Pages

Friday, July 8, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..
(Kisah pada hari sebelum bercuti panjang)

Dua hari sebelum bercuti panjang hari tu (Rabu), seorang jiran datang ke rumah dan berjumpa dengan aku (bagi pihak mak). Mak cik tu bagitau yang dia nak sembelih sekor lembu untuk buat kenduri aqiqah cucu dia. Dia kata, sembelih lembu tu kat sini tapi lepas tu semuanya akan dibawa ke Kelang sebab kenduri tu dia buat kat kampung dia. 

Tujuan dia datang tu sebab nak tanya aku samada nak ataupun tidak perut lembu tu. Kalau aku tak nak, dia nak tanam je kat ladang tempat penyembelihan tu berlangsung sebab dia tak sempat nak cuci perut-perut tu semua. So, akupun bagilah kata putus yang aku nak sebab mak akupun memang suka makan perut lembu ni. Dan makcik tu bagilah penerangan pasal ni sebab masa hari penyerahan tu nanti dia takde kat sini. Cuma suami dia yang uruskan semua...

Maka, pada pagi Jumaat tu abang akupun pergilah ke rumah mak cik tu untuk mengambil perut-perut lembu yang masih lagi berbau busuk tu. Suami dia dah siap masukkan semua perut tu ke dalam tong seperti yang diberitahu oleh makcik tu sebelumnya.

Lantas, bermulalah kerja aku membersihkan perut-perut lembu ni. Bermula dari mencuci perut yang tebal tu, dan kemudian sapukan kapur sirih ke atasnya dengan tujuan untuk melembutkan kulit tu dan senang untuk mengikisnya nanti. Lepas tu cuci pulak perut yang macam kitab tu, yang kena selak selai demi selai tu la. Alaa, yang bulat-bulat macam bola tu, pastu di belah dua. Haaa, yang tu laa yang leceh sikit nak kerjakan. Kalau tak biasa buat, mau tertidur dibuatnya... hehehe. Tapi aku dah biasa buat dah semua ni. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan aku? Tak kan mak aku kot... 

Kalau dulu, macam susah je nak cuci kitab tu. Tapi kali ni mudah sangat. Ada orang kata kalau nak cuci kitab ni kena cuci kat sungai, baru senang kerja tu. Tak payah haiihh nak pergi cari sungai bagai. Meh aku ajar caranya. Mudah dan cepat.. hehehe...

Aku dapat satu idea iaitu aku menggunakan tingkat besi/jaring yang ada kat dalam oven untuk bakar kuih tu. Aku amek besi tu dan letakkan kat atas longkang. Longkang aku takde penutup besi. Kalau longkang tu ada penutup besi yang berlubang-lubang, tak perlulah gunakan jaring ni. Pastu aku letakkan kitab tadi kat atas besi tu dan selak selai demi selai kitab tu sambil pancutkan dengan air paip dari getah. Secara tak langsung, benda yang nak dibuang tu akan jatuh ke dalam longkang melalui lubang besi tu tadi. Senang je kan.. Kalau letak kitab tu atas simen macam yang selalu aku buat dulu, konpem lambat siap kerja pembersihan tu sebab bahan kotoran tu akan melekat semula.

Bila dah setel semua kerja, kena celur sekejap perut-perut tadi. Mana boleh main simpan je kat dalam freezer. Nanti satu peti sejuk berbau busuk. Mak akupun sempat lagi masak sedikit perut tu dengan rebung untuk dibawa ke rumah kakak. Kiranya gulai tu masih lagi panas masa kami bertolak selepas anak buah aku yang merangkap driver balik dari solat Jumaat. 

Dan selepas itu, bermulalah pengembaraan trip-trap grip-grab... Bersambung...

p/s: Jiran aku tu asal sembelih lembu je, mesti bagi kat kitorang perut-perut lembu tu sebab dorang malas nak bersihkan. Pastu nanti, mak aku bagi la semangkuk gulai perut tu kat dia... Orang berbudi, kita berbahasa.. Orang memberi, kita merasa.. Tenkiu jiran... :-)