Pages

Thursday, June 28, 2012

Salah tengok...

Assalamualaikum....

Salah tengok...


Masa belanja barang dapur kat bandar semalam, terpandang la kat longgokan buah delima ni.. Kecur liur tengok warna kulit dia yang merah ranum tu.. Tengok label harga kat situ, sekilo RM8.50.. Okay la kot, bisik dalam hati... Mungkin boleh ambil dalam tiga empat biji ni..





Lepas tu, terus je ambil plastik dan sumbat tiga biji buah delima yang besar-besar ni dalam plastik tu.. Terus berjalan nak pergi timbang.. Ehh, tak jadi.. Patah balik dan tanya kat abang aku yang masih ada kat tempat buah delima tu...


Aku: Cubo tengok bapo hargo ehh..?
Abang: Tigo inggit lapan pusen sobiji...
Aku: Haaa...!!! Bukan sokilo lapan inggit sotongah koo...? (Tak percaya, terus pergi kat dia...)
Abang: Tak la.. Tengok ni haa... Delima sebiji RM3.80...


Rupa-rupanya yang sekilo RM8.50 tu label untuk buah apa entah (tak perasan), kat sebelah delima tu.. Aku tersalah tengok daaa... hahaha... Lagipun warna buah kat sebelah tu lebih kurang sama je dengan warna buah delima ni.. 




Abang aku cakap, pergi je la timbang.. Tapi aku rasa macam mahal je.. Terus aku keluarkan sebiji.. Aku cuma ambil dua biji je.. Bila timbang jadi la RM7.60... Nampak gayanya cuma dapat merasa je la delima ni.. Tak dapat nak makan sampai puas... huhuhu...

p/s: Sedap la delima ni.. Sedap tapi mahal... Sekali sekala takpe la beli.. Tak mampu nak beli selalu..

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak azz sayang...kalau dekat tg malim, rm5 untuk 5 biji buah delima. besar sgt. kalau kat sarawak pulak zaza tak membeli, sbb kat kebun ayah banyak. yg paling penting. sgt bahagia rasanya dpt mkn dgn puas. wahhh! kak azz, dtg lah sini :)

    ReplyDelete
  2. az..akak hari tu boli masam bona lak..tapi makan yo sampai abeh

    ReplyDelete
  3. mhl rupanya buah ni ye...penah mkn tp x berkenan mana...bijik2 gitu je..

    ReplyDelete
  4. muhsin>

    Kalau telur ulat, takde la akak berani nak pegang macam tu.. Mau terkujat pengsan dah akak ni haa..

    ReplyDelete
  5. Za Noh>

    Waalaikumussalam Za comeyy... Lama tak nampak dia kat sini... :)

    Untungnya la duduk sana kan.. Murah je delima ni.. Lagi untung duduk kat kebun tu, boleh makan free.. hehehe...

    Pos la kat akak sikit delima tu.. :hoho

    ReplyDelete
  6. Kak Erna>

    Tak masak boto gak ehh tu kak.. Tu yg masam tu.. Yo la kan, kono la makan jugak.. Dah la boli mahal, tak kan nak buang.. huhu..

    ReplyDelete
  7. APAN>

    Mahal sebab dia banyak khasiat dan mungkin susah nak hidup.. Dulu jiran sebelah rumah ada pokok dia, tapi tu la, tak menjadi sangat buah dia.. Kecik je...

    Buah ni manis.. Tp betul la apa yg ko cakap tu.. Bijik tu buat spoil... Akak belasah je kunyah.. hehe..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^