Pages

Wednesday, March 14, 2012

Ada sebabnya kenapa mak aku tak suka...

Assalamualaikum...

Ada sebabnya kenapa mak aku tak suka...

Sejak kebelakangan ni, banyak betul cerita yang keluar mengenai tahap kebersihan makanan segera. Dulu, gempar sekejap dengan kes ayam kepC yang diseletkan pada tapak kasut pekerjanya... Lepas tu, kes perahan minyak ayam tu.. Susulan dari kes ini, pihak kepC telah memberi penjelasan atas kedua-dua kejadian yang memalukan itu di sini...

Baru-baru ini keluar pulak cerita mengenai pizza yang ada lipas di dalamnya dan juga curry puff yang berintikan ulat..  Ada juga komen-komen yang mempertikaikan kesahihan tentang kewujudan lipas tu.. Malahan ada juga komen-komen yang menjadikan isu makanan tercemar ini sebagai satu bahan lawak jenaka.. Entah la, susah nak cakap..




Aku sendiri tak pasti samada betul ataupun tidak kesahihan cerita ni. Tapi bukti dah jelas, siap ada rakaman video lagi, memang agak sukar kalau tak nak percaya. Masa aku bagitau kat abang aku hari tu, dia kata orang tu sengaja je nak buruk-burukkan nama kiosk tu. Aku bagitau abang aku sebab dia memang jenis yang suka beli makanan seperti semua kat atas tu.. Dia dengan adik-adik dan anak-anak buah aku sekepala. Suka sangat makan makanan segera macam tu..

Dan bila emak aku pulak yang tau pasal ni, lagi la kuat dia bersyarah. Tu la sobab ehh omak tak goma nak makan kek kodai-kodai ni.. Kok nak makan kek situ, poie jonguk dulu dapo ehh.. Tengok dulu dapo tu borsih koo tidak... (Mak aku ingat lagi kata-kata Mazidul masa dalam rancangan apa tah dulu...). Dan sememangnya mak aku tak makan benda-benda macam ni. Kalau pizza tu dia kata roti basi sebab rasa mayonis dan keju tu.. Dan aku juga ikut jejak dia, tak berapa suka nak makan semua ni... Tu yang kadang-kadang belajar buat sendiri tu walaupun tak berapa nak menjadi.. hahaha...

Lalu ke nak makan kalau tengok keadaan seperti ini...???

Orang kita ni, bila dah siap makan baru la nak menjenguk dapur kedai sebab samada nak tumpang buang air ataupun basuh tangan dan sebagainya. Jarang sangat yang pergi jenguk tandas dulu sebelum makan.. Kalau kedai yang takde tandas disebabkan kedudukan tandas awam yang berdekatan, lagi la takde alasan untuk kita menjenguk dapur kedai tu.. huhuhu... Ada juga tandas yang kedudukannya di luar dari kawasan dapur, pun tak boleh nak menjenguk juga dapur tu, ya tak..?

Bila difikir balik, ada hikmahnya mak aku tak bagi dan tak suka kitorang makan ataupun beli makanan kat luar.. Mak aku cakap, biar penat macam mana sekalipun, biarlah masak dan makan di rumah. Masak telur mata kerbau pun dah okay dah. Janji kita tau tahap kebersihan yang ada di dapur rumah kita tu.. Kadang-kadang dapur kat rumah kita tu takde la sebersih mana, tapi keadaannya takde la macam sarang tikus ataupun berlendir sana-sini, kan..

Sebab itu aku agak ketinggalan nak makan benda-benda yang advanced ni.. Sebabnya aku tak berani nak mencuba sesuatu yang aku tak pasti tahap kebersihannya.. Dan mungkin faktor ini juga yang membataskan pergerakan aku untuk melancong atau pergi berjalan-jalan makan angin.. Dan mungkin juga ada orang yang akan berkata, kalau fikir macam tu, sampai bila-bilapun tak menjenguk tempat orang.. Takpe la.. Kalau keyakinan aku dah kuat, barulah aku 'terbang'... :)

p/s: Kolotpun kolot la... Asalkan tidak kalut... ehehh...
.

8 comments:

  1. saya pun lebih senang makan di rumah saja...masak sendiri. :)

    ReplyDelete
  2. kek gerai gerai ado yang bersih ado yang memang mato tak larat nak nengok. tepulanglah kek kito sendiri kan. Yang milih e kito. Kpah selalu e jongok dulu dari dalam keto kalau nak singgah di gerai ni. Tapi selalu e kpah elakkan makan ke tompek macam ni.

    ReplyDelete
  3. eeee gole yer den tgk eh gambor last sekali tuh...ish2 cm no lah diorg mkn kalo tau dapur cm ne? ish2 kena lbh berhati utk jenguk dapur..wat2 buang air kecil ke kan sah leh jenguk dapur dia cm ne...nsb baik den suko masak2...eeeeeee kak azz yg ptg kita sihat sbb hasil dr air tgn sendiri...

    ReplyDelete
  4. azz...aak makn jugak kek kodai..tapi tak semuo kodai..pilih2 yo..
    maso akak baru2 pindah kek pis sini dulu..sampai jadi buah mulut orang2 kek sini..sobab kato e akak makan momilih tompek

    ReplyDelete
  5. Karukord Jagau's>

    Ye la, memang elok masak sendiri kat rumah.. Tapi kadang2 terpaksa juga membeli makanan siap dari kedai/luar, kan...

    ReplyDelete
  6. Kak Pah>

    Boto tu kak.. Tapi kadang2 ehh yg nampak cantik kek luar tu la yg selalu ado masalah bosar sbb kito mmg tak akan sangko mcm mano koadaan dapo dorang... huhuhu..

    ReplyDelete
  7. With Julia>

    Ontah la Ju... Susah nak cakap pasal ni..

    Mudah2an kita tak tertipu la dgn keadaan ruang makan kedai yang bersih tapi keadaan dapur yang kotor macam tu.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Kak Erna>

    Sayapun camtu jugak kak.. Bukan la kato tak ponah makan kek kodai langsung.. Tapi kadang2 tu topakso jugak makan atau boli makanan kek kodai ni, kan...

    Pesen saya ni, sokali dah tengok kodai tu kotor, jangan harap la saya nak datang balik kek situ.. huhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^