Pages

Tuesday, March 6, 2012

Penat bergaduh... Makin sakit hati dibuatnya....

Assalamualaikum...

Penat bergaduh... Makin sakit hati dibuatnya....


Aku ni bukanlah jenis orang yang suka nak cari gaduh tak tentu pasal. Mesti ada sesuatu sebab yang buat aku sakit hati hinggakan aku sanggup bergaduh. Malu sebenarnya nak gaduh-gaduh ni. Lebih-lebih lagi jika perkara yang nak digaduhkan tu perkara yang kecil.. Tapi, kadang-kadang tu disebabkan dah tak boleh nak menahan sabar, bergaduh jugak akhirnya.... huhuhu...

Baru-baru ni aku bergaduh dengan sekor si botak tu.. Geram sangat aku dengan dia.. Eeeiii...!!! Memang teramat geram punya la.. Mak aku kalau dah terlalu geram atau marah, dia selalu cakap macam ni, monyolap setan nengok ehh... Hahaha... Akupun dah mula nak monyolap setan dah dengan si botak tu.. 



Tapi, aku bukan bergaduh dengan orang ya.. Jangan nak memandai-mandai mereka cerita.. ehehh.. Aku selalu bergaduh samada dengan kucing ataupun ayam yang ada kat rumah ni.. Kadang-kadang macam bongok je bergaduh dengan dorang, kan.. Tapi disebabkan geram, nak jugak bergaduh tuuuu... kehkehkeh...



Mana tak gaduh kalau habis pasu bunga aku dijadikan port untuk dia bertelur.. Bukannya takde tempat kat belakang rumah tu.. Reban tu terpampang je, siap dengan kotak-kotak untuk dorang bertelur atau mengeram kat situ. Tapi, dalam pasu bunga aku jugak yang dorang berkenan.. Kok iapun nak mengais-ngais masa bertelur tu, pergi la bertelur kat pangkal pokok pisang tu ke.. Lagi sejuk kat situ.. Takde siapapun nak bising.. adehhh....


Dah banyak dah telur dia yang aku kutip.. 
Aku tak makan sangat telur ayam kampung ni... Simpan je dalam peti sejuk.. Kalau anak-anak buah balik, baru gorengkan untuk dorang... 


Habis jahanam pokok bunga aku.. Sampai tercabut anak pokok yang baru nak menjulur keluar tu.. Mana dengan tanah yang berterabur atas lantai lagi... Asyik nak menyapu je kerjanya. Dah la pokok ni jenis yang susah nak hidup. Bukan sekali dua dia buat kerja macam ni, tapi sentiasa ada... Asal nak bertelur je, mesti dia pilih dalam pasu bunga ni. Letih aku dok bangun dan keluar nak halau dia.. Sekejap lagi dia datang balik buat sepah dan datang pulak tu dengan memekak dia tu laa.. Bertelur sebiji, riuh sekampung.. Mana la aku tak hangin... 

p/s: Aku tak suka dan tak pandai nak gaduh-gaduh dengan orang.. Orang je yang suka cari gaduh dengan aku... Kenan gengster agaknya dorang tu.. huahuahua...

16 comments:

  1. tak suka gaduh2...tapi orang memang suka cari gaduh,...dah tua dah...takmo tambah dosa lagi...eeee...

    ReplyDelete
  2. Ala azz... Kpah pun selalu bgaduh ngan jordan hehe..

    ReplyDelete
  3. azz..apo susah..tangkap semoleh buek gondang..tak do nak meyolap setan laie doh..he he

    ReplyDelete
  4. alolololo..gaduh ngan ayam rupanya...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik gaduh dgn binatang aje. Apa salah si botak tu?

    Kat rumah ni banyak kucing datang buat tahi setiap pagi. Kalau dapat kat emak Adam siapa punya angkara, tak payah nak gaduh2. Sembelih aje bagi org vietnam makan.

    eh org vietnam makan anjing kan. Bukannya kucing.... ngeeeee

    ReplyDelete
  6. ayam tu bertelur celah2 pokok tu tak tercucuk ke bontot dia? hehehe

    ReplyDelete
  7. UmmiArissa>

    Penat gaduh2 ni, kan... ehehh..

    ReplyDelete
  8. Kak Pah>

    Tu la.. Dgn kucingpun jadi utk lawan bocokak.. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Kak Erna>

    Dapek tangkap laki dio yo kak.. Dah solamat buek ghondang dah pun.. Tapi dio ehh tak dapek tangkap lagi ni.. Sompek lagi dio cari laki baru.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Angah>

    Ahaha... Kalau gaduh dgn orang, dah lama dah kena pelangkung kott...

    Takutttt la gaduh2 ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Yunus Badawi>

    Ayam tu memekak bila nak bertelur.. Lepas tu habis dia sepahkan tanah2 dalam pasu tu.. Kadang2 tu dia siap berak lagi atas lantai beranda ni.. Dengan berak dia lagi, berak pakwe dia lagi.. Mana nak tahan... huhuhu..

    Tak tau la pulak org Vietnam tu makan apa... adehhh...

    ReplyDelete
  12. Yunus Badawi>

    Kulit dia tebal kot.. Lagipun pokok tu bukannya tajam.. Habis kena lanyak dek dorang je... Kadang2 kucingpun ada yang berak kat situ... huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Karukord Jagau's>

    Cerita ni mesti ada kena-mengena dgn awak, kan... ehehh...

    ReplyDelete
  14. ayam kg mmg suka betelor tempat mcm tu.mmg binatang, mende yg kita xnak tu la mereka nak buat.at least, dia tinggalkan telur.berbaloi gak pengorbanan pokok tu.haha...

    ReplyDelete
  15. APAN>

    Takde3... Berbaloi ke, tak berbaloi ke, tetap tak suka tengok dorang bertelur kat situ.. Sakit mata tengok sepah2 ni.. huhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^