Assalamualaikum...
Buang lemak di Taman Awam Nilai.. :P
Petang kelmarin aku pergi ke Taman Awam Nilai ni dengan mak, kakak dan dua orang anak buah aku. Mulanya segan nak pergi sebab kakak aku tak ikut. Lepas tu, dia kata dia nak pergi sebab nak temankan anak dia yang nak berjogging kat situ. Tu yang aku ajak mak dengan anak sedara aku yang sorang lagi tu join sekali.. ;)
Taman Awam Nilai ni letaknya bertentangan dengan Pasar Awam Bandar Baru Nilai.. Nak kata betul-betul berhadapan tu, takde la sangat.. Kiranya sipi-sipi je kedua tempat ni bertentangan.. Orang yang duduk kat Nilai tentu tau tempat ni kot.. Kalau tak tau jugak, sila pindah pergi tempat lain... hahahaha...
Parking yang agak luas dan seekor penunggu yang buat aku terloncat-loncat dek kekejutan... hahaha..
Kemudahan seperti tandas yang selesa ada disediakan. Selesa sebab aku tengok dari luar macam luas je tandas tu.. Tahap kebersihan tandas ni aku tak pasti sebab aku tak sempat nak masuk.. kehkehkeh... Surau tu aku tak pasti ada ke tidak. Kalau ada tu, memang thumbs-up la kan.. Tapi kalau takde tu, kena la di-adakan jugak.. ADUN Nilai, sila ambil perhatian.. :-)
Aku pergi bukannya untuk berjogging pun. Bukannya aku ada kasut sukan. Kalau ada, boleh jugak aku asah skill pecutan aku yang dah berkarat sepuluh inci ni haa... hahaha... Maklum la kan, dulu pernah jadi sprinter 100 meter.. ehehh... So, aku dengan anak buah yang sorang ni just jalan-jalan pusing keliling sambil ambil gambar je.. Orang lain sibuk berkejaran berjogging sesama mereka, aku pulak sibuk dok klik sana, klik sini... kehkehkeh..
Last round... Mau penuh setengah baldi dengan peluh untuk menghabiskan satu pusingan... hikhikhik...
Ramai juga orang yang datang petang-petang macam ni.. Kalau hujung minggu atau cuti umum, mungkin ramai lagi kot yang datang. Macam-macam permainan boleh dilakukan. Untuk kanak-kanak, ada disediakan gelongsor dan kaum kerabatnya.. Kalau nak main bolapun boleh sebab padang disediakan. Nak main sepak takrawpun boleh sebab ada je yang main. Nak main badmintonpun boleh dan nak main bola keranjang atau bola jaring atau seangkatan dengannyapun boleh. Pokok pangkalnya kita je la.. Kalau badan berat atau malas nak bergerak, apapun tak boleh.. hahaha...
Teringin nak masuk dalam gelongsor tu.. Kalau nak kena pam keluar, sila la masuk... ahahaha...
Prasarana (ecehhh.. ayat tak boleh blah.. hahaha...) kat sinipun cantik jugak. Cuma ada beberapa tempat tu dipenuhi lalang. Mungkin tak sempat nak mesin lagi kot.. Kalau ada banyak lagi bunga yang berwarna-warni di sekitar trek berjogging tu, aku rasa lagi ceria taman ni. Dah namanya wanita Melayu, mana mungkin boleh lari dari bunga-bungaan segar.. ngeeeeeeee.......
Tepat pukul 7 petang kitorang mula bergerak balik. Sebelum tu, aku dengan model aku tu pekena aiskrim dulu. Konon-kononnya nak cover balik peluh yang terbuang tadi tu la.. Kalau macam ni, sampai bila-bilapun lemak tak surut.. ekekekeke...
Punya la tekun buat kerja... :P
p/s: Jom lumba lari jom... Orang Nilai mesti terer bab lari-lari ni, ya tak..? Konpem aku tertinggal kat belakang sekali... hahahahaha...
Apasal tak bagi tahu awal? Petang semalam saya ada lalu di Sepang. Dah dekat tu kalau nak ke Nilai .... ngeeeee
ReplyDeletecik azz bayah mana yang ko ambik gambo tu, sempat lagi.
ReplyDeletecik ina nak tunggu mood macam ko lah, tak sampai seru lagi nak buang lemak ni. nasiblah badan.
salam kak azz~
ReplyDeletehehhee... kurus sudah kaki tu eik?? :)
kuat nye berlari...angah tak larat, badan dah berat..kui kui kui...
ReplyDeleteYunus Badawi>
ReplyDeleteAhahaha.. Memang sengaja tak bagitau awal-awal.. Takut nanti ada yang ajak lumba berlari.. hehe...
Cik Ina Do Do Cheng>
ReplyDeleteIngatkan apa la bayah tu.. Lepas tu baru teringat mamat jual eskem ni.. Mamat ni mmg jual eskem kat kawasan ni kot...
Saya ni bukannya berlari.. Saja je menyemakkan diri kat sini.. haha..
Lynda Lum>
ReplyDeleteWaalaikumussalam Lynda..
Kuruskan kaki tu...? Kehkehkeh..
Angah>
ReplyDeleteBadan Agah dah berat..?? Dah ada isi ke Ngah..? Kalau dah ada, alhamdulillah... tak payah la berlari lagi.. Duduk je la setempat... hehe...
kalau masuk dalam gelungsur tu kan...nak kene tarik kuar pakai pam ape ek? ekekek!!!
ReplyDelete*lawa gak lanskap kat situ. boleh gi recce2 nih...heheh~
gadisBunga>
ReplyDeleteKalau guna pam tandas, konpem tak keluar punya la.. Kena panggil abang bomba la, kasi sedut keluar.. ekekeke...
Lawa.. Kalau amek gambo guna kamera GB, lagi berganda2 lawo lanskap ni.. ehehh..