Pages

Wednesday, January 25, 2012

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..

Assalamualaikum...

Bosan, perkataan yang sama dengan situasi yang berbeza..


Bosan, bila mengadap benda yang sama setiap hari namun masih lagi boleh bertahan.. Bertahan atas sebab yang tertentu, yang hanya kita sendiri lebih tahu.. Orang boleh nampak airmuka 'bosan' kita namun mereka tidak akan dapat menyelami rasa kebosanan tersebut..



Bosan menanti namun terpaksa juga meneruskan penantian... 
Penantian satu penyiksaan yang sangat membosankan...




Bosan buat kerja yang sama namun terpaksa buat demi tuntutan kehidupan... 
Takde kerja takde duit... Takde duit, hidup merempat dan tersepit... Ko nak ke hidup macam tu..?





Bosan sampai tak boleh nak buka mulut... 
Diam adalah lebih baik daripada berkata yang bukan-bukan sebab orang yang sedang bosan ni boleh create any words..




Bosan sampai keluar semua taring.. Manjang nak marah je..
Dah kira macam naik hantu dah.. Bahaya ni... huhuhu...





Bosan tahap cipan sehingga mengambil langkah penyelesaian dengan tidur... 
**Macam aku... kehkehkeh...


Bertambah bosan bila mengadap orang yang tak reti bahasa ni. Memang susah nak kawal perasaan tatkala berhadapan dengan golongan sebegini. Kadang-kadang sampai satu tahap dah tak boleh nak tahan dah.. Betul-betul menguji kesabaran yang semakin hari semakin menipis... 



Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang tak reti bahasa dan tidak memahami hingga menyebabkan kita sendiri menangis.. huhuhu...


Dalam apa jua aspek bosan tadi, kita terpaksa akur dan kenalah pandai memujuk hati. Jangan biarkan emosi menguasai akal fikiran walaupun kita tahu emosi yang tidak terkawal ni memang sukar untuk dibendung.. Berkata sabar itu mudah, just say it. Melaksanakan sabar itu yang sukar... 

Akupun tengah bosan jugak ni.. Dalam bosan-bosan aku tu, siap jugak la laksa Penang aku.. Tapi gambar takde kat sini.. Malas nak tepek sebab mee laksa sedang direbus atas dapur.. Kalau rajin, aku tepek kat fesbuk aku je laa.. ehehh... 

p/s: When we say don't, they do.. When we say do, they don't.. Degil atau bebal..?

6 comments:

  1. azz..tak bosan namo e ni..seperiuk kuah laksa dah siap..akak kalau bosan..dok melengko dopan tv yo..he he..eh bosan ko maleh kok cam tu..konfius pulak

    ReplyDelete
  2. degil + bebal lah :D hohoh

    ala kalau update kat fb, nina tak boleh lah tengok laksa tu -.-

    ReplyDelete
  3. ONLY BORING PEOPLE GETS BORED! its dat true???huhu... AM I BORED?

    ReplyDelete
  4. Kak Erna>

    Hehe.. Ikan tu omak sey dah siap ghobush.. Kok tak buek kuah laksa tu, takut terbuang lak nanti..

    Tu santai namo ehh kak.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. ainina jelani>

    Ahahaha.. Bagi dua2 je terus, kan..

    Dah letak dah gambar tu kat fb page blog ni.. :-)

    ReplyDelete
  6. Za>

    Entah.. Hanya tuanpunya badan je yg tahu samada dia jenis memboringkan ke tak.. hehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^