Pages

Saturday, November 19, 2011

Dah mula mencelah... Eeeiii, geram je tengok... Pheewww...!!!

Assalamualaikum..

Dah mula mencelah... Eeeiii, geram je tengok... Pheewww...!!!

Pokok rambutan kat keliling rumah aku dah mula mencelah dah buah dia. Warna kuning dan merah dah mula menggoda mata untuk memandangnya. Manakala tangan ni geram je tengok. Kalau dah geram, takkan nak duduk diam je, kan.. Sudah tentu ada yang akan menjadi mangsa... Kalau tak, sia-sia je menyimpan perasaan geram tu.. ahahaha...

Dapat dah tangkap dia... Geram punya pasal.. ahaha... Tapi dapat ambil yang rendah je.. Yang setangkai besar tu bagi dia masak dulu. Ni kalau betul-betul ranum ni, mencieh manih ehh... hehe..


Ni lagi satu.. Geram je tengok.. Kembang dengan mekar dan besar... Cantik... 


Yang setongkol ni aku tak dapat nak ambil.. Nak kena panjat atas kerusi dulu kot.. Tak kan aku nak panjat pokok ni pulak.. Kang abeh bergegar bumi kalau aku jatuh... hahaha...


Musim buah sudah kembali.. Ni je pun buah yang ada kat rumah aku selain dari buah jambu air yang tak bermakan, buah betik yang tinggi melangit pokok dia - jatuh berdebuk, berkejar ayam datang mematuk dan buah kelapa yang banyak kegunaannya.. Tu kira rezeki untuk ayam, burung, semut dengan tupai dan lain-lain la, kan.. Pahala jugak tu.. :-)

p/s: Kat rumah korang macam mana lak? Dah mula mencelah ke buah-buah ni..? Takut jugak nak makan banyak-banyak. Takut batuk non-stop je.. Dah la musim hujan ni.. Kang asyik menulet je... hahaha....

**mencieh manih ehh... = tersangat manis sampai meleleh-leleh air dia...

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak azz...
    wah rambutan gading..sedapnya..lama xmakan..ada kebun ke kak azz? ke satu dua pokok je?

    ReplyDelete
  2. ni lain mcm bakar line eh ni..hahaha..

    ReplyDelete
  3. rambutan dalam bahasa Jpon tau x?

    jawapan: rambutan :cool

    ReplyDelete
  4. rumah kite baru je habis musim mempelam/mangga..

    ReplyDelete
  5. azz..akak tak do pokok e..tengok sini baru tau dah musim rambutan.
    kalau poi pasar tani dah ado agak e orang jual ni.

    ReplyDelete
  6. Miss CT>

    Waalaikumussalam...

    Takde dusun.. Ni pokok kat keliling rumah ni.. Banyak jugak pokok rambutan yang ada.. Lebih dari 10 pokok ada ni...

    Rambutan gading ni kalau orang tak tahan, cepat je kena batuk... Sebab buah dia macam bergetah sikit walaupun masak..

    ReplyDelete
  7. Phat>

    Sojuk musim hujan ni.. Bagi la paneh sikit... Tu yang bakar line tu.. kehkehkeh...

    Kasi chance la sokali sokalo... kan... ahahaha...

    ReplyDelete
  8. kyo_9>

    Betul kan orang Jepon panggil rambutan jugak...

    Kalau manggis pun dorang panggil manggis gak, kann...

    :)

    Manggil paling mahal kat Jepon.. Betul tak..?

    ReplyDelete
  9. Aqmil Lambung>

    Sama la dengan rumah akak ni... Masih ada lagi dua tiga biji buah mangga yang masak.. Tapi mangga telur la, bukan mangga yang besar2 tu...

    ReplyDelete
  10. Kak Erna>

    Dah ado kott kek pasar... Buah bolum banyak lagi ni mesti hargo ehh mahal... Tunggu yoo la buah kek kampung tu masak kak... Tak payah nak boli2 dohh...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^