Pages

Friday, July 8, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Episod Pengenalan..
(Kisah pada hari sebelum bercuti panjang)

Dua hari sebelum bercuti panjang hari tu (Rabu), seorang jiran datang ke rumah dan berjumpa dengan aku (bagi pihak mak). Mak cik tu bagitau yang dia nak sembelih sekor lembu untuk buat kenduri aqiqah cucu dia. Dia kata, sembelih lembu tu kat sini tapi lepas tu semuanya akan dibawa ke Kelang sebab kenduri tu dia buat kat kampung dia. 

Tujuan dia datang tu sebab nak tanya aku samada nak ataupun tidak perut lembu tu. Kalau aku tak nak, dia nak tanam je kat ladang tempat penyembelihan tu berlangsung sebab dia tak sempat nak cuci perut-perut tu semua. So, akupun bagilah kata putus yang aku nak sebab mak akupun memang suka makan perut lembu ni. Dan makcik tu bagilah penerangan pasal ni sebab masa hari penyerahan tu nanti dia takde kat sini. Cuma suami dia yang uruskan semua...

Maka, pada pagi Jumaat tu abang akupun pergilah ke rumah mak cik tu untuk mengambil perut-perut lembu yang masih lagi berbau busuk tu. Suami dia dah siap masukkan semua perut tu ke dalam tong seperti yang diberitahu oleh makcik tu sebelumnya.

Lantas, bermulalah kerja aku membersihkan perut-perut lembu ni. Bermula dari mencuci perut yang tebal tu, dan kemudian sapukan kapur sirih ke atasnya dengan tujuan untuk melembutkan kulit tu dan senang untuk mengikisnya nanti. Lepas tu cuci pulak perut yang macam kitab tu, yang kena selak selai demi selai tu la. Alaa, yang bulat-bulat macam bola tu, pastu di belah dua. Haaa, yang tu laa yang leceh sikit nak kerjakan. Kalau tak biasa buat, mau tertidur dibuatnya... hehehe. Tapi aku dah biasa buat dah semua ni. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan aku? Tak kan mak aku kot... 

Kalau dulu, macam susah je nak cuci kitab tu. Tapi kali ni mudah sangat. Ada orang kata kalau nak cuci kitab ni kena cuci kat sungai, baru senang kerja tu. Tak payah haiihh nak pergi cari sungai bagai. Meh aku ajar caranya. Mudah dan cepat.. hehehe...

Aku dapat satu idea iaitu aku menggunakan tingkat besi/jaring yang ada kat dalam oven untuk bakar kuih tu. Aku amek besi tu dan letakkan kat atas longkang. Longkang aku takde penutup besi. Kalau longkang tu ada penutup besi yang berlubang-lubang, tak perlulah gunakan jaring ni. Pastu aku letakkan kitab tadi kat atas besi tu dan selak selai demi selai kitab tu sambil pancutkan dengan air paip dari getah. Secara tak langsung, benda yang nak dibuang tu akan jatuh ke dalam longkang melalui lubang besi tu tadi. Senang je kan.. Kalau letak kitab tu atas simen macam yang selalu aku buat dulu, konpem lambat siap kerja pembersihan tu sebab bahan kotoran tu akan melekat semula.

Bila dah setel semua kerja, kena celur sekejap perut-perut tadi. Mana boleh main simpan je kat dalam freezer. Nanti satu peti sejuk berbau busuk. Mak akupun sempat lagi masak sedikit perut tu dengan rebung untuk dibawa ke rumah kakak. Kiranya gulai tu masih lagi panas masa kami bertolak selepas anak buah aku yang merangkap driver balik dari solat Jumaat. 

Dan selepas itu, bermulalah pengembaraan trip-trap grip-grab... Bersambung...

p/s: Jiran aku tu asal sembelih lembu je, mesti bagi kat kitorang perut-perut lembu tu sebab dorang malas nak bersihkan. Pastu nanti, mak aku bagi la semangkuk gulai perut tu kat dia... Orang berbudi, kita berbahasa.. Orang memberi, kita merasa.. Tenkiu jiran... :-)

12 comments:

  1. assalam azz..tak ponah akak buek cuci perut lombu ni..
    mkan suko..nak cuci tak tak tau akak.

    ReplyDelete
  2. sedap tu azz, masak lomak cili api buh rebung . kalau ko sebelah umah cik ina ngan muka tak malu cik ina mintak. dah lama tak makan perut. wat kerabu pun sodap. beli kat pasar tu cam tak fresh, yang baru cam nilah sedap.

    ReplyDelete
  3. tak penah makan perut lembu.. tapi abah ss suka makan.. macam sedap la pulak.. tapi leceh nau cara nak bersihkan perut tu kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. mcm susah ja cuci perut lembu

    tp aku suka gak makan

    ReplyDelete
  5. ponah poi paya kumbuh dan ado sedagho kek sanun jamu makan kek ghumah dio. Dibuek e gulai porut lombu mo nangko. Kitorang tak makan porut lombu. Cumo ambek kuah dan nangko yo. Duo jam lopeh tu sumo oghang muntah belilah tebeghak2. Mosti dio cuci porut tu tak borsih tu.. Duo haghi azab azz oi..

    ReplyDelete
  6. hee,alin xpnah cucui perut lembu..pas bace neh macam teringin la plak!ha3

    ReplyDelete
  7. Kak Erna>

    Waalaikumussalam kak..

    Ramai orang cmtu kak... Suko makan tp tak tau cmno nak cuci... Tp sy dah biasa dah dgn mencuci perut2 lembu ni...

    Perut ni kalau rebus cmtu je pastu cicah air asam, fuhhh sodappp... haha..

    ReplyDelete
  8. Cik Ina>

    Kalau bg kita yg suka makan perut ni mmg la sedap... hehe..

    Yg ni mmg betul2 fresh..

    ReplyDelete
  9. Siti Safiyyah>

    Budak2 muda skang mana suka sgt makan benda2 cmni.. Banyak pantang larangnya..

    Kalau kita dah set mind kita dan kata susah, maka susahlah jadinya.. :)

    ReplyDelete
  10. Kapten Atok>

    Tak susah la.. Ko cuba buat dulu, pasti seronok... hehe..

    Ehh, ko pandai gak makan perut lembu ni ehh.. Ingatkan orang sana tak makan benda2 camni..

    ReplyDelete
  11. Kak Pah>

    Mungkin jugak tu kak.. Takpun mungkin lauk tu dh tercemar dgn telur lalat..

    Akak serik ke makan perut lembu ni? Jangan serik kak, rugiiiiiii... hehe..

    ReplyDelete
  12. Aleen Aiden>

    Hahaha.. Sila2 belajar cuci perut lembu sekarang.. Nanti dah dekat nak raya boleh amek part time cuci perut lembu ni.. hehe..

    Tenkiu ya singgah dan komen.. :)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^