Assalamualaikum...
Dah tak bela dah...
Sebelum sampai ke rumah selepas menghadiri kenduri kat sini, aku singgah kat pusat penternakan anak ikan ni. Mak aku nak beli anak ikan keli sebab nak bela kat dalam kolam simen kat rumah aku ni. Ingatkan dia dah tak nak bela dah ikan keli ni. Ikan keli yang lama dah selamat dikorbankan masa raya puasa hari tu. Habis yang besar-besar tu kena salai.. Sekarang ni cuma tinggal tiga ekor je. Rasa macam tak berbaloi la pulak bila kolam yang agak besar tu dihuni oleh tiga ekor penghuni je..
Bila sampai kat pusat ni, rupanya dorangpun dah tak bela dah anak ikan keli. Katanya, harga pasaran anak keli merudum jatuh. Maka, tak dapat la mak aku nak beli anak keli tu. Anak talapia banyak la. Tapi aku pulak malas nak bela sebab anak talapia ni susah nak jaga sebab agak manja sikit berbanding dengan keli yang tahan lasak..
Ikan apa tah ni... ehehh...
Lepas tu, ingatkan nak ganti keli tu dengan anak ikan patin. Ikan patin yang aku bela hari tu habis mati. Yang tinggal empat ekor kat dalam akuarium tu pulak habis kena baham dek ikan puyu.. Tup-tup tengok dah tinggal tengkorak je kat dalam akuarium tu.. Tapi, dorang kat pusat ni pun dah tak bela dah anak ikan patin. Adehh, terbantut sungguh perancangan..
Mongombittt...
Akhirnya, mak aku beli empat ekor ikan talapia yang besar untuk dibuat gulai. Sekilo talapia segar harga dia Rm13. Empat ekor kena RM48.. Dapat la diskaun sikit.. kehkehkeh... Kalau talapia ni, aku tak suka buat gulai. Aku suka goreng camtu je, pastu makan masa panas.. Kalau gulai tu, kureng sikit la aku nak terjah.. huhuhu...
Tak dapat nak ambil gambar burung-burung bangau yang berterbangan... huhuhu..
Sedikit video anak ikan.. Ada pulak yang cuba bunuh diri dengan melompat keluar dari kolam... Tak cukup makan kottt... ;)
p/s: Concern for nonsense..? Berbaloi ke..? Tak payah nak buang masa sangat la hehhh... ^^V
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^