Assalamualaikum..
The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 2
Ingatkan hari Sabtu tu nak lepak-lepak je kat rumah melepaskan lelah sebab esoknya dah nak bergerak pergi kenduri kat Batu Berendam, Melaka. Tup-tup mak aku kata dia nak balik kampung, nak jenguk tanah dia kat situ. Rumah kampung memang dah tak ada dah. Kalau ikutkan hati, aku malas nak ikut sekali.
Kakak aku kata takpe la kalau aku tak nak ikut sebab dia ada untuk jaga mak. Tapi aku rasa macam tak sedap hati lak sebab aku yang selalu jaga mak ni. So, akupun terpaksalah join dorang balik kampung tu manakala adik-adik aku dengan keluarga masing-masing serta anak-anak kakak aku pergi makan angin kat Port Dickson.. Rugi tak dapat join dorang... huhuhu...
Kat kampung, merata la rumah yang kitorang pergi. Singgah rumah mak cik yang anak sedara dia nak kawen tu tapi takde orang sebab semuanya dah pergi Melaka untuk upacara akad nikah. Lepas tu pergi pulak rumah arwah pakcik aku, jenguk isteri dia yang tinggal sorang-sorang tu.. Kesian dia.. huhu... Lepas tu pulak barulah balik kampung mak aku dan kitorang singgah kat rumah adik ipar mak aku iaitu isteri arwah pak cik aku tapi diapun takde kat rumah. Mujur anak dara dia iaitu sepupu aku ada kat rumah tu. Lepas tu pulak, berjangkit la kunjungan dari rumah ke rumah. Dah macam melawat kawasan lak rasanya... haha..
Borak punya borak, aku tengok jam dah dekat pukul 5 lebih dah. Tak boleh jadi ni. Kena cuit-cuit mak aku ajak dia bergerak sebab aku nak pergi Jaya Jusco lak lepas tu. Kalau nak diikutkan berborak, seminggupun tak habis, ya tak? Ya la, kalau dah masing-masing bukak cerita zaman dulu-dulu, mana nak habisnya.. haha..
Selesai minta diri, kamipun bergerak la menuju ke Jaya Jusco Seremban 2. Aku beli barang yang aku nak beli je. Waktupun dah nak masuk Maghrib dah, mana sempat nak jalan-jalan cuci mata. So, lepas je dapat apa yang aku nak, kitorangpun terus balik ke rumah. Selesailah perjalanan hari tu..
Esoknya seawal pukul 10.30 pagi, kitorang dah bersiap untuk ke Batu Berendam. Konvoi dua buah kereta dari Labu ni manakala abang-abang aku pulak berkonvoi dua buah kereta dari Johor. Aku sertakan sedikit gambar yang aku ambil masa kenduri tu. Biasa la, jurugambarnya malas, camni je la rupa gambar yang ada. Sekadar tangkap muat je.. hehehe...
Ada lak koboi sesat.. hehe..
Kumpulan kompang impot dari kampung.. Caya la...
Bila dah jumpa kaum kerabat, camni la jadinya...
Pasangan pengantin. Persalinan serba biru giteww... Aku ambil gambar ni dari tempat duduk aku je. Biasa la, akukan pemalu nak beria-ia sangat ambil gambar ni.. :P
Bersambung lagi kisah trip-trap grip-grab ni. Belum sampai Johor lagi, camner citer nak habis... hehehe...
p/s: Lauk kenduri semuanya saudara-mara yang masak kat kampung dan dibawa ke Batu Berendam, rumah pak cik aku tu. Dorang sembelih dua ekor kerbau kat kampung jugak. Sedap gulai kerbau yang dorang masak. Nasi beriyanipun sedap jugak. Rugi aku makan sikit je. Sampai sekarang aku dok teringat-ingat gulai kerbau tu.. huhuhu..**Telan air liur...
6 Tukang Tembak:
kenduri kahwwin paling mewah dan sedap lauknya kat melaka ngan negeri sembilan. seronok dulu masa cik ina duk gadong selalu makan lauk kenduri. daging kerbau paling best.
amboi. p kenduri tak ajak. eyh cantik la kaler biruuuu
azz..lain kali kalau sodap jangan malu2..mdah namo kenduri..lopeh tu tak do lagi dah..he he..
Cik Ina>
Kann... Memang jauh bezanya dgn kenduri kat sini.. Kat sini asek2 ayam.. tak pun kari lembu.. Naik jemu dah dgn lauk2 kenduri kat sini..
Fyy Mokhtar>
Haha.. Fyka dok jauh, cmner nak ajak.. Lagipun kereta tak muat la. Maklum la, naik kereta kecik je.. huhu..
Cantik ehh biru..?? Boleh la kott... :P
Kak Erna>
Ni bukan sobab malu kak... Ni sobab lopeh tu nak teruskan perjalanan jauh lagi.. Takut boghek lak muatan keto nnt.. hehehe..
Post a Comment