Pages

Monday, December 12, 2011

Makan kenduri di RKCC..

Assalamualaikum...

Makan kenduri di RKCC..


Hari Sabtu lepas, sebelum aku balik ke sini, aku pergi makan kenduri kat RKCC ni dulu.. Kebetulan rumah kakak aku dengan RKCC ni dekat, tu yang pergi tu. Tambahan pula abang long akupun turun dari Batu Pahat. Kalau yang jauhpun sanggup datang, apa lagi aku yang dekat ni. Dekat sebab masa tu aku masih lagi ada kat Nilai..


Ni la first time aku makan kenduri kat tepi kolam renang.. Kalau aku tak pergi, memang tak dapat la merasa suasana macam ni, ya tak..? Seriau jugak aku tengok air kolam yang sama paras dengan lantai tu. Buatnya aku terjelepok ke, tergelincir ke, tak ke haru jadinya.. Tengok air kolam tu rasa macam nak terjun je.. Macam la tau berenang.. kehkehkeh... 




Makanan kat sini sedap. Tahniah pada Rohani Event and Catering.. Tapi aku makan sikit je sebab takut perut meragam. Dah la nak berjalan jauh, tu yang takut tu. Seronok tengok orang lain makan bertambah-tambah. Ada gulai daging salai lagi tu.. Fuhh, memang licin mangkuk gulai tu kitorang kerjakan.. kihkihkih...


Persandingan dua pasang pengantin.. Pelamin dia cantik tapi aku segan nak ambil gambar dari jarak dekat.. ;)


Terjumpa seorang kawan masa kat kenduri ni.. Kawan yang ada dalam entry Sumiha dulu... hahaha... Sebenarnya kenduri ni adalah kenduri kawen anak orang kampung aku. Tapi aku tak kenal keluarga ni sebab aku kecil lagi masa kat kampung dulu. Mak dengan abang long aku kenal rapat dengan keluarga ayah pengantin ni.. 


Suka tengok gambar ni.. Sejuk mata memandang.. :)


Aku sekejap je kat RKCC ni. Lepas makan dan borak-borak, kitorangpun balik. Nak jalan jauh, mana boleh lepak lama-lama, kan... Abang long aku tak balik lagi sebab dia nak sambung borak... hehe...


Kehkehkeh... Sempat lagi tu... :p


Souvenir dia cantik.. Takde telur kat dalam tu.. Tapi ada gula-gula.. Boleh makan dalam kereta buat ubat ngantuk.. hikk...


Siapa yang ada bajet lebih, boleh la buat majlis kat sini. Yang belum cukup bajet tu, boleh la mula menabung dari sekarang. Layanan adalah tip-top. Siap chef yang tinggi topi tu keluar tengok apa yang kurang.. Lupa pula nak candid gambar chef tu.. hehe... Ehh, ni dah macam nak promot je ni.. ahahaha... 


p/s: RKCC = Rasah Kemayan Country Club.

6 comments:

  1. amboi...makan tepi kolam, siap ada chef topi tinggi layan bagai....kelasssss kak azz

    ReplyDelete
  2. patut tanyo rasah kemayan tu kek mano yo azz...akak ponah poi rumah yo..rumah ank sedaro akak ado kek rasah komayan tu..dah banyak kali poie..dewan e tak tau lak kek mano..

    ReplyDelete
  3. awat bekas telur cam mahal tapi dalam dia gula2 je?

    ReplyDelete
  4. Angah>

    Chef tu bukan layan akak la.. Dia tinjau2 kalau2 makanan tak cukup.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. Kak Erna>

    Sobona ehh dah tau kek mano tompek tu, cumo nak kopastian yoo..

    Ni bukan buek kek dewan kak.. Buek kek topi kolam.. Kato eh tompek ni tompek main golf.. Tak tau la boto ke tak..

    ReplyDelete
  6. kyo_9>

    Gula-gula pun okay gak.. Dapat 5 biji dalam satu bekas tu.. Kalau telur, cuma dapat sebiji je.. hihihi..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^