Assalamualaikum...
The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 3
Selesai je makan-makan dan jumpa sanak-saudara kat kenduri kawen tu, terus je kitorang bergerak untuk menuju lokasi yang berikutnya iaitu rumah abang sulong aku kat Parit Raja. Kakak aku terus ke bandar Melaka untuk berjumpa anak dara dia kat sana manakala kami yang tiga kereta ni bergerak menuju haluan masing-masing.
Ingatkan nak singgah kat MRSM Jasin, melawat anak sedara aku yang belajar kat sana sekejap. Tapi, mujurlah aku call mak dia dulu dengan tujuan nak bagitau yang kami nak singgah jenguk anak dia. Rupa-rupanya minah tu takde kat situ sebab dia ada pertandingan bola jaring kat MRSM Batu Pahat dan kami terpaksa patah balik dari laluan tu.
Kami sampai kat Parit Raja dalam pukul 5.30 petang. Lepak-lepak melepaskan lelah. Esok paginya aku dengan mak aku ke pekan sehari sekejap. Petangnya dalam pukul 2.30, terus je bergerak ke rumah abang ngah aku kat Johor Jaya pulak. Lagi jauh rumah dia ni... Jenuh duduk lama-lama dalam kereta.. huhu...
Perjalanan ke Johor Jaya ni agak mencabar sikit la. Dengan keadaan cuaca yang sekejap hujan, sekejap lagi berhenti dan sambung hujan lagi menjadikan hati aku tak tenang. Mulut dok kumat-kamit baca apa yang patut dan pantau anak sedara yang bawak kereta tu. Asal terasa laju sikit je, mulalah aku tegur dia, selow sikit, bukannya nak kejar apapun bawak laju-laju sangat. Dan diapun perlahankan la kelajuan tu. Bukannya apa, aku tengok bas dengan lori punya la laju walaupun jalan licin. Tu yang aku seriau sangat tu.. huhuhu...
Kami sampai kat rumah abang dalam pukul 6.45 petang gara-gara terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas kat sekitar lebuhraya Pasir Gudang tu. Dah banyak jalan yang berubah, tak macam masa aku duduk Johor dulu. Dan yang pasti, semakin banyak buat jalan baru, semakin banyak kesesakan yang berlaku.. Arrgghhh..., sangat tension bila terperangkap dalam kesesakan begini. Buang masa, buang tenaga, buang minyak dan yang pastinya sudah tentulah buang angin... Oooppsss...!!! Jangan buat selalu, kang pitam lak drebar tu.. kehkehkeh.. Kalau naik motor takpe... hikhikhik...
Sampai je kat situ, aku tengok punya la ramai budak-budak. Kakak ipar aku ni kerja dia mengasuh anak orang. Macam-macam karenah ada. Maklum la, dari budak yang masih bayi hinggalah yang berumur 12 tahun. Lepas tu, mak dorang bukannya semua yang kerja office hour. Kalau semua kerja office hour ni senang la sikit. Ni tak, ada budak yang dari pagi sampai pukul 11 malam baru mak dia ambil. Kesian tengok dia sorang-sorang sebab kawan-kawan yang lain dah balik dulu. Kesian jugak la kat kakak ipar aku tu sebab susah nak bergerak ke mana-mana. Mujur ada anak-anak dia yang rajin membantu bila kakak ipar aku tu ada urusan kat luar. Nak mencari rezeki, kena la bersabar. Betul tak..?

Aku rasa macam nak cincang lumat je ular plastik ni.. Geli geleman aku bila budak ni dok acah-acah kat aku.. Dah la aku ni memang jenis penggeli/penakut kat ular... huhuhu...
Kucing kat atas ni kucing anak buah aku, manakala kucing kat bawah ni kawan dia yang punya. Kawan dia bagi pinjam sekejap untuk dikawenkan sebab nak dapatkan baka. Tapi kucing kat bawah ni buat bodoh je aku tengok. Dok main kejar-kejar je kerja dorang. Takde napsu ke apa kucing ni... hahaha...
Nama tak nak ngalah... Chicharito.. Panggil aje Chicha... hahaha... Tapi kesian sebab asyik kena kurung je. Maklum la, kucing pinjam... So, kena la jaga elok-elok sikit.. :P
Berhenti kat sini dulu. Bersambung lagi di episod trip-trap grip-grab dengan kisah pencarian kupang.. :)
p/s: Malam tadi hujan sangat lebat... Syukur alhamdulillah...