Pages

Monday, June 25, 2012

Antara yang segar, kering dan layu...

Assalamualaikum...

Antara yang segar, kering dan layu...

Ada pokok yang ceria di musim panas seperti pokok bunga kertas.. Ada pokok yang menangis di musim hujan, seperti pokok bunga kertas juga.. Bila panas, bunga kertas mekar berkembang.. Cantik dengan pelbagai warna.. Bila hujan, semua kelopaknya tersembam dan warna turut suram..

Yang segar...
Banyak bunga yang keluar..
Ada yang masih berbunga dan ada yang sudah boleh dipetik..




Yang kering...
Kesian kat dia...
Seperti tidak dipedulikan...



Yang layu...
Bila disiram, tegak semula...
Pasu tak sesuai dengan pokok yang semakin membesar...
Nak ubah ke pasu yang lebih besar, tak larat la pulak...
Kalau ubah ke tanah, nanti orang ingat pokok pisang padahal ni cuma pokok bunga..



Rasa ralat sebab pokok keladi aku yang dah besar-besar tu banyak yang mati kering gara-gara dibiarkan di bawah panahan terik matahari.. Sekarang ni mana yang boleh diselamatkan, aku letakkan semula di bawah teduhan pokok rambutan.. Laman aku dah siap dan akupun dah mula susun semula pasu pokok bunga ni...


Antara yang sempat diselamatkan.. 


Sayang... Dah besar dah pokok keladi ni..

p/s: Siangnya angkat pasu.. Malamnya terbaring lesu.. Sakit pinggang.. hahaha...

6 comments:

  1. pasang jaring hitam tu. dah senang. agak2 panas je. tembak air kat jaring tu, sejuk sket tempat tu

    ReplyDelete
  2. biah mangga bergayut tu sungguh menggoda

    ReplyDelete
  3. Muhsin>

    Masalahnya pokok bunga ni bukannya setempat.. Tak mampu la pulak nak pasang jaring tu...

    ReplyDelete
  4. Angah>

    Akak dah tak tergoda dah dengan yang muda ni sbb tak boleh nak makan sangat.. Kena tunggu dia masak baru akak tergoda.. hehe...

    ReplyDelete
  5. azz..banyak e bah manggo..kok buek jeruk sodap boto tu

    ReplyDelete
  6. Kak Erna>

    Sey dah joran nak makan joghuk2 ni kak.. Sey suko makan bilo dio dah masak ranum.. Manih ghaso ehh..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^