Pages

Wednesday, February 15, 2012

Kok ya pun nak mengutuk, kan...

Assalamualaikum...

Kok ya pun nak mengutuk, kan...
(Entry yang dah berkurun terperap dalam draft...)

Dulu, dia ni selalu sangat mengutuk orang Negeri Sembilan. Macam-macam yang dia kata pasal orang negeri ni. Katanya, orang negeri ni tamak la.. Isteri orang negeri ni jenis yang suka jadi queen control la. Asal yang buruk je, mesti dikaitkan dengan orang negeri.. Sekali sekala mengutuk tu, adat la.. Tapi kalau dah selalu, naik hangin la jugak mendengarnya.. Dalam hati bercakap jugak, nak kena cili ke mulut dia ni... Dalam hati je la.. Masih sabar bertahan...

Mungkin dia ada sebab kenapa dia berkata dan berfikiran negatif macam tu tapi itu bukan alasan untuk dia menjatuhkan hukuman ke atas semua warga negeri. Dari apa yang aku nampak, kat kejiranan sini takde la pulak orang senegeri aku yang buat pe'el macam yang dia sebutkan tu.. Semuanya baik-baik aje... Cuma dia je yang tak baik sebab selalu sangat berprasangka..


dinner table talking smiley
Hang jangan la kawen dengan orang N9.. Depa tu queen control, hang tau dak...?
(Sedapnya hang mengutuk naaa...)


Namun kini, dia bermenantukan orang negeri. Dia berbesan dengan orang negeri.. Hambik kau.. Lain kali jangan la cakap ikut sedap mulut je, kan..

Sebab itu kita ditegah dari saling kutuk-mengutuk ni.. Benda yang kita benci atau tak suka, benda itulah yang akan datang dan melekat kat kita nanti.. Apo nak dikato..? Berpada-padalah dalam berkata.. Kelak yang dikata itu yang akan menjadi makanan kita di kemudian hari nanti.. (Mengingatkan diri sendiri jugak sebenarnya ni... Kadang-kadang tersasar jugok. sebab geram punya pasal... huhuhu...)


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah: 216)


p/s: Macam la hang tu baguih sangat nak kutuk orang... Macam la orang negeri hang tu takdak yang jadi queen control.., cehhh...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^