Pages

Wednesday, May 9, 2012

Ramah la pulak dia ni.. :-)

Assalamualaikum...

Ramah la pulak dia ni.. :-)

Suka tak berkawan dengan orang yang ramah..?
Tentu la suka, kan...?
Tapi kalau terlebih ramahpun pening jugak, ya tak..?
Lebih-lebih lagi kalau ramahnya tak bertempat..
Serba-serbi dia nak tanya..
Serba-serbi dia nak cerita atau bagitau, walaupun takde siapa yang bertanya... :D
Hinggakan kita berkata-kata dalam hati, orang ni nak kena penampar agaknya baru dia nak senyap.. Hehehe..

Jangan la bagi dia penampar, tak baik untuk perhubungan sesama insan..
Pesanan kemasyarakatan ni.. FOC je.. haha..
Cakap je elok-elok kat dia..

"Mak awak dulu mesti suka makan popcorn masa peknen-kan awak, kan..?"

"Apsal pulak..?"

"Sebab mulut awak tu dari tadi dok potpet-potpet je.. Asyik bercakap je.. Non stop. Macam bertih jagung tu laa.. Hujanpun tau berhenti tauuu..."

"Biar laa... Uweekkk....!!!"

Kehkehkeh... Tak pasal-pasal yang menegur kena uweekkk....




Okay, aku bukan nak cerita pasal ramahnya seseorang itu.. Aku cuma nak kongsikan gambar pokok bunga ros aku yang sejak akhir-akhir ni ramah berbunga.. Nama untuk ros jenis ni ialah jingga irisa.. Itu kata seseorang yang tinggalkan komen kat gambar ni di fesbuk.. Aku mana la tau nama saintifik ros ni.. Bagi aku, semuanya ros.. Kalau kaler kuning, ros kuning la.. Kalau kaler putih, ros putih la dan begitulah seterusnya...




Kalau sekuntum bunga ros, secara simboliknya dikatakan sebagai tanda sayang... Kalau dua kuntum, sayang awak.. Manakala kalau tiga kuntum, saya sayang awak.. Kalau berkuntum-kuntum, sayang awak selamanya.. Takde la.. Saje je.. Mandai-mandai je kan... hikkk...




p/s: Suka cium ros ni.. Wangi je bau dia.. Terasa ada aura lak.. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak azz...

    wah.. cantiknya ros akak.. akak beli pokok kat mana ya? ct beli kat jj, tapikan.. x kembang lah..warna pun merah.. xdpt mcm warna ros akak ni..

    p/s: ct suka ros putih..hee

    ReplyDelete
  2. azzz..cantinya ros tu..suko tengok bilo pokok dah keluar bungo kan dah keluar bungo kan

    ReplyDelete
  3. ade member nama rahmah tapi dia pemalu :P

    ReplyDelete
  4. Miss CT>

    Waalaikumussalam CT..

    Akakpun dah lupa beli ros ni kat mana.. Yang pasti bukan beli kat CH..

    Akak suka je semua ros asalkan wangi.. :D

    ReplyDelete
  5. Kak Erna>

    Ha'ah.. Rasa seronok tu lain macam je..

    ReplyDelete
  6. amranaiman>

    Ramah dengan pemalu tu berbeza.. Kadang2 ada orang tu pemalu, tapi dia ramah untuk sesuatu perkara..

    Kena tengok tempat jugak la nak ramah ni.. Jangan sampai dikata dek orang malu tak bertempat dah la.. :D

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^