Assalamualaikum....
A trip to Port Dickson...
Hari Isnin yang lalu, bersamaan dengan 28 May 2012, aku pergi Port Dickson dengan mak dan tiga orang anak buah.. Seorang anak buah tu tukang bawa kereta la, kan.. Nak harap aku bawa, haremmm... ehehh...
Aku memang dah rancang nak ke Port Dickson tu sebab anak buah aku tu bercuti seminggu.. Dah berzaman rasanya aku tak jenguk laut Port Dickson.. Bukannya aku nak mandi, cuma nak tengok laut je.. Sambil-sambil tu, main air kat gigi pantai..
Tapak kaki mak gajah.. :D
Disebabkan pakai tudung segera saiz L dan pakai pulak sarung tangan untuk mengelakkan sunburn, kaki seluar yang basah tu melekat je la kat situ.. Segan la pulak nak lipat kaki seluar tu.. Kang nampak pulak betis sebesar pokok kelapa ni.. Lagi segan kalau ada orang yang curi-curi ambil gambar.. Kang tak pasal-pasal keluar pulak kat fesbuk gambar pompuan separuh abad yang bertudung lengkap dengan sarung tangan, tapi betis gajah dia terdedah... kehkehkeh... Kalau pakai tudung kecik, konpem aku lipat kaki seluar tu... :D
Bertolak dari rumah kakak dalam pukul 10.30 pagi. Singgah tinted cermin kereta dulu kat Seremban. Pukul duabelas lebih baru siap dan terus la menuju Port Dickson tu. Pukul satu lebih baru sampai.. Cun-cun je azan zohor ke udara.. Aku suruh anak-anak buah makan dulu sebab paginya masing-masing tak sempat nak sarapan yang berat-berat.. Dorangpun dah bising kata laparrrr... huhuhu... Aku masakkan dorang ayam masak kicap dengan telur mata kerbau je.. Budak-budak ni tak kisah, janji ada ayam.. Kalau nak makan kat kedai kat situ, tak tau la berapa ringgit kena caj.. Lepas makan, aku suruh dorang solat zohor dulu sebab lepas tu boleh la main air puas-puas..
Kat hujung tu rumah api.. Mula-mula aku ingatkan masjid... adehh...
Aku tanya anak buah aku, nak naik jet ski tak? Yang kecik dua orang tu kata tak nak sebab takut.. Yang besar tu pulak kata daripada naik jet ski, baik naik bot pergi snorkeling. Naik jet ski kena caj RM70 seorang untuk jangkamasa selama 15 minit (kalau tak silap aku la...). Akhirnya, dorang bertiga naik bot untuk pergi ke tempat snorkeling dengan bayaran RM150.. Kalau aku dengan mak aku ikut sekali, caj tu tetap sama... Ni anak buah aku yang berurusan dengan budak punya bot tu... Aku siap pesan kat budak bot tu, jaga dorang bertiga ni baik-baik sebab dorang ni tak pandai berenang.. Diapun jawab la, akak jangan risau kak... Semua lengkap.. Jaket keselamatan dengan gugel ada disediakan.. Saya akan jaga dorang... Lega aku dengar... ehehh...
Dah mula nak gerak pergi snorkeling...
Tapi aku tak ikut sebab mak aku tak nak naik bot.. Mak aku suruh je aku pergi sekali dengan budak-budak tu.. Dia kata takpe je dia tunggu kat bawah khemah tepi pantai tu.. Tapi aku la pulak yang cuak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat situ.. Sudahnya, akupun tinggal la.. Lagipun kalau aku pergi, nanti kena masuk dalam air jugak sebab nak snorkeling tu, kan.. Tu yang aku segan nak buat tu.. Dah la badan aku ni macam gajah bunting sepuluh bulan, pastu nak berendam dalam air la pulak.. Terasa macam badak air je nanti.. huhuhu.. Lain la kalau pergi dengan cik abang sayang.. Nanti dia boleh tolong cover badan gajah aku ni... auuuwww... hahahaha...
Anak buah yang sorang tu kata dia takut nak snorkeling lama-lama.. Dia kata dia takut sebab dia nampak ikan-ikan kat dalam air tu macam nak gigit perut dia je.. Punya la aku bantai gelak dengar cerita dia.. Pastu aku cakap la kat dia, lain kali jangan makan banyak sangat.. Kuruskan sikit badan tu... Terus dia moncong.. Alahh, sekejap je moncongnya pun... kekehkeh...
Pantai Port Dickson dah cantik dah.. Takde sampah sarap yang bersepah-sepah di persisiran pantai.. Sedap mata memandang... Keep up the good work.. :)
Okay la.. Tak larat dah nak taip panjang-panjang... Somput napeh den.. Main skip-skip je ni.. adehh...
p/s: Sewa khemah RM 20.. Ada satu meja + 3 kerusi + 2 kerusi malas .. Okay la tu.. Tak payah susah-susah nak bentang tikar.. Gambar selebihnya di sini.. :)
Salam. akak!
ReplyDeleteAkak ni,hahahaha, kelakar, betis beso btg kelapalah, betis gajah lah, ade je, hehehe.
urmm, seronoknya pi bercuti! lama akk menyepi..huhuhu.
err..mahal giler nak nek jet ski tu ya..baik naik bot buat snorkeling.
Ehehhehe mana akak menyepi lama? ooooo pi port dickson x kabor2 kan ye....suka tgk beach! so niceeee....ehehhe kelakor betis besar btg kelapa eh ekekke...sentap! kekekke... ;) semoga holiday membawa bahagia ye kak azz :)
ReplyDeletekak, sila tunjuk bukti yang size akak ni sebesor gajah bunting! kikikiki...bubuh la seketul gambor akak, teringin nak tengok..
ReplyDeletelamo x poe PD bertahun gaso eh
ReplyDeletepics soooo cantikkk!!!
ReplyDeleteyg hujung tu ke rumah api tanjung tuan?
Tinta Lana>
ReplyDeleteWaalaikumussalam Lana..
Betul la.. Tu yang segan nak expose full picture tu.. Takut orang pengsan lak.. huhuhu...
Lama menyepi tu sebab takde mood nak masuk blogger... Tak tau la kenapa.. adehh...
Kalau naik bot ramai2 lagi best.. Ni dorang naik 3 orang je.. dengan 2 orang budak bot tu, jadi la 5 orang..
With Julia>
ReplyDeleteBest tengok laut.. Nak mandi tapi segan plus takut.. Macam2 fikir bila nak mandi tu.. Sudahnya main air je la.. hehe..
Ni akak dah rindu balik kat laut ni... huhuhu...
Angah>
ReplyDeleteTak payah la letak gambar betis akak.. Bayangkan aje kaki gajah tu.. hahaha...
Dulu pernah gak letak gambar kat blog.. Pastu rasa macam dikutuk dalam diam je.. Terus akak simpan entry yg ada gambar tu kat dalam draft.. Mungkin ada lagi yg dipublish kot.. Malas dah nak cari2..
Phat>
ReplyDeleteKo duduk Kuantan, mesti la selalu poie laut kek situ...
gadisBunga>
ReplyDeleteMekasih... :-)
Entah la.. Rasanya itu la rumah api tanjung tuan tu.. Kat PD ada berapa rumah api ehh...??
adehhh...
eh..
ReplyDeletekt PD pun leh main snorkeling?
first time tahu..
kali terakhir g PD waktu sekolah rendah kot.. haha
Kyo_9>
ReplyDeleteAkakpun baru tau.. Rasanya benda ni masih baru dan dalam percubaan kot.. Sayangnya akak tak ikut ber-snorkeling tu.. Kalau akak ikut, mungkin boleh bagi info yang lebih mendalam..
Tapi anak buah akak cakap, okay la jugak tempat tu.. Kawasan kecik je.. Batu karangpun ada tapi tidak la secantik dan sehebat batu karang pulau.. Ikan2 pun jenis yang kecik2 je.. Anak buah akak cakap ada ikan belang-belang kaler oren hitam..
Mungkin di masa hadapan tempat snorkeling tu akan jadi tumpuan, siapa tau, kan..?
azz..akak pun baru tau ni..boleh sewo khemah siap ado kerusi dan mejo dan kusi maleh..best tu azz..boleh dok santai.akak pun dah lamo tak kelaut..hanguih muko..berbulan nak elok an balik..he he
ReplyDeleteKak Erna>
ReplyDeleteAkak duduk yoo kek khemah tu.. Pehtu lolap la.. Biar anak2 akak yoo yg mandi.. Buek mcm omak sey hari tu.. Dio lolap yoo kek kusi maleh tu.. hehe...