letak atas dulang pembakar.
6- Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 175 C.


Petah betul si comel Mia Sara tu... Berani pulak tu dengan kamera... Kecil-kecil lagi dah ada income sendiri... 

p/s: Kacang pecan tu kacang apa ehh...? Korang gugel la sendiri.. Malas pulak aku nak tanya atok gugel tu... ehehh... Adakah kacang pecan tu kacang walnut.. 

Monday, November 14, 2011

Selamat berjuang semua...

Assalamualaikum...

Selamat berjuang semua...


Ya Allah, Kau permudahkanlah anak-anak buah aku yang berdua itu untuk menjawab kertas SPM mereka yang bermula hari ini.. Kau berilah mereka ketenangan dalam menghadapi saat sukar itu.. Kau tunjukkanlah mereka jalan yang lurus agar mereka tidak tersesat... Kau berkatilah perjuangan mereka Ya Allah... Amin3...

**********************

Aku memang tak pandai nak bagi nasihat secara direct kat dorang sebab aku mudah sangat sebak jika nak bagi nasihat secara berdepan ni. Sebab tu aku selalu pantau page fb anak-anak buah aku. Kalau ada yang tak enak di mata aku, akan aku komen kat situ terutama sekali yang berumur 18 tahun dan ke bawah ni... Tapi bukan selalu, sesekali je jika terpaksa.. Kalau selalu sangat takut nanti dorang remove aku lak.. :P

Manakala yang dah masuk U tu, aku tengok camtu je.. Dorang dah dewasa, pandai-pandai la fikir mana yang baik dan mana yang buruk.. Sesia je masuk U kalau tak boleh nak bezakan mana yang elok untuk diri sendiri... Nak tegur lebih-lebihpun tak boleh jugak sebab aku tak pernah belajar kat U.. So, aku kena la sedar diri kalau nak tegur golongan bijak pandai ni.. huhuhu....

Kepada semua calon SPM, semoga anda berjaya menjawab soalan dengan tenang... Jangan kalut-kalut naa.... Yakin boleh okay... Jangan lupa bawa Kad Pengenalan macam aku dulu... =.='

p/s: Hepi besdei untuk adik aku jugak.. Moga rezeki dia sekeluarga semakin murah.. Amin3..

Friday, November 11, 2011

5S yang menggamit memori...

Assalamualaikum...

5S yang menggamit memori...

Seiri:
Penyelenggaraan barangan (Mengasingkan barang-barang tersebut)...

Seiton:
Penyusunan barangan...

Seiso:
Kebersihan...

Seiketsu:
Kerapian...

Shitsuke:
Mendisiplinkan diri...


Kenapa tiba-tiba je keluar 5S ni ehh... 
Entah la labu.... :P

Semalam, seharian aku dok mengemas rumah. Biasalah kan, lepas cuti raya ni mesti rumah bersepah punya. Tak boleh nak control dah.. Dalam pada mengemas tu, aku terjumpa la segala macam nota aku masa aku belajar dan bekerja dulu. Habis semua cucu cicit cuit nota tu yang aku jumpa... hikk...

Sebenarnya, aku dok ubah satu kabinet ni. Kat dalam kabinet tu memang semuanya barang kepunyaan aku yang merangkumi nota, buku dan majalah serta buku resepi. Sian kat buku resepi tu.. Dah habis kena garit kat semua bucu buku tu..

Sambil mengemas sambil selongkar apa yang ada kat dalam kotak ataupun beg plastik tu. Kain percapun ada jugak kat situ... Ishh.. Ishh.. Ishh... Semua dok sumbat kat situ. Takpe kot, janji tak nampak serabut di mata... hehehe...

Selongkar punya selongkar, aku terjumpa balik cerpen yang telah aku karang suatu ketika dulu.. Lepas tu baca la balik cerpen aku tu.. Malunya la haiihh bila baca semula... Ingat nak kongsi kat blog ni, tapi tak jadi la... Maybe nex time aku share.. Yang nyata, watak utama kat dalam cerpen tu ialah Arnida dan Arman.. Entah siapa la dorang berdua ni.. Main hentam je letak nama.. kehkehkeh...

Terjumpa jugak gambar anak buah aku masa dia kecil dulu. Waktu ni cuma dia sorang je cucu mak abah aku.  Masa tu kitorang pergi Zoo Negara.. Dan itulah kali pertama dan terakhir aku pergi melawat kawan-kawan aku kat sana.. 

Yang sadisnya, aku terjumpa jugak sekeping surat kiriman adik aku. Masa tu dia baru je sambung belajar kat Kingston University.. Masih elok lagi surat tu walaupun dah lama sangat dah tersimpan.. Sambil-sambil baca tu, bergenang jugak airmata aku.. huhu... Mana taknya, dia kata tiga hari dia tak makan nasi sebab tak jumpa beras. Pastu dia dengan kawan-kawan dia pergi Malaysia student department (Malaysian Hall kott...)  semata-mata nak makan nasi... hahaha.. Sampai camtu sekali... Sian adik den... =.='

Alamat masa aku kat Johor dulu... :-)


Dia kata dia selalu beli ayam je sebab ayam murah berbanding ikan. Macam-macam jenis masakan yang dorang cuba dengan ayam tu. Adik aku ni boleh memasak sebab masa dia tunggu SPM dulu, dia selalu main masak-masak dengan kawan-kawan dia kat belakang rumah. Kadang-kadang dorang panggang ikan cencaru. Tapi aku tak pernah merasa. Aku selalu jdi tukang kemas je... haha... Yang buat aku gelak ialah bila dia kata yang dia pergi London dan makan cendol kat situ. Tak tau la cendol tu siapa yang buat. Masa kat Malaysia tak nak makan. Sampai sana semua nak makan, katanya.... huhuhu...

Banyak lagi nak cerita ni. Dah namanya menggamit memori, mesti la banyak cerita dia, kan... Cerita selebihnya tu lain kali je la ya. Malas pulak rasanya nak menaip panjang-panjang. Nanti korang skip baca... Betul tak...? Teetttttt...!!!

p/s: Bagus jugak sistem 5S ni kan... Sebenarnya, memang bagus jika kita amalkan sistem 5S ni seperti yang digunakan oleh kebanyakan syarikat Jepun.. Aku dulu kerja dengan kilang Jepun + China Singapura... Kecil je kilang tempat aku kerja tu. Kerja aku cikai je, tak macam kerja korang yang gempak-gempak tu... 

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #17: Kalau dah kering dan layu, tiada siapa yang sudi...

Assalamualaikum...


Wordless Wednesday #17: Kalau dah kering dan layu, tiada siapa yang sudi...
:
:
:
:
:
Hanya mampu melihat.. Namun tidak bernafsu untuk menjamah....
:
:
:
:
:
Apakan daya, sudah begitu suratan nasib dirinya...
:
:
:
:
:
V
Satu kerugian bagi pencinta buah ini seperti aku... huhuhu...


p/s: Buah apakah itu dan kenapa dia jadi begitu...? Cuba teka.. heeee....

Sunday, November 6, 2011

Menu wajib masa raya...

Assalamualaikum..

Menu wajib masa raya...

Menu wajib dalam keluarga aku masa raya samada raya puasa ataupun raya haji kecuali raya deepavali adalah lemang, rendang dan sup gearbox.. Kalau salah satu daripadanya takde, macam tak lengkap je raya terutama sekali raya puasa la. Mau meraung kalau semua ni takde... Banyak atau sikit, belakang kira.. Janji ada... :D

Raya haji kali ni kalau ikutkan memang tak nak buat lemang sebab hari hujan sokmo. Tapi, abang aku yang cikgu tu dah siap belikan buluh lemang berserta dengan daun pisangnya sekali. Lantas, mak akupun cakap la kat aku, kono buek jugak la lomang ni. Bang Lang kau dah siap boli buluh dah.. Daun pisangpun ado..

Apa lagi alasan yang ada untuk tidak membuatnya, kan... Maka, kami yang ada kat rumah ni pun bergabung la tenaga bagi menjayakan misi. Mak akupun tak terkecuali. Dah la dia macam nak pitam je sebab takde selera nak makan, tapi nak jugak buat kerja. Risau agaknya sebab tengok hari dah petang dah tapi lemang belum lagi dibakar.. Aku siapkan sup gearbox dengan rendang dulu. Dah setel kedua-duanya, baru mula buat lemang ni.. Mana yang leceh dan agak susah tu kena buat last sekali..

Dalam keadaan sekejap hujan, sekejap berhenti, terpaksa pulak buat atap tambahan untuk cover api tu dari basah. Mujurlah otak aku masih berfungsi dengan baik untuk segera berfikir mencari idea.. Syukur alhamdulillah sebab belum lagi sewel.. Amin3.. Dan syukur jugak sebab abang dan anak buah aku tu pantas mengikut arahan... :-)

Api, tugas abang aku untuk nyalakan dia.. Kayu api, tugas dorang berdua hangkut bawak naik ke atas.. 

Kali ni tugas mengisi daun pisang ke dalam buluh menjadi tugas aku sepenuhnya tanpa pengawasan dari mak aku. Siyesli, pada mulanya aku terkial-kial mencari rentak. Tak tau macam mana cara yang betul untuk masukkan daun tu walaupun dah selalu tengok mak aku buat. Kalau dulu pandai cakap je.. Sekarang padan muka, kena buat sendiri.. Baru tau macam mana susahnya.. hahaha... Asal masuk je, daun tu terkoyak. Dah mula nak givap dah ni. Tapi bila difikirkan semua benda dah sedia ada, tak kan aku nak berhenti macam tu je , kan... Syukur sebab tahap kesabaran aku tinggi masa buat semua kerja ni... :P

Akhirnya, berjaya jugak aku menghabiskan tugas paling mencabar ni.. hahaha... Malahan, mana-mana daun yang kurang elok yang dah diisi kat dalam buluh tu, aku keluarkan balik semula dan gantikan dengan daun yang baru. Betapa gigihnya aku berusaha... Silalah ikuti usaha kegigihan aku ni ya... kehkehkeh....

Ada 14 batang lemang saiz sederhana berjaya dibakar...


Inilah lemang yang 'kami' buat. Tengok la daun pisang yang terkucil tu.. hehehe... Lemang ni kurang padat sikit sebab kurang hentakan.. Abang aku kata tak ketuk.. Ada ke hentak lemang tu dia kata ketuk.. hahaha...


As usual, sup gearbox ni aku yang buat.. Tapi aku tak makanpun sebab takut pitam. Apatah lagi nak sentuh isi kat dalam tulang yang menjadi rebutan tu... Sedap ke, tak sedap ke, itu kena tanya tukang makan...

Lepas je siap susun lemang tu, aku mintak tolong anak buah yang darjah lima tu picitkan betis aku. Rasa macam tak boleh nak berjalan dah sebab seharian dari lepas subuh sampai ke malam dok ulang alik dari dapur ke luar.. Aku cakap nanti aku belikan aiskrim kalau dia urut kaki aku. Tadi dia mintak aiskrim tu dan aku bagi dia dua hengget...

p/s: Hari ni aku tak masak..  Makanan masih ada lagi kat dapur tu. Budak-budak pulak leka main game je.. Masing-masing bawak laptop balik.. Dorang ni kenyang main game dari kenyang makan.. huhuhu... Aku lak kenyang makan lemang je.. Balas dendam sebab raya puasa hari tu tak puas makan lemang... hehe..

Saturday, November 5, 2011

Mood baik datang lagi.. kehkehkeh...

Assalamualaikum...

Mood baik datang lagi.. kehkehkeh...

Esok dah raya dah iaitu aya korban atau disebut juga sebagai hari raya aidil 'adha. Memandangkan takde sumbangan kuih raya untuk raya korban ni, maka, aku rajinkan diri untuk buat sejenis dua biskut raya. Bukan apa, kesian kat anak-anak buah yang kecil ni haa.. Dorang mana tau nak bezakan raya puasa dengan raya haji ni.. Yang dorang tau, asal raya je mesti ada kuih raya dan duit raya.. huhuhu...

Duit raya..?? Kalau setakat nak bagi sorang singgit untuk anak-anak buah cilik aku ni takde hal punya la.. Budak-budak yang belum akil baligh ni tak sampai sepuluh orangpun. Jangan dorang demand dah la.. Kang langsung aku tak bagi satu sen pun... hahaha...

Ikut suka aku je nak letak apa kat atas tu... :P

Aku cuba buat biskut badam ni.. Main hentam je menerap. Tebal nipis belakang kira. Tapi, tengok gaya macam nipis je biskut tu.. Tak pandai aku nak meng-ejas ketebalan yang sesuai untuk menerap ni.. Nama je biskut badam sebab aku letak serbuk badam dalam adunan tu. Sepatutnya kena letak hiasan badam cincang kat atasnya tapi aku letak kuaci la pulak. Badam cincang tu ada, tapi aku nak buat biskut coklat chips.. Dah plan dah ni... hehehe...



Lepas tu, aku sumbatkan cornflakes yang digaul dengan madu dan butter cair ni kat dalam crust/kulit untuk bluberry cheese tart ni. Malas pulak aku nak isi dengan cream cheese. Kebetulan cornflakes stok raya puasa dulu belum terusik lagi. Tu yang aku main bedal je tu.. Manakala kulit tart tu lebihan raya puasa hari tu jugak yang anak buah aku bawak balik sini. Ada sikit je lebihan kulit tu..



Ni kalau budak-budak cilik tu yang makan, tak sampai setengah jam dah selamat dah agaknya... Tak kisah la kan, janji dorang makan dan bukannya dorang buang dalam longkang.. Kalau buang tu maknanya tak sedap la tu... ngehngehngeh...

Akupun cuma makan sebiji je sekadar merasa. Sanggup tinggalkan untuk budak-budak ni balik nanti.. 



Dan, aku baru je selesai buat biskut coklat chip ni... Macam biasa, buat dua adunan tapi dapat ciput je... huhuhu... Sekali pandang macam cokodok je kan... hehehe...

Sedap.. Rangup je.. 
(Sendiri buat, sendiri makan, sendiri puji sedap... kehkehkeh....)


Sempena kedatangan hari raya korban ni, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Aidil 'Adha kepada semua kawan-kawan followers + bloggers + stalkers dan semua umat Islam walau di mana anda berada.. Maaf zahir dan bathin yang aku pinta.. 

Semoga kakak aku dan suaminya serta seluruh jemaah haji yang lainnya sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sebaik mungkin.. Semoga mereka semua kembali dengan selamat.. 

p/s: Doakan sama kesejahteraan mereka ya kawan-kawan.. Amin...

Friday, November 4, 2011

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Assalamualaikum...

Betapa beratnya menggalas tanggungjawab itu...

Ini adalah komen yang masuk kat entry aku yang ini... Dah agak lama jugak komen ni berada kat situ.. Macam mana la aku boleh terlepas pandang.. Disebabkan itu, maka aku panjangkan komen tersebut kat blog ini dengan harapan agar ada yang prihatin dan simpati.. 


Semoga bantuan untuk Hairuman tidak terhenti di sini.. Semoga ada lagi hamba Allah yang prihatin untuk membantu beliau sebagaimana yang diharapkan oleh kakak beliau.. Semoga mereka semua semakin kuat dan tabah dalam mengharungi ujian Allah ini...

p/s: Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Memikul tugas dan menggalas tanggungjawab itu yang berat sebenarnya..

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #16: Mangkuk hayun betul laa... :D

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #16: Mangkuk hayun betul laa... :D


Apabila berhadapan dengan mangkuk hayun sebegini, apa reaksi awal anda..? 
:
:
:
:
:
Mahu mencari yang lain namun cuma itu je yang ada...
:
:
:
:
:
Kepunyaan awam pulak tu... ahahaha...
:
:
:
:
:
Dalam keadaan yang amat terdesak, tak boleh nak ditahan-tahan lagi dah...
:
:
:
:
:
Sanggupkah anda masuk dan duduk dengan tenang atas mangkuk hayun macam ni untuk melepaskan hajat yang sangat membuak-buak tu...
:
:
V
Mesti ada yang berjoget-joget sambil terkepit-kepit kat depan pintu ni dulu... hahaha...
Tutup mata weiiii...Laugh 


p/s: Terbantut mood nak melepaskan hajat yang besar tu gamaknya... ihikk...

Tuesday, November 1, 2011

Entry tertunggak.. hahaha...

Assalamualaikum..

Entry tertunggak.. hahaha...


Entry ni aku taip masa aku kat Nilai hari tu. Namun disebabkan takde mood nak berblogging masa tu, maka entry ni aku simpan dulu kat dalam draft. Ni baru je nak publish. Kiranya ni entry basi la.. Kalau nak baca, silakan.. Kalau tak nak baca, takde hal punya.. Biar aku sorang je yang baca... kehkehkeh..

It's been a week aku kat Nilai ni. Dah rasa macam mendap je otak aku ni haa... Mujurlah sehari lepas sampai sini aku pergi cuci mata kat Nilai 3. Mendapat la tiga keping tikar terbang dengan dua helai karpet murah. Murah-murahpun , mendap jugak la duit mak aku. Mendapat la si Pakistan penjual tikar terbang tu... Lepas beli tikar tu, terus je balik. Niat memang nak beli tikar, so, jangan melencong dari tujuan asal.. Bahaya kalau tersasar... ahahaha...

Then, tikar-tikar tu semua ikut abang aku balik ke rumah dulu sebab kereta kosong. Rupanya, kakak ipar akupun beli sehelai tikar terbang tu jugak. Masing-masing dah ada plan untuk penuhkan kereta yang kosong tu. Bijaknya kepala otak kitorang.. Selalunya asal nak beli tikar je, kereta penuh dengan orang dan barang. So, masa kereta takde penumpang ni la kasi sumbat dengan tikar-tikar ni... kehkehkeh...

Lepas tu, dari hari Isnin sampai Rabu aku duduk kat rumah kakak aku ni je. Boringnya Tuhan aje la yang tau. Kalau kat rumah sendiri, takde la boring sebab dah namanya rumah sendiri. Kat sini boringnya lain laa... Boring sebab apa tau..? Sebab kat sini takde kedai yang berdekatan. Kalau nak beli barang, mesti kena pergi pekan Nilai tu haa.. Jauh la jugak sebab kena naik kenderaan. Kalau kat rumah aku, bersepah-sepah kedai. Nak jalan kakipun boleh.. Ni tak, nak beli telur satu sarangpun kena pergi Mydin kat Nilai nun... Tak berbaloi rasanya... huhuhu..

Khamis, aku pergi Kuala Lumpur dengan dua orang anak buah aku. Memang dah plan nak pergi hari Khamis tu sebab takde la ramai sangat orang kat area jalan TAR tu nanti. Aku nak pergi cari tracksuit tapi tak jumpa lak. Lepas tu adik aku kirim belikan baju untuk anak dara dia. Tak jumpa tracksuit yang aku berkenan, aku beli pulak sebuah beg galas. Lepas tu, budak berdua tu masing-masing beli selipar. Penuh la beg baru aku tu dengan empat pasang selipar... huhuhu...


Penat berjalan, pergi penuhkan perut kat Sogo walaupun aku sebenarnya tak suka makan kat sini. Masuk ni dah tiga kali aku makan kat atas tu dan makanannya sangat la tidak sedap. Kali ni aku makan laksa penang yang masam bercampur manis. Semangkuk lima hengget. Tak sedap tapi mahal.. Lepas tu tergigit daun apa tah. Ingatkan daun kesum tapi rasa dia semacam je.. Mungkin daun pudina kot... Makan jugak la laksa tu sebab perut dah lapar. Kang kalau aku pengsan, siapa lak yang nak angkat... :P

Budak dua orang ni laju je makan.. Berlendir je kuah mee tu aku tengok... Idok la aku nak makan benda cenggini... 

Sebelum balik, beli sedikit buah tangan berupa makanan untuk orang yang tinggal kat rumah. Balik awal sebab tak nak bertembung dengan orang balik kerja. Itupun aku terpaksa berdiri dalam LRT dari Sogo tu sampai ke Bandar Tasik Selatan dan berdiri pulak dalam komuter dari situ sampai la ke Nilai. Krem kejung betis aku ni... gggrrrr....

Ohh ya, masa pergi tu, kitorang turun kat TBS dan jalan-jalan kat dalam tu sekejap. Kalau singgah situ masa balik nanti, konpem badan dan kaki dah penat. Tu yang singgah masa pergi tu sebab tangan masih lagi kosong takde barang. Tempat pertama yang dituju ialah tandas... hahaha.. Bila lagi nak lepaskan hajat kat tempat yang canggih ni, kan.. Tapi.... Tapi.... Tapi... Tandas dia punya la jauh nun di hujung sana... Kalau siapa yang sistem penahanan dia tak kuat, mau ada yang terburai kat tengah-tengah laluan tu... Terburai kentut takpe sebab tak kan ada yang dengar sebab laluan tu lengang je.. Jangan terburai isi perut dah la... huhuhu...

Siap ada kerusi meja kat tempat salin pampers baby tu.. Kalau ada wifi free, boleh berfesbuk kat situ... Para ibu kan suka berfesbuk.. :P


Tanda aku dah sampai kat sini.. ahakkk...

p/s: Lepas ni kalau turun Nilai lagi, aku nak pergi Port Dickson lak.. Tapi sekarang ni musim hujan.. Ombak mesti besar.. Takutttttt... huhuhu...

**TBS = Terminal Bersepadu Selatan = Stesen bas untuk ke selatan (Melaka - Johor - Singapura).